Warisan Hadapi Masalah Gara Gara Kesilapan Calon Sendiri



(Malaysiakini) – Parti Warisan nampaknya terpaksa menanggung kesan daripada kenyataan kontroversi salah seorang pemimpinnya, Mohamaddin Ketapi, apabila video dia didakwa menghina anggota polis dan tentera tular sehari sebelum pengundian awal hari ini.
Bekas menteri pelancongan, seni dan budaya itu penah juga pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontoversi seperti mendakwa golongan gay tiada di Malaysia dan menggelarkan dirinya sebagai orang miskin berikutan pengisytiharan harta yang diwajibkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Dalam PRN kali ini Mohamaddin dicalonkan partinya – Warisan – untuk kerusi DUN Segama. Dia yang juga ahli parlimen Silam mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.
Untuk rekod, Operasi Daulat dilancarkan kerajaan Malaysia pada Mac 2013 membabitkan polis dan tentera susulan pencerobohan kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Sulu.
Kumpulan itu menuntut Sabah sebagai wilayah mereka.
Ia berterusan selama kira-kira sebulan. Sejumlah 10 anggota keselamatan terkorban manakala sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu mati.
Berdasarkan video yang tular itu, Mohamaddin berucap semasa kempen baru-baru ini dan berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya Umno akan kalah kepada PKR.
Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan “perang” dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.
Peluang pihak lawan menyerang
Susulan itu, dia dihujani kecaman kerana disifatkan menghina anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu.
Pengundian awal berlangsung hari ini menyaksikan 16,877 pengundi yang terdiri daripada 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis serta pasangan mereka di seluruh Sabah.
Selepas insiden dicetuskan Mohamaddin itu, Warisan mempunyai baki empat hari lagi untuk membaiki ‘kerosakan’ yang ada, sebelum 1.1 juta pengundi membuang undi pada Sabtu ini.
Meskipun bilangan undi dalam kalangan anggota polis dan tentera lebih kecil berbanding jumlah undi keseluruhan, konflik tersebut mampu memberi impak yang serius terhadap kawasan pantai timur di Sabah, iaitu kawasan kubu kuat Warisan.
Ini membawa kepada kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan perintah larangan ke laut pada waktu tertentu yang berkuat kuasa sehingga hari ini.
Mohamaddin sudah memohon maaf atas kenyataannya itu dan mendakwa ia disalah tafsir.
Namun, pihak lawan Warisan mengambil peluang tersebut dengan mengecam tindakan Mohamaddin.
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal ketika diminta mengulas isu itu berkata, dia akan meminta penjelasan Mohamaddin dan menegaskan calon terbabit sudah memohon maaf atas keterlanjurannya itu.
Sehingga semalam, pihak lawan Warisan – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional (PN) dan PBS – berusaha sedaya-upaya untuk mendahului dalam kempen ketika hari mengundi semakin hampir.
Mereka kemudian menggunakan sentimen antimigran dengan melabelkan Warisan sebagai “parti pendatang tanpa dokumen”.
Strategi tersebut mempunyai elemen kaum dan agama kerana mesej yang ingin disampaikan ditujukan khas kepada kumpulan besar di kawasan golongan bumiputera bukan Islam yang mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap kebanjiran pelarian beragama Islam dan pendatang tanpa izin yang lain dari Filipina.
Kontroversi itu juga membimbangkan rakan kongsi Warisan – terutama DAP dan Amanah – yang bertanding menggunakan logo parti berkenaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/22/warisan-hadapi-masalah-gara-gara-kesilapan-calon-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Ribu Pengundi Awal Wajar Memilih Calon Warisan Dari Amanah Di N24 Tanjung Keramat Sdr Rosdy Wasli

Tiga Ribu Pengundi Awal Wajar Memilih Calon Warisan Dari Amanah Di N24 Tanjung Keramat Sdr Rosdy Wasli

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 253 hits
Dun N24 Tanjung Keramat adalah di bawah Parlimen Putatan Di Dun ini lebih kurang 14 Ribu pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Sabah pada Sabtu ini Daripada jumlah tersebut lebih kurang tiga ribu adalah pengundi2 awal di kalangan warga...
Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

Hanya Satu Calon Km Kami Iaitu Presiden Warisan Kata Shafie

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 293 hits
Tidak seperti musuh yang berpecah soal calon ketua menteri kata Shafie Apdal kerajaan menawarkan kepada rakyat Sabah hanya satu calon Baik DAP kah PKR kah Amanah kah hanya satu calon saja untuk menjadi ketua menteri iaitu presiden Warisan k...
Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 464 hits
September 12 2020 9 19 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan TUARAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pem...
Enam Bekas Adun Cuba Jatuhkan K Jaan Warisan Jadi Calon Bebas

Enam Bekas Adun Cuba Jatuhkan K Jaan Warisan Jadi Calon Bebas

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 343 hits
Enam bekas wakil rakyat Sabah yang terbabit dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Warisan pada Julai lalu kini berusaha mengekalkan kerusi dimenangi mereka dengan bertanding sebagai calon bebas Mereka adalah Abdul Rahman Kongkawang Musbah Jamli...
Calon Ketua Menteri Sabah Dicabar Anak Saudara Sendiri

Calon Ketua Menteri Sabah Dicabar Anak Saudara Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 352 hits
606 total views 606 views today TUARAN Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 pada 26 September ini menyaksikan dua calon yang mempertahan kerusi mereka bakal berentap dengan anak saudara lelaki masing masing Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie A...
Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 485 hits
Kita harap calon Warisan ini meletakkan jawatan dan undur diri daripada bertanding di PRN Sabah Minta Maaf sahaja tidak cukup lebih lebih lagi apabila Angkatan Tentera Malaysia membuat kenyataan amat terkesan dengan kenyataannya yang mengai...
Shafie Minta Pengundi Tanggung Calon Warisan Membakut Mana Otak

Shafie Minta Pengundi Tanggung Calon Warisan Membakut Mana Otak

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 252 hits
Entah apa jak kaitannya dengan pilihan raya negeri dengan seseorang yang melepaskan jawatannya kerana ingin menjadi yang berhormat Nafsu seperti itupun boleh di spin oleh Shafie menjadi modal kempen Warisan di DUN Membakut Menghairankan nam...
Bn Bersatu Sabah Dan Warisan Plus Umum Calon Esok

Bn Bersatu Sabah Dan Warisan Plus Umum Calon Esok

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 400 hits
SHAH ALAM Teka teki siapa bakal menjadi calon akan terjawab apabila Barisan Nasional bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Warisan Sabah Plus mengumumkan senarai calon mereka bagi Pilihan Raya Negeri Sabah esok Pengumuman bagi ca...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi