Warung Mek Wa Menyajikan Sajian Wastern
assalamualaikum guys. harini aku nak kongsikan dengan korang tempat makan best. aku yakin ramai peminat western dekat sini. western tu makanan ala - ala barat. contoh macam burger. gituhlah. tahu ke tak tahu? kalau taktahu, pergi warung mek wa. hahaha. menu diorang memang best
Harga Rendah Portion Melimpahyang datang ramai - ramai, boleh cuba menu ni!
best sebab portion memang banyak. untuk orang macam aku yang kadangkala makan sikit, memang jimat gila. boleh kenyang lama tau. bukan saja dapat jimat, tapi puas hati dapat penjual makanan yang pemurah macam ni. eh lupa, trademark diorang lagi satu :
korang boleh tengok gambar dekat bawah ni. meleleh je air liur. yang memang kaki nasi macam aku (jenis tak boleh hidup tanpa nasi) korang boleh cuba set nasi ya. jangan risau ya. macam - macam ada dekat warung mek wa. yang pastinya korang takkan kecewa
rasa hotel, harga marhaen
paling meleleh. mesti merah telinga dengan cili api mat
korang okay tak tu lepas tengok gambar dekat atas? hahaha. dah boleh pergi warung mek wa harini. jangan datang hari sabtu atau ahad ya. nanti full house atau warung tutup. kesian pula korang. sebab selalunya sabtu dan ahad nak datang warung mek wa kena booking awal. sia - sia perjalanan yang panjang tapi warung tutup. nanti menangis tepi kedai. tak manis ~ kedai dah la bukak malam, engkorang pula nangis tepi warung. kalau aku, aku dah seram. kau mungkin bukan manusia hahahha.
Menu Warung Mek Wa
warung mek wa lebih memfokuskan kepada burger. sebab tu burger dia ada macam - macam menu. kalau korang jenis tak makan banyak, elok order burger ala carte sahaja. nanti tak habis membazir. kalau nak set boleh lah ambil combo dengan fries. korang boleh tengok menu dekat bawah untuk rujukan sebelum serbu warung mek wa
Selalu Fullhouse! yang membimbangkan aku ialah datang jauh - jauh nak makan tapi ramai. hahaha. seeloknya korang hubungi pemilik warung mek wa sebelum serbu ya. risau nanti aku kena marah pula. warung mek wa ni bukan saja murah tapi sedap. korang kena fikir awal - awal lah. sebab tu selalu je ramai. kalau malas nak datang, guna je lalamove, tiada masalah. nanti contact je dengan pemilik warung mek wa. info ada dekat bawah
yang nak sambut apa - apa pun boleh. contohnya seperti sambutan hari lahir bersama keluarga, sambutan kemenangan futsal bersama rakan - rakan. boleh lah sambut dekat warung mek wa. korang boleh cuba tanya dekat pemilik warung mek wa, kalau diorang boleh sediakan kejutan. sebab setahu aku pemiliknya sangat terbuka untuk menerima kritan dan komen dari pelanggan.
pelanggan yang pertama perlu dijaga. sebab tu warung mek wa bertahan lama dan selalu je ramai. korang yang nak tahu details berkaitan warung mek wa, korang boleh rujuk info dekat bawah. yang nak tengok maklumbalas pelanggan, korang boleh checkout highlights di instagram dan fanpage facebook warung mek wa.
Info Warung Mekwa, Fasa 9A Bandar Tasik Kesuma
dine in | self - pickup | HALO deliveryburger•western•rice set
lokasi:60, Jalan Kesuma 8/4, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor
https://maps.app.goo.gl/2owdrwwC5PGQkWXd9
waktu operasi
Isnin - Jumaat: 5.00petang - 12.00pagi (hanya sepanjang cuti persekolahan sahaja) Isnin - Khamis: 7.30malam - 11.00malam (sepanjang persekolahan) Jumaat: 7.50malam - 12.00pagi (sepanjang persekolahan) sabtu: hanya akan dibuka jika minimum book 25pax sehingga 35pax (dine in sahaja)tutup pada hari ahad! KECUALI tempahan bagi apa - apa majlis
media sosialinstagram: https://www.instagram.com/warungmekwaofficial/
facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100078317268405
whatsapp
http://wasap.my/601127279721
aplikasi HALOhttps://tinyurl.com/uu3b6mn4
menu
https://t.me/menuwarungmekwahttps://chat.whatsapp.com/KSGXlZHFLRuJPvrW08yUcC
Notis Warung Mek Wa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/12/warung-mek-wa-menyajikan-sajian-wastern.html