Warung Bunian Destinasi Makanterbaik
Kepada anda yang inginkan suasana kampung yang indah ketika menikmati sarapan pagi anda seharusnya datang ke Warung Bunian yang terletak di Kampung Sungai Merab Kajang. Disini anda dapat rasakan suasana nyaman dikampung. Lokasi kedai yang terletak di kawasan berbukit. Anda akan dapat nikmati permandangan indah bukit bukau disini.

Warung Bunian

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung Bunian atau Warung tapak SulaimanWarung bunian merupakan nama yang diberi oleh pelanggan untuk warung tapak sulaiman kerana lokasinya yang tersorok. Bagi Cik iena memang kena dengan nama kerana lokasi kedai yang agak tersorok . Pertama kali Cik iena ke Warung bunian Cik iena sendiri terlepas kedai ni kerana lokasinya yang tersorok dan jalannya yang agak kecil.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman


Review Warung Bunian

OOTD masa nak queue untuk order di Warung Bunian atau Warung tapak SulaimanBaru baru ini Cik iena berkesempatan bersarapan pagi di Warung bunian. Walaupun terpaksa beratur sehingga 40 minit untuk order makanan cik iena rasakan penantian ini sangat berbaloi dengan rasa masakan yang cik iena makan. Untuk pengetahuan ini merupakan kali kedua Cik iena kesini akan tetapi ini merupakan kali pertama Cik iena makan disini.

OOTD selepas selesai makan di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Kali pertama cik iena hadir lebih kurang setahun lepas namun ketika itu kedai tidak buka .Kali pertama hadir, dua kali pusing untuk cari kedai. Jadi kali kedua hadir kami tidak sesat kerana pernah datang kedai ni sebelum ni. Walaupun rasa macam salah jalan , rasa macam sesat. Betul ke jalan ni sebab jalan kecil. Tapi disebabkan pernah sesat disini masa cari kedai ni jadi kami yakin dan teruskan ke destinasi.

Norma dan peah di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Cik iena sarapan pagi di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Alhamdulillah rezeki kami dapat parking senang. Sejujurnya susah untuk cari parking dengan lokasi kedai di tepi bukit dengan keadaan jalan yang kecil yang hanya boleh lalu kereta utntuk satu haluan sahaja. kalau terserempak memang kene ketepi.
Layanan Pekerja yang bagus dari Warung BunianSecara keseluruhan pekerja mereka memang terbaik dan bagus. Dari proses pesanan sehingga dapat makanan memang mudah. Masa nak pesan pun pekerja yang jaga cashier memang pandai layan pelanggan, iena tanya menu apa dia sebut semua menu dan dia cadangkan menu yang selalu orang pesan.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Jadi menu lain Cik iena tak ingatlah sebab kedai ni takde buku menu yang cik iena perasan. So cik iena tak boleh nak ambil gambar menu dan bagi tau menu apa yang ada. Sebab tu Cik iena bertanya pada cashier.
Bayar QR Pay Lebih MudahWalaupun kedainya terletak diceruk kampung dengan dekorasi kedai yang masih mengekalkan gaya warung yang klasik namun kaedah pembayaran sudah moden ya. Anda tak perlu risau jika tak cukup cash. Boleh bayar menggunakan QR pay.

Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
40 Minit beratur Pesan Makanan di Warung BunianMasa yang diambil untuk beratur sehingga tiba giliran memesan makanan adalah 40 minit semasa kedatangan Cik iena. Walaupun beratur panjang tapi suasana keindahan kampung ditepi bukit ini semamngnya akan buat anda leka dengan keindahan alam, dengan view bukit bukau yang cantik .

Menu yang kami order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
20 Minit makanan siapSelepas 20 minit, makanan pun siap . Jadi lebih kurang 1 jam dari beratur untuk pesan makanan sehingga makanan siap dihidang. Alhamdulillah walaupun 1 jam menunggu , bila dapat makanan memang tidak mengecewakan. Rasa masakan sedap dan memang Cik iena sangat recomend dekat kawan kawan cik iena.
Nasi Lemak telur Bungkus

Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian Nasi Lemak telur Bungkus merupakan menu yang famous di Warung Bunian. Rasa nasi lemak dia memang sedap cukup lemak, masin. Cukup rasa lemak nasi lemak nya. Telur bungkus nya rasa sedikit manis manis pedas melengkapkan lagi rasa nasi lemak tersebut. Walaupun dimakan tanpa sambal ianya cukup lazat dang sangat menyelerakan
Sambal dia bagi Cik iena biasa biasa tapi portion sambal yang dia bagi memang banyak jika dibandingkan dengan kedai lain, sambal nasi lemak mereka bagi sedikit sahaja. Berbeza dengan warung bunian , sambal nya agak banyak. Sambal pula tak pedas sangat. Just nice untuk Cik iena yang tak makan pedas
Terdapat 3 pilihan nasi lemak telur bungkus iaitu Nasi lemak telur bungkus biasa Nasi lemak telur bungkus Ayam GorengNasi lemak telur bungkus Sambal Sotong

Untuk Nasi lemak telur bungkus ayam goreng. Ayam goreng dia memang cukup rasa.Walupun makan bahagian isi. Tetap berasa perapan ayam. Ayam tak kering lah orang kata. Juicy
Untuk Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong pula mereka gunakan sotong plastik. Cik iena panggil sotong plastik. Untuk sambal ni rasa biasa biasa je. Tapi bila makan dengan telur bungkus yang menyaluti nasi lemak yang berlemak cukup rasa tu memang sedap sangat sangat
Rating Nasi Lemak Telur Bungkus 10/10
Roti Jiwa KacauAntara menu yang anda wajib cuba selain nasi lemak telur bungkus. Roti Jiwa kacau memang buat jiwa iena kacau sebab teringatkan keenakan Roti Jiwa kacau ni. Untuk pengetahuan Roti Jiwa Kacau merupakan roti canai yang dicarik dan digaul bersama telur kemudian di masak kembali seperti roti canai.

Roti Jiwa Kacau Warung Bunian
Sejujurnya gigitan pertama cukup membuat anda jatuh cinta dengan menu roti jiwa kacau. Gigitan pertama rasa manis manis pedas yang enak. Kalau makan tanpa kuah kari pun sudah memadai dan sudah cukup enak untuk dinikmati. Kuah karinya pula agak manis buat cik iena. jadi cik iena lebih gemar makan roti jiwa kacau sahaja tanpa kari. Cik iena ni tak minat sangat kari.

Roti Jiwa Kacau Warung BunianRating Roti Jiwa Kacau10/10
Rating KeseluruhanCik iena bagi rating berdasarkan menu yang Cik iena cuba sahaja. Cik iena cuba menu Nasi Lemak Telur bungkus ayam goreng , nasi lemak telur bungkus sambal sotong, roti jiwa kacau, teh tarik, kopi panas dan neslo . Kesemua manu yang dicuba sangat menepati citarasa Cik iena. Jadi cik iena bagi 10/10
VLOG SARAPAN PAGI DI WARUNG BUNIAN
Waktu Operasi Warung Bunian7.30 am hingga 11.00 am
Hubungi/Tempahan: 017-3812246
Alamat : No.80 A, Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
FAcebook : https://www.facebook.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutraKajangPutrajaya/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2022/07/warung-bunian-destinasi-makanterbaik.html