Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk Myjpj Guna Mydigital Id Mulai Februari 2026


Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Mulai Februari 2026
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus komited mendukung agenda transformasi digital negara melalui pelaksanaan kaedah log masuk tunggal (Single Login) ke aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus.
Bermula 1 Februari 2026, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ, sekali gus menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada.
“Bagi pengguna bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus digunakan melalui pautan khas yang memerlukan pengguna memasukkan 12 digit nombor MyPR /MyKAD berserta kata laluan.
“Sementara itu, pengguna yang belum pernah mendaftar MyJPJ, proses log masuk boleh terus dilaksanakan melalui MyDigital ID.
“Langkah ini penting bagi mengelakkan pembukaan akaun palsu serta akses tidak sah ke dalam sistem MyJPJ,” maklum JPJ dalam satu kenyataan.
Untuk info, JPJ memaklumkan bahawa 13 juta pengguna telah mendaftar atau memiliki akaun MyJPJ setakat ini. Daripada jumlah itu, 1.3 juta pengguna telah menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi tersebut.
Manakala, 11 juta pengguna lagi perlu melengkapkan proses prapendaftaran melalui pengesahan wajah bagi mempercepatkan pendaftaran MyDigital ID.
MyDigital ID merupakan platform identiti digital yang mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan telus menggunakan pangkalan data Kerajaan, iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna.
Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan transaksi digital, malah memudahkan urusan tanpa keperluan mengingati pelbagai kata laluan.
JPJ menyeru semua pengguna MyJPJ agar mengambil langkah proaktif dengan mendaftar dan menyediakan tetapan MyDigital ID lebih awal bagi memastikan kelancaran urusan apabila kaedah log masuk tunggal ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Februari 2026.


BACA: Ribut Tropika Senyar: Perkembangan Terkini & Langkah Pemantauan
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
The post Warganegara 18 Tahun Ke Atas Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Mulai Februari 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/27/warganegara-18-tahun-ke-atas-log-masuk-myjpj-guna-mydigital-id-mulai-februari-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 291 hits
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik di Tahun 2026 Mencari emas menggunakan metal detector kini semakin popular di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi bekas lombong dan sungai cetek Dengan teknologi yang semakin maj...
Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 208 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut terhadap kewujudan individu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun namun masih menerima gaji bawah RM2 000 sedangkan kos sara hidup pada ketika ini semakin meningkat Bercakap pada majlis Sara...
Jadual Ets Ktm Intercity Mulai 1 Januari 2026

Jadual Ets Ktm Intercity Mulai 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 173 hits
Keretapi Elektrik Tanah Melayu Berhad telah membuka jualan tiket ETS bagi tahun 2026 mulai 17 November 2025 Untuk mengetahui lebih terperinci Jadual Waktu Baharu bagi perkhidmatan ETS KTM Intercity yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 20...
Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 243 hits
Program Discover Your Good at Sentosa menawarkan peluang unik untuk mendapatkan gelang dengan charm eksklusif yang membuka pelbagai keistimewaan di seluruh Pulau Sentosa Menariknya dengan Starter Charm ini anda boleh menikmati pelbagai keis...
Whatsapp Uji Ciri Log Masuk Berbilang Akaun Pada Ios

Whatsapp Uji Ciri Log Masuk Berbilang Akaun Pada Ios

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 162 hits
Setelah beberapa bulan dalam fasa pembangunan WhatsApp kini menguji ciri yang membolehkan pengguna iOS log masuk dan mengurus berbilang akaun dalam satu peranti yang sama Ciri ini telah tersedia untuk peranti Android sejak awal tahun lalu M...
Mangsa Banjir Ugut Anggota Penyelamat Guna Senjata Api

Mangsa Banjir Ugut Anggota Penyelamat Guna Senjata Api

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 203 hits
KOSMO GAMBAR jet ski yang digunakan Tee Inkjet Foto Facebook Tee InkjetBANGKOK Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai wilayah Songkhla melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk mengugut anggota anggota peny...
Senarai Jenama Model Motosikal Yang Boleh Dibeli Guna Spaylater

Senarai Jenama Model Motosikal Yang Boleh Dibeli Guna Spaylater

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 175 hits
Senarai Jenama Model Motosikal Yang Boleh Dibeli Guna SpayLater Seperti yang diketahui Shopee menerusi ShopeePay telah memperkenalkan perkhidmatan pembiayaan baharu yang dikenali sebagai SPayLater Motorcycle Perkhidmatan itu membolehkan pen...
Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai

Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 149 hits
Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai Baru baru ini tular satu video memaparkan detik detik dipercayai penduduk Bandang di Kabupaten Tapanuli Tengah Sumatera Utara cuba menyelamatkan bayi ketika banjir m...
5 Penyakit Boleh Dirawat Guna Pokok Jarum 7 Bilah

5 Penyakit Boleh Dirawat Guna Pokok Jarum 7 Bilah

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 177 hits
5 penyakit boleh dirawat guna pokok jarum 7 bilah dibawah ini saya sertakan cara dan kaedah sebagai usaha ikhtiar bagi siapa yang memerlukan 1 Kanser KetumbuhanCara guna Ambil 7 helai daun Jarum 7 Bilah Rebus dengan 3 cawan air hingga tingg...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan