Warga Singapura Bayar Rm28 000 Miliki 116 Saman Tertunggak Sejak Tahun 2000


JOHOR BAHRU, 29 Sept — Seorang lelaki warga Singapura membayar saman bernilai RM28,000 bagi 116 saman tertunggak sejak tahun 2000 selepas ditahan dalam satu operasi di perkarangan Muzium Tokoh, di sini petang semalam
Lelaki berusia 60an itu adalah antara mereka yang ditahan dalam Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dilaksanakan di dua lokasi berasingan negeri ini, sejak Jumaat lepas.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata menerusi operasi tersebut, sebanyak 3,174 saman atas pelbagai kesalahan telah berjaya diselesaikan, membabitkan 2,687 warganegara Singapura dan 487 warga tempatan.
Operasi siri kesepuluh melibatkan 116 keanggotaan itu dijalankan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah, Iskandar Puteri dan di perkarangan Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam, sejak 6 pagi pada 27 Sept sehingga 12 tengah malam ini.
“Sepanjang operasi dilaksanakan sehingga pagi ini, kita telah dapat mengutip bayaran saman kira-kira RM611,000 di kedua-dua lokasi.
“Ia adalah bayaran bagi 3,174 daripada 247,278 saman tertunggak yang dicatat terhadap pemilik dan pemandu kenderaan Singapura sejak tahun 2000 hingga 2019,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi berkenaan di muzium itu, di sini, hari ini.
Mohd Nadzri berkata kutipan dijangka akan mencecah sehingga RM750,000 menjelang tengah malam ini.
Tambahnya selepas operasi tamat, mana-mana pesalah trafik terutamanya warga Singapura boleh menyemak saman dan melakukan pembayaran melalui dua mesin kiosk di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.Warga Singapura juga boleh membayar saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negara mereka sendiri melalui kira-kira 900 mesin AXS.
“Selain itu, medium utama yang boleh digunakan untuk menyemak dan membayar saman adalah melalui kaunter trafik COPS di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah yang menerima bayaran secara tunai, kad debit, kad kredit, draft bank dan wang pos.
“Mereka juga boleh berbuat demikian melalui portal myeg.com.my dan rilek.com.my serta menerusi pejabat pos dan ATM Maybank,” katanya.
Menurut Mohd Nadzri, apabila sistem permit masuk kenderaan (VEP) dilaksanakan, semua pesalah trafik Singapura yang mempunyai saman polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah diwajibkan menjelaskan bayaran saman mereka, sebelum dibenarkan pulang ke republik berkenaan.
“Operasi ini sebenarnya adalah ke arah itu juga iaitu sebagai persediaan untuk pelaksanaan sistem VEP. Jadi, kita sarankan, mana-mana pesalah trafik Singapura tampil lah segera membayar saman mereka sekarang tanpa kita perlu sentiasa melaksanakan operasi,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/29/warga-singapura-bayar-rm28000-miliki-116-saman-tertunggak-sejak-tahun-2000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liat Bayar 116 Saman Trafik Akhirnya Lelaki Singapura Ini Terciduk Kena Bayar Rm28 000

Liat Bayar 116 Saman Trafik Akhirnya Lelaki Singapura Ini Terciduk Kena Bayar Rm28 000

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 254 hits
Oleh kerana tiada pilihan lain seorang lelaki warga Singapura yang ditahan kerana memiliki 116 saman trafik akhirnya akur dan terpaksa membayar saman tersebut yang berjumlah RM28 000 Lelaki berusia 60 an itu yang memandu kereta Mercedes dit...
Lelaki Singapura Membayar 9 000 Dalam Denda Trafik Yang Terkumpul Hampir 20 Tahun Selepas Ditahan Oleh Polis Johor

Lelaki Singapura Membayar 9 000 Dalam Denda Trafik Yang Terkumpul Hampir 20 Tahun Selepas Ditahan Oleh Polis Johor

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 438 hits
Lelaki Singapura membayar 9 000 dalam denda trafik yang terkumpul hampir 20 tahun selepas ditahan oleh polis Johor SINGAPURA Seorang lelaki warga Singapura yang terhutang denda RM28 000 ditunda selepas ditahan polis Johor pada Sabtu Lelaki ...
Ujian Elektrokardiogram Percuma Kepada 3 000 Orang Terawal Hingga Hujung Tahun

Ujian Elektrokardiogram Percuma Kepada 3 000 Orang Terawal Hingga Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 350 hits
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama d...
Tidak Ditutup Hanya Bayar Rm4 000 Untuk Ke Pulau Komodo Selepas Ini

Tidak Ditutup Hanya Bayar Rm4 000 Untuk Ke Pulau Komodo Selepas Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 350 hits
Kecoh sebelum ini apabila Pulau Komodo dikatakan akan ditutup pada tahun hadapan selama setahun Penutupan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada kerja kerja pemulihan dan memastikan keindahan semula jadi tempat tersebut terpelihara Namu...
Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey Dipenjara 15 Tahun Denda Rm90 000

Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey Dipenjara 15 Tahun Denda Rm90 000

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 734 hits
Alhamdulillah Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela Bekas Penasihat Dr Rozmey dipenjara 15 tahun denda RM90 000 Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM90 000 ke atas bekas penasihat peribadi dan kewang...
Lebih 20 000 Penyokong Partizan Bawah 14 Tahun Hadir Ke Perlawanan Uel

Lebih 20 000 Penyokong Partizan Bawah 14 Tahun Hadir Ke Perlawanan Uel

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 247 hits
Apa akan jadi kepada pasukan di Malaysia ini jika dikenakan sekatan kehadiran penyokong daripada umur 15 tahun dan ke atas Pasti anda akan membayangkan stadium tersebut akan sunyi sepi Namun tidak untuk Partizan Belgrade Kelab ini menerima ...
50 000 Sarapan Pagi Untuk Warga Malaysia

50 000 Sarapan Pagi Untuk Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 365 hits
Lengkapkan sarapan anda dengan susu No 1 Dutch Ladypada bulan Oktober ini Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga Tetapi sekiranya tidak ada yang akan membantu Bulan Oktober ialah...
Jantung Anak Berlubang Tersumbat Sejak Lahir Ibu Bapa Rayu Orang Ramai Bantu Sumbang Rm25 000 Untuk Kos Pembedahan Anak

Jantung Anak Berlubang Tersumbat Sejak Lahir Ibu Bapa Rayu Orang Ramai Bantu Sumbang Rm25 000 Untuk Kos Pembedahan Anak

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 291 hits
Pasangan suami isteri merayu orang ramai tampil membantu menyumbangkan dana sebanyak RM25 000 bagi menampung kos pembedahan bayi perempuan mereka yang mengalami komplikasi jantung Rozita Radzi 33 berkata anak keenamnya Maya Alisha Mohd Hasr...
Cek Fakta Hoaks Harga Rokok Tembus Rp 50 000 Tahun Depan

Cek Fakta Hoaks Harga Rokok Tembus Rp 50 000 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 206 hits
Beberapa hari terakhir beredar daftar harga baru rokok yang mencapai Rp 50 000 per bungkus di tahun 2020 Daftar tersebut tidak benar alias hoaks Perusahaan rokok belum menetapkan harga baru untuk rokok di 2020
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong