Warkah Buat Saudaraku Ahli Penyokong Pas




Saudara-saudaraku...
Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) - menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : 18/222 King maker kata Tuang Berehem  tue men abuk pun tarak last jadi khadam ummo:
2023 hopefully TKO. 


Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

"PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah". Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam. 
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh... kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah? 
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia. 

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan...

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal? 
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS  yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku...
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit. 

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya... memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia? 

Nak mudah faham, macam ni lah.. 
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M... sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil'alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.cgu

Aku menulis kerana ALLAH.

_Hamba Allah_
_Selangor_

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/warkah-buat-saudaraku-ahli-penyokong-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 276 hits
SUSAN LOONE Kira kira 150 anggota PKR yang mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti itu di Bayan Baru Pulau Pinang hari ini sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka Zuraida Kamarudi...
Pas Mahu Islam Memerintah

Pas Mahu Islam Memerintah

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 187 hits
ALOR SETAR Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang kurangnya 40 kerusi parlimen Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Aw...
Bahri Adalah Sumber Rafizi Berkaitan Tuduhan Pas Terima Dana 1mdb

Bahri Adalah Sumber Rafizi Berkaitan Tuduhan Pas Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 276 hits
Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain sekali lagi mencetuskan polemik Beliau dan Rafizi sekali lagi cuba mencemarkan nama baik PAS dengan harapan PAS akan terpalit dengan skandal Mereka mahu PAS berkubur agar PAN ...
Pas Pula Umum Himpunan Baju Hijau Bulan Depan

Pas Pula Umum Himpunan Baju Hijau Bulan Depan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 525 hits
Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri PAS hari ini melancarkan Himpunan 60 Ribu Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langk...
Budaya Takfiri Benar Atau Tanggapan Benci Mad Sabu Kepada Pas Sahaja

Budaya Takfiri Benar Atau Tanggapan Benci Mad Sabu Kepada Pas Sahaja

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 238 hits
ULAS PANDANGKebimbangan Mad Sabu terhadap budayatakfiri perlu diberi perhatian SUDAH kerap kali Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyuarakan kebimbangan terhadap perbuatan takfiri yang kini sudah menjadi budaya dan modal segelintir...
Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

Dap Keluar Ph Hanya Ugutan Kosong Untuk Tekan Dr M Kata Mp Pas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 292 hits
BERITAAhli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu tidak diiktiraf hanyalah ugutan kosong Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang...
Now It Seems Saifuddin Nasution Received Bribes From Pas

Now It Seems Saifuddin Nasution Received Bribes From Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 263 hits
Allegations that he had received millions of ringgit from PAS and a Kelantan trust fund for the poor forced PKR secretary general Saifuddin Nasution Ismail to issue a legal notice to the party s vice president Zuraida Kamaruddin a source cl...
Barisan Nasional Pas Melatah Dalam Isu Terowong Pp

Barisan Nasional Pas Melatah Dalam Isu Terowong Pp

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 259 hits
1 LGE DAP Pulau Pinang difitnah dalam isu terowong oleh BN PAS 2 LGE saman Nasarudin Hassan Pengerusi BN PP akhbar2 pro BN 3 Nasarudin Hassan mohon maaf tarik balik fitnah bayar kos RM 10K kepada LGE 4 Akhbar NST Utusan Malaysia Berita Hari...
Hadi Kata Pas Tak Pernah Kafirkan Umno

Hadi Kata Pas Tak Pernah Kafirkan Umno

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 288 hits
Adakah Hadi yg tersilap cakap atau akhbar ini tersilap tulis Mungkin juga Hadi sedang baca skrip yg dibuat oleh pemimpin2 UMNO semata2 nak merawat hati org2 UMNO yg tlh Pas kafirkan Mmglah Pas tk pernah kafirkan UMNO sbb yg kafirkan UMNO it...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday

The Power Of Ai In Cybersecurity Cyrebro S Mdr With A Brain

Tahanan Rumah Adakah Peruntukan Seumpama Itu

Kkb By Election Boycott By Mca Mic A Walk In A Slippery Park For Ph Dap

Titah Adendum Tengku Zafrul Enggan Dedah Kesilapan Afidavit Difailkan Zahid