Warna Baju Mempengaruhi Emosi Dan Mood Wanita
Warna Baju Mempengaruhi Emosi dan Mood Wanita! | Jadi perempuan memang complicated. Bab nak pilih baju pun masalah kan.
Kalau ada baju, tapi tudung, kira takde baju juga lah tu nak pakai. Sebabnya tak match dengan baju.
Setiap hari nak kerja, boleh pening fikir nak pakai baju apa. Esok nak kerja, malam dah start belek almari dan memilih baju.
Tapi tahu tak... warna baju yang kita pakai boleh mempengaruhi mood dan emosi kita sepanjang hari. Walaupun tak 100% betul tapi mungkin ilmu metafisik ni ada kebetulannya juga.
Jom kita tengok, sejauh mana warna baju kita boleh mempengaruhi emosi dan mood kita sebagai wanita.
Merah
Jika anda sukakan warna merah, anda seorang yang tegas tetapi amat disayangi. Anda mudah dilanda gangguan emosi yang boleh merubah mood anda. Gaya terbaik untuk anda adalah dengan memilih aksesori rona merah agar penampilan anda tidak keterlaluan. Memilih untuk menggayakan kasut bertumit rona ini akan menampilkan imej seksi dalam diri anda
Krim
Anda seorang yang berdaya saing dan suka memberi dorongan kepada orang lain. Emosi anda rapuh, seorang yang sensitif! Terbaik, gayakan blaus rona krim dengan jean atau skirt untuk gaya manis
Warna kayu
Penggemar rona ini amat mementingkan kecantikan. Anda juga sangat santai dan tidak suka memandang sesuatu masalah itu secara serius dan sangat peramah. Untuk gaya menarik, bergayalah dengan dres warna kayu atau sekadar memilih tas tangan dari rona ini. Kesederhanaan dalam berfesyen adalah paling sesuai buat anda
Hijau
Anda mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaaan. Mendambakan perhatian dan kerap menyinggung perasaan orang lain hanya dengan kata-kata sahaja. Gaya terbaik buat anda adalah memilih aksesori rona ini. Paling menarik, gayakan skaf atau aksesori yang minimum ketika memakai warna ini.
Merah jambu
Seorang yang berazam tinggi. Berusaha sebaiknya untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Yang tidak bagusnya, anda gemar mengambil tahu soal orang lain sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka. Warna lembut ini boleh digayakan dalam pelbagai fesyen. Pilihlah busana atau aksesori yang adna inginkan. Tiada masalah
Biru
Seorang yang pemilih dan kurang keyakinan diri. Kebih menjurus ke aliran seni. Kurang bergaul dengan orang lain tetapi sangant menghargai orang-orang yang ada di sekeliling anda. Rona biru adalah pelbagai tona. Pilihlah tona lembut jika mahukan ringkas. Menggayakan tona yang sedikit kuat akan menggubah penampilan anda kepada lebih serius dan penuh karisma
Putih
Mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa berusaha keras untuk mencapainya. Penyabar dan mempunyai perwatakan yang sangat lembut. Tetapi kamu kuat cemburu, awas! Menggayakan busana rona putih akan membuatkan penampilan anda penuh stail. Selain itu, rona putih sangat bersih dan bergaya dengan warna ini akan membuatkan penampilan anda tidak keterlaluan.
Ungu
Lebih pendiam dan agak misteri. Tidak ramai orang yang mudah untuk mendekati anda. Tidak mementingkan diri tetapi mudah terpengaruh. Blaus atau dres ungu akan nmembangkitkan sisi misteri anda. Lebih cantik jika digayakan dengan aksesori rona gelap seperti hitam.
Kuning
Penggemar rona ini sangat tenang dan sopan. Mudah dipercayai dan cenderung untuk menguasai sesebuah hubungan. Anda juga seorang yang optimis kerana sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Busana kuning sesekali dapat menarik perhatian orang sekeliling. Lengkapkan gaya anda dengan pilihan aksesori rona lembut seperti merah jambu atau biru. Cubalah
Jingga
Berani menanggung risiko dan sangat bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling anda. Walaupun begitu, anda sukar mempercayai orang lain. Pilihlah wedges rona jingga dan dipadankan dngan busana rona serupa, cantiklah
Warna limau
Tenang dan sangat dikagumi orang lain. Anda mudah rasa tertekan jika dilanda masalah. Anda sangat prihatin dan cerewet. Aksesori rona limau memang cantik! Berfesyenlah dengan bijak untuk penampilan manis bergaya
Hitam
Sukakan cabaran dan berani untuk mencuba perkara baru. Tetapi anda kurang suka dengan perubahan mendadak dalam hidup anda. Hebatnya rona ini kerana boleh digayakan dalam apa jua gaya. Tidak kisahlah sama ada anda bergaya dengan busana mahupun sekadar pemilihan aksesori hitam, penampilan anda akan kelihatan sofiskated. Bonus
Sumber: karangkraf
Itu dia senarai warna baju... Jadi, orang yang beruniform... mood dia berubah juga kan walaupun pakai warna sama... sebab apa... itulah ini hanya kajian yang bukan 100% betul ya.
Tapi bab nak pilih warna baju, MF suka pakai baju ikut hari... Senang nak jadikan panduan dan pilih baju setiap hari. Tak kira kat tempat kerja atau di rumah, MF selesa ikut panduan warna ikut hari.
[BACA] CADANGAN WARNA PAKAIAN IKUT HARI DALAM SEMINGGU
MF Memang suka baca bab-bab personaliti macam ni.. Walaupun tak 100% tepat tapi sekurang-kurangnya, ianya membantu... buatkan kita terfikir dan membantu juga bergaya dan berfesyen... Warna, cipta Allah tapi ada rahsia dan hikmahnya..
Jika kita lihat warna kegemaran seseorang, cuba renung personalitinya... adakah berubah atau sebaliknya... MF selalu perhatikan anak-anak MF la.. Bila dipakaikan baju merah, nampak lebih aktif, dan banyak aksinya... bila aktif, susah la sikit nak tidur... Jadi, MF tak galakkan anak-anak MF yang tengah lasak pakai baju merah...
Jangan percaya 100%, sebab ianya bukan satu fakta, tapi MF yakin setiap warna Allah jadikan ada hikmahnya...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2015/03/pengaruh-warna-pada-fesyen-dan-emosi.html