Wartawan Ini Berjaya Masuk Dalam Bilik Rahsia Najib Ini Yg Dia Nampak


DI SAAT SAYA MEMASUKI BILIK ‘RAHSIA’ NAJIB
BANYAK kali juga saya bertemu Datuk Seri Najib, adakalanya sekadar chit chat dan bersarapan pagi di rumahnya di Pavillion, pekena mee goreng mamak bersama rakan-rakan di rumahnya di Langgak Duta, malah ke pejabatnya dekat Bukit Pantai, Bangsar.
Namun salah satu perkara yang saya teringin nak masuk dan pergi adalah ‘bilik rahsia’ bekas Perdana Menteri yang orang gelar Bossku ini.
Bilik rahsia tu bukanlah toilet ataupun bilik simpan duit (kalau pun adalah).
Ini kerana sebagai wartawan, saya suka cerita-cerita di balik tabir yang tak ramai orang tahu ini.
Yelah sebagai orang bekas nombor satu negara, pasti ada sedikit sebanyak perkara yang beliau tak ingin berkongsi dengan orang luar, apatah lagi bilik yang mana beliau banyak ‘berkhalwat’ sendirian di dalamnya.
Untuk itu, antara orang yang paling sesuai saya majukan soalan ini sudah tentulah pegawainya yang rapat dan setia dengannya, siapa lagi kalau bukan Setiausaha Akhbarnya, Datuk Rozilan Salleh.
Rozilan, bekas wartawan kanan dan anak jati Jerantut, Pahang itu seperti biasa akan tersengih-sengih bila kita bertanya pasal bosnya.
Satu pagi ketika saya bersama Rozilan di rumah Najib kat Pavillion, saya nekad menanyakan perkara tersebut pada beliau.
“Macam nilah, apa kata kau tanyakan sendiri benda ini pada Datuk Seri, tapi kalau kau tanya aku, bilik studi beliau kat rumah Langgak Duta tu memang orang luar jarang boleh masuk walau pegawai beliau sendiri.
“Wartawan jangan cakaplah, memang tak lepas punya, Datuk Seri suka masuk bilik tu,” kata Rozilan yang sempoy dan gemar berkemeja pink itu hehehe.
Dipendekkan cerita, lepas pekena apam balik yang pembantu Datuk Seri beli (saya pun tak tahu kat manalah dia beli apam balik pepagi buta tu), saya pun ‘buka mulut’ bertanyakan perkara ini pada Bossku.
Pada mulanya saya jangka Bossku akan sedikit ‘anoyying’ dengan soalan itu, rupanya beliau tergelak dan memang betul apa yang Rozilan katakan – Najib suka duduk kat bilik studi beliau itu!
“Takdelah privasi atau rahsia apa pun dalam bilik studi saya tu, saya suka baca buku sorang-sorang kat situ sambil telefon atau berbalas mesej dengan rakan-rakan, and few things lagila, nak tahu jom pergi sana, tak mengapa, bawalah sekali krew Malaysia Gazette kalau nak snap foto atau nak record,” kata Najib.

Bak orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan Bossku memang saya eksaited gila khinzirlah!
Bila tiba hari yang dijanjikan, saya dan krew ke rumahnya di Langgak Duta tetapi kami agak resah.
Najib seolah-olah ‘terlupa’ tentang hal ‘bilik rahsianya’ yang kami berdua sembang seminggu sebelumnya.
Temubual sudah, ke suraunya sudah, ke gimnasium kecilnya pun sudah, tetapi beliau masih tak sebut pasal langsung pasal bilik berkenaan.
Rupa-rupanya beliau tak lupa, ketika dah di hujung-hujung penggambaran, baru beliau mempelawa kami ke bilik tersebut, tadaaaaaaa!!!
Rasa macam power gila siot bila Najib sendiri yang tolong buka pintu bilik itu untuk kami masuk, hehehehehe.
Dan untuk sekian kalinya, bilik rahsia itu bukanlah menjadi rahsia lagi.
Bilik itu terletak di tingkat satu, sama lantai dengan ruang tamu. Untuk makluman, rumah Najib ada satu tingkat bawah tanah, ia adalah surau di mana ramai anak-anak tahfiz datang membaca Yassin dan bersolat dengannya.
Di tingkat satu itu ada dua ruang tamu, ruang meja makan dan dapur (termasuk sangkar kucing yang menempatkan kucing kesayangannya yang gebu tu, Kiky tak silap namanya).
Ruang tamu utama agak besar kerana ia macam nampak ruang tamu rasmi untuk tetamu kenamaan, satu lagi ruang tamu yang lebih santai, so bilik study Najib tu di sebelah ruang tamu kedua itulah.
Masuk saja ke bilik studi tu, ia nampak macam perpustakaan mini yang sarat dengan buku pelbagai genre. Agak berselerak, tetapi bukan sebab ia tidak dikemas tetapi nampak sangat memang Najib ni ‘ulat buku’.
Dalam erti kata lain, buku-buku yang berselirat kat dalam tu bukan sekadar hiasan.
Kemudian Najib duduk di meja kayunya, tempat yang beliau kata sering digunakan untuk menelefon dan bertanyakan khabar sahabat handainya.
Baik ini sebenarnya yang saya nak cerita. Di bilik itulah rupanya tempat di mana banyak potret beliau dan adik beradiknya dibingkaikan.
Yang paling banyak adalah potret mereka bersama ayahanda dan bonda tercinta, Razak dan Rahah.
Dengan tanpa disuruh-suruh, Najib pegang potret-potret itu dan merenung tajam wajah ayah dan bondanya…wajahnya tiba-tiba suram dan matanya sedikit berkaca.
Semua kami di dalam bilik itu terdiam seribu bahasa. Kami hanya biarkan beliau melayan perasaannya. Yang terdengar hanyalah bidikan kamera adik jurufoto kami, Hazrol.
Ketika itu bilik tersebut bagai pepatah orang Melayu – ‘Malaikat Lalu’ – semua senyap dan sunyi.
Hanya setelah kira-kira lima minit, barulah Najib mengangkat mukanya daripada merenung foto-foto kenangan itu sambil bertanya: ” Errr…ada apa-apa lagi ke nak rakam, kalau tak ada jom kita minum, pembantu saya ada masak sikit, kita makanlah apa yang ada sama-sama ye ”
Baik, kenapa saya menulis mengenai topik ini.
Bila saya melihat kesedihan dan kesuraman yang bermain di wajah Najib bila ibunya meninggal semalam, saya dapat rasakan, seperti mana kita semua, beliau juga sangat menyangi mereka dari lubuk hatinya yang paling dalam.
Cuma kalaulah waktu boleh diputarkan kembali, saya rasa Najib tak mungkin bersetuju dihantar ke England untuk masuk ke asrama ketika remaja JIKA beliau tahu bapanya akan pergi dalam usia yang agak muda.
Ketara benar riak wajahnya seolah-olah merasakan waktu terlalu singkat untuk beliau bermanja lebih lama dengan Tun Razak, tidak seperti anak-anak lain yang membesar dengan bapa mereka.
Dan semalam, insan yang beliau cukup sayang dan tempat mencurah isi hati selepas bapa meninggal mengejut di London, Tun Rahah pula pergi buat selama-lamanya.
Saya yakin, kalaulah segala jawatan dan kekuasaan boleh mengembalikan Razak dan Rahah kembali ke dunia, Najib tidak akan teragak-agak untuk melakukannya.
Semoga Najib dan ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan ujian yang sangat berat untuk ditanggung ini.
DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita pulang.
Innalillahiwainnalilahirojiun.
SAK

Dalam posting terkini, DS Najib terus mendoakan arwah kedua ibu bapa beliau
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Tuhanku.
Kedua ibu bapaku telah tiada di dunia ini, telah menerima panggilanMu Ya Allah.
Aku redha.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemuiMu Ya Allah.
Aku insan yang kerdil ini merayu, memohon Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku.
Limpahkan rahmat kepada kedua ibu bapaku, selamatkanlah kedua-duanya dan ampunkan kesalahan mereka.
Muliakan kedudukan kedua ibu bapaku, luaskan tempat tinggal kedua-duanya, mandikan mereka dgn air, salji dan air sejuk.
Bersihkan kedua-duanya dari kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik.
Masukkan kedua ibu bapaku ke dalam syurga Mu dan lindungilah daripada azab kubur dan ujianMu, jauhkanlah kedua-duanya dari azab neraka.
Amin Ya Rabbil Alamin.
Kejadian Aneh Berlaku Selepas Tiga Bilik Lama Dibuka Kembali

The post Wartawan ini berjaya masuk dalam Bilik Rahsia Najib. Ini yg dia nampak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/20/wartawan-ini-berjaya-masuk-dalam-bilik-rahsia-najib-ini-yg-dia-nampak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Ds Najib Dedah Rahsia Hubungan Diri Dan Keluarganya Dengan Jho Low

Akhirnya Ds Najib Dedah Rahsia Hubungan Diri Dan Keluarganya Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 423 hits
JAHAT DAN JAHIL MENJADI PUNCA UTAMA KENAPA BUMI MALAYSIA AKHIRNYA JATUH KE TANGAN GOLONGAN RUWAIBITHOH Daripada FB Page Najib Razak Semalam ada Raykat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal Okay saya u...
Pilih Makanan Sihat Amp Aktif Bersukan Rahsia Kekal Muda Saida Tarudin Patutlah Nampak Sebaya Dengan Anak Anak

Pilih Makanan Sihat Amp Aktif Bersukan Rahsia Kekal Muda Saida Tarudin Patutlah Nampak Sebaya Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 842 hits
Pada 13 Disember lalu genaplah usia Saida Tarudin yang ke 44 tahun Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Norsairah Beberapa hari lalu Saida telah berkong...
Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

Chalet Unik Naik Sampan Nak Masuk Bilik

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 343 hits
Memang best experience kami kali ini Ke Endau Johor kita Kali ini kami menginap di Chalet unik iaitu di Penyabong Warisan Resort Kalau nak tau chalet ni sesuai ke tak untuk family trip anda semua kena layan vlog ni sampai habis okay Bagi ya...
Anak Trauma Masuk Bilik Ibu Bapa Sedang Beraksi Dot Dot Dot

Anak Trauma Masuk Bilik Ibu Bapa Sedang Beraksi Dot Dot Dot

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 628 hits
BILIK TIDUR SUAMI Isteri Tahu x Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yg sapa2 pon x boleh masuk Dalam Islam ada masa2 yg kita d larang sama sekali masuk ke dlm bilik Ibu Bapa bilik yg ada pasangan Suami Isteri1 Sebelum Waktu Subuh...
Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

Saya Sendiri Nampak Isteri Dengan Lelaki Lain Di Bilik Hotel Jika Saya Tak Ceraikan Dia Saya Suami Yang Dayus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 852 hits
Kemelut rumah tangga Nadia Brian hangat diperkatakan kembali apabila pelakon itu mengakui suaminya Muizz Nasruddin sudah pun menfailkan perceraian dan menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah Mengesahkan perkara itu Muizz berkata...
6 Jenazah Laskar Fpi Masih Di Rs Polri Wartawan Dilarang Foto Sembarangan Keluarga Dihadang Di Pintu Masuk Parkir

6 Jenazah Laskar Fpi Masih Di Rs Polri Wartawan Dilarang Foto Sembarangan Keluarga Dihadang Di Pintu Masuk Parkir

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 304 hits
Enam jenazah laskar FPI yang tewas ditembak mati dalam bentrokan dengan aparat di Tol Jakarta Cikampek KM 50 Senin masih berada di RS Polri Kramat Jati Jakarta Timur Penjagaan ketat TNI Polri tampak disiagakan di lokasi Berdasarkan pantauan...
Bonda Najib Tun Rahah Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun Pusat Perubatan Di Prince Court

Bonda Najib Tun Rahah Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun Pusat Perubatan Di Prince Court

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Tun Rahah Mohamed Noah isteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak meninggal dunia hari ini Perkara itu disahkan oleh anaknya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosialnya...
Kesedihan Dan Air Mata Mengalir Najib Tangisi Pemergian Tun Rahah

Kesedihan Dan Air Mata Mengalir Najib Tangisi Pemergian Tun Rahah

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 570 hits
December 18 2020 5 27 PMPETALING JAYA Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak Rahah Mohamed Noah meninggal dunia Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun Kesedihan dan air mata mengalir Tiada kata kata untuk kehilangan ini kata Najib ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online