Wartawan Kongsi Cerita Jejaki Ke Rumah Jamali Shadat



Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook yang bernama Tengku Khalidah Tengku Bidin merupakan salah satu wartawan Utusan Melayu menceritakan tentang seniman, Datuk Jamali Shadat berusia 78 tahun. Sebelum ini Ohmedia ada bagitahu korang yang beliau dikhabarkan sedang sakit dan terlantar di rumah.

Menurut wartawan tersebut, beliau berjaya menjejaki ke rumahnya selepas satu jam lebih perjalanan ke Pulau Indah dan tiba di sebuah rumah banglo berwarna ungu cerah. Kalau korang nak tahu, keadaan Jamali sudah agak uzur dan pergerakannnya terbatas.

Apa yang lagi menarik, beliau mempunyai 16 rumah sewa tau! Fuh, banyak tu gais tapi macam mana dia boleh buat macam tu? Haa, sejak usianya masih muda, hasil aktiviti seni disimpan kemas dan apabila sudah cukup, Jamali membeli tanah-tanah di kampung yang terdekat dengan kediamannya.

Walaupun dia tidak bergelar sebagai usahawan berjaya ataupun ahli perniagaan yang kaya raya tetapi Jamali mempunyai harta tersendiri kerana dia bukan kaki berbelanja kepada hal-hal yang tidak diperlukan. Lebih senang faham, bukan kaki boros.

Ini menunjukkan bahawa Jamali Shadat adalah seorang lelaki yang bijak mencatur masa depan dan pandai beringat. Apapun, Ohmedia doakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana pernah menghiburkan kami semua.

16 rumah sewa, Jamali Shadat artis hebat, pandai beringat...DALAM satu jam lebih perjalanan ke Pulau Indah, rumah beliau akhirnya berjaya kami jejaki. Sejak diberitakan seniman Datuk Jamali Shadat sakit dan terlantar di rumah, hasrat hati sudah lama mahu menziarah tetapi baru saja berkesempatan. Ketika kami sampai, sebuah rumah banglo cantik berwarna ungu cerah yang didalamnya dihuni oleh tokoh ternama ini. Di depan mata kami, seniman yang hari ini sudah berusia 78 tahun tidak lagi berdaya. Dia hanya mampu memandang kami tanpa perasaan, berkelip-kelip bagaikan kami hanya bayang-bayang di depan. Tidak ada sepatah kata yang keluar dari mulutnya melainkan sesekali melemparkan senyuman. Jamali yang dulu menghiburkan sesiapa sahaja, hari ini diam membisu seribu bahasa. Bagai hilang sudah segala jampi mentera lawak Atuk dan Atannya pada hari ini. Sesekali diacah si cucu, beliau ketawa kecil pun tanpa suara yang jelas. "Beginilah keadaan ayah. Susah nak bercakap. Sejak emak meninggal (Datin Lela Yacob) beberapa tahun sudah, ayah semakin banyak diam," beritahu menantunya. Siti dan suami yang kini menjaga Jamali hanya tinggal di rumah sebelah. Mudah untuk meladeni keperluan seharian Jamali. Anak-anak Jamali yang lain juga sering berziarah bertanya, khabar. Kami melihat, benar keadaan beliau sudah agak uzur. Pergerakannya terbatas sudah. Dia hanya mampu duuk, sambil termenung jauh, rindu kepada isteri yang sudah terlebih dahulu dijemput Illahi. Tetapi kagum sungguh kami dengan beliau apabila diberitahu bahawa seniman ini bukanlah biasa-biasa. Meskipun bukan bergelar usahawan berjaya, bukan ahli perniagaan kaya raya tetapi Jamali mempunyai harta kerana sifat beringat-ingat semenjak muda belianya. Beliau tidak boros, bukan kaki berbelanja kepada hal-hal yang tidak diperlukan. Ini contoh yang perlu ada pada orang muda jika mahu bahagia di usia tua. Jamali contoh terbaik buat kita. Jamali punya 16 biji rumah sewa. Apa??? Ya, 16 biji rumah yang dia punya. Semenjak usia muda, hasil aktiviti seni disimpan kemas. Dan apabila cukup, beliau membeli tanah-tanah di kampung-kampung terdekat dengan kediamannya. Bila punya duit lagi, beliau dirikan pula rumah, berdikit-dikit. Satu persatu kediaman dibina setiap kali simpanan beliau mencukupi dan pada usia menjengah 80-an sekarang, beliau punya aset membanggakan. Rumah-rumah ini disewakan. Setiap bulan hasil sewaan ini menampung perbelanjaan hidup Jamali setelah tidak lagi aktif di pentas lawak dan persembahan. Maka tahulah kita, apa sahaja kerja kita, jika beringat dan bijak mencatur kehidupan sewaktu zaman muda dan popular, juga boleh senang. Sepengetahuan saya, Jamali tak sekolah tinggi tetapi bijak mencatur masa depan. Jamali tidak hadir ke kelas-kelas perniagaan pun tetapi beliau gigih menyusun langkah-langkah memuliakan kehidupan sendiri pada penghujung hayat diri. Memuliakan diri kita sendiri ini penting agar dapat mewarisi "pusaka membahagiakan" buat generasi anak dan cucu cicit kita kelak. Bagi saya, secara peribadi, Jamali adalah contoh "lelaki gentleman yang sejati" yang hari ini masih wujud di depan mata kita. Petang yang damai, kami tinggalkan rumah agam beliau dengan kagum yang amat. Semoga Allah SWT pelihara insan yang sudah sekian lama menghiburkan hati manusia lain ini dalam kasih sayangNya yang erat. Laksa Ustaz turut menyampaikan sedikit keperluan peribadi buat beliau sebagai tanda mata dalam pertemuan kami. Ini sekadar melengkapkan sebuah makna "menyatuni" orang tua. Selamat Pak... 

OHMEDIA: ANAK MUDA PERLU CONTOHI JAMALI SHADAT. BUKAN SENANG NAK JUMPA LELAKI MACAM NI TAU.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca sayang Jamali Shadat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/wartawan-kongsi-cerita-jejaki-ke-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nia Ramadhani Kongsi Rahsia 10 Tahun Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

Nia Ramadhani Kongsi Rahsia 10 Tahun Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 315 hits
Dah lama Ohmedia tak tengok pelakon Bawang Merah Bawang Putih Nia Ramdhani Fuh Masa sekolah dulu memang legend sinetron tu gais Apa yang lebih menarik Nia sudahpun berkahwin dengan seorang usahawan yang bernama Ardie Bakrie ketika usia 19 t...
Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita Pkp Covid19 Ramadankareem Ramadhan Ramadanmubarak

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 6845 hits
Wartawan ini akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai kehilangannya SEORANG wartawan yang dilaporkan hilang hampir dua bulan di Wuhan kini muncul kembali Dia merupakan petugas media untuk penyiaran CCTV dan pergi ke wilayah itu untuk mem...
Empat Beranak Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

Empat Beranak Dua Penyewa Kongsi Diami Rumah Usang

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 477 hits
MELAKA TENGAH Siapa sangka dalam sebuah rumah usang yang bumbungnya hampir menyembah bumi di Bandar Kaba di sini didiami empat beranak bersama dua penyewa lain iaitu seorang ibu tunggal dan seorang saudara baharu Effandi Abdul Rahim 50 yang...
Wartawan Tidak Berseluar Ketika Ditemubual Dari Rumah

Wartawan Tidak Berseluar Ketika Ditemubual Dari Rumah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 255 hits
Wartawan Will Reeve muncul pada hari Selasa dalam rancangan Good Morning America untuk sebuah segmen yang membincangkan tentang farmasi menggunakan dron untuk memberikan preskripsi kepada pesakit Namun dalam temubual secara langsung itu Ree...
Buat Kijo Gila Demi Anak Akhirnya Sampai Rumah Selepas Tekad Jalan Kaki Balik Kelantan

Buat Kijo Gila Demi Anak Akhirnya Sampai Rumah Selepas Tekad Jalan Kaki Balik Kelantan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 621 hits
Semalam tular diperkatakan mengenai seorang lelaki yang sudah sebulan tidak dapat bekerja bertindak tekad untuk pulang menemui keluarga ke Tanah Merah Kelatan dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur dengan jarak jauh 428 kilometer Sampai rum...
Inkramadan 2020 05 Ramadan Di Rumah

Inkramadan 2020 05 Ramadan Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 376 hits
Inkramadan Geng BO TKTema Di RumahTarikh 05 Ramadan 1441Kita pasti banyak menghabiskan masa di rumah ketika berpuasa di musim PKP ini Namun biarpun suasana Ramadhan kali ini berbeza dari tahun tahun sebelumnya semoga kita semua terus tabah ...
Bosan Berkurung Rumah Panas Alasan 2 Warga Myanmar Cuba Lolos Dari Pkpd

Bosan Berkurung Rumah Panas Alasan 2 Warga Myanmar Cuba Lolos Dari Pkpd

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 28 April Bosan terkurung di rumah dua lelaki Myanmar cuba meloloskan diri melalui kawat duri untuk keluar dari kawasan rumah mereka di Selayang Baru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Tindakan mereka yang ...
Penang Benarkan Solat Aidilfitri Di Rumah Tetapi Ada Satu Perkara Yang Tidak Dibenarkan

Penang Benarkan Solat Aidilfitri Di Rumah Tetapi Ada Satu Perkara Yang Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 357 hits
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan ...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu