Warga Nigeria Dihukum Gantung Bunuh Ketua Jururawat Hospital


Gilbert dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, pada Mei 2019.


SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Warga Nigeria, Alowonle Oluwajuwon Gilbert dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin dalam kejadian dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman terhadap pemuda berusia 38 tahun itu selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Ab Karim berkata, kenyataan tertuduh (ketika perbicaraan) bahawa dia tidak bersama Siti Kharina selepas jam 8 malam pada 8 Mei 2019 adalah bersifat penafian semata-mata dan terkemudian.

Ia kerana, katanya, ia bertentangan dengan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Tertuduh juga tidak dapat menjelaskan kesan asid deoksiribonukleik (DNA) darah Siti Kharina di baju tertuduh pada pagi, 9 Mei 2019.

Gilbert dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, pada Mei 2019. "Pihak pembelaan juga tidak pernah mempertikaikan baju yang dipakai oleh tertuduh yang mempunyai kesan darah DNA milik mangsa," katanya.

Beliau berkata, kegagalan tertuduh memberi keyakinan kepada mahkamah menunjukkan bahawa tertuduh ada bersama Siti Kharina pada hari kejadian.

Tanpa keraguan munasabah itu juga, katanya, ia menunjukkan bahawa ada kemungkinan tertuduh yang membunuh ibu kepada tiga anak itu.

Warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh Siti Kharina
Malah, beliau berkata, tertuduh tidak pernah menjelaskan bahawa dia tidak berada di lokasi pada hari kejadian.

"Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap anda, hukuman mati dan mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman hingga keputusan rayuan," katanya.

Sebaik hukuman itu dibacakan, Gilbert yang hadir dengan memakai baju dan seluar penjara warna putih, tunduk dan menangis di dalam kandang tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Shafinah Taib.

Pada 16 Julai 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh Siti Kharin.

Alowonle Oluwajuwon Gilbert membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.


Gilbert ketika kejadian berusia 36 tahun, dituduh membunuh Siti Kharina di satu unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara jam 12.41 pagi, 9 Mei 2019 dan 2.30 petang, 15 Mei tahun sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Mei 2019, media melaporkan penemuan mayat Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada unit kondominium berkenaan.

Mayat ketua jururawat itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan kelar pada dada, leher serta kepala mangsa.

Polis percaya Siti Kharina dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan fizikalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/warga-nigeria-dihukum-gantung-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Dihukum Gantung Sampai Mati

Lelaki Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 149 hits
Mendengar keputusan hukuman itu Alowonle yang memakai pakaian penjara berwarna putih hanya mampu mengalirkan air mata Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki Nigeria selepas mendapati dia be...
Kwon Mina Di Hospital Setelah Cubaan Bunuh Diri Kali Ke 3

Kwon Mina Di Hospital Setelah Cubaan Bunuh Diri Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 348 hits
penyanyi berusia 27 tahun itu dilaporkan ditemui oleh seorang kenalan pada waktu pagi setelah tidak menjawab panggilan telefon Foto Instagram BEBERAPA hari lalu peminat hiburan K pop dikejutkan dengan berita penyanyi Mina dimasukkan ke sebu...
2 Warga Indonesia Bunuh Makan Anjing Didenda Rm12 000 Dipenjara 3 Bulan

2 Warga Indonesia Bunuh Makan Anjing Didenda Rm12 000 Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 1709 hits
Pali Lolo 43 dan Tandi Yusuf 46 kedua duanya warga Indonesia mengaku bersalah di hadapan Hakim Elsie Primus atas pertuduhan di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesejahteraan Haiwan 2015 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Gambar fail N...
Ketua Pembangkang Kemuka Usul Hilang Kepercayaan Pada Pm

Ketua Pembangkang Kemuka Usul Hilang Kepercayaan Pada Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh FAZLI RADZI July 29 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Mahiaddin perlu dimakzulkan darip...
Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan...
Sempat Buron Mantan Ketua Pdip Paluta Ditangkap Kejaksaan

Sempat Buron Mantan Ketua Pdip Paluta Ditangkap Kejaksaan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 247 hits
Mantan Ketua Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan Padang Lawas Utara Syafaruddin Harahap yang sempat menjadi buron atas kasus tindak pidana penggelapan akhirnya ditangkap
Kenyataan Media Ketua Polis Negara

Kenyataan Media Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 437 hits
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARATahap Keselamatan Negara Terkawal itu aje saya nak tulis
Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 278 hits
Acryl Sani Abdullah Sani berkata masyarakat diharap terus mematuhi prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan Covid 19 dapat dilandaikan KUALA LUMPUR Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yan...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 7 Mei Keputusan Dasar Fed Dalam Perhatian Para Pelabur