Warga M Sia Terkandas Di Oman Mula Putus Harapan


Geraldine Tong
 
Sementara ramai yang telah pulang selepas terkandas di luar negara susulan kawalan pergerakan akibat wabak Covid-19, sekumpulan warga Malaysia di Oman masih belum bernasib baik untuk berbuat demikian
Salah seorang warga Malaysia yang terkandas di sana, Mastura Badzis adalah pensyarah psikologi kanak-kanak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang merupakan profesor pelawat di Universiti Sultan Qaboos di ibu kota negara itu, Muscat ketika Covid-19 mula menular.
Selepas berdepan cabaran demi cabaran dalam usaha untuk pulang, Mastura berkata ramai di kalangan mereka kini semakin tertekan kerana pelbagai isu antaranya kehilangan kerja, memiliki ibu bapa yang sakit atau isteri yang sedang mengandung.
Usaha penghantaran balik di Muscat bermula pada 17 Mei apabila kerajaan Oman menghantar pesawat Salam Air ke Malaysia untuk mengambil warga negaranya, katanya.
Melalui kedutaan Malaysia, mereka menawarkan tempat duduk kepada warga Malaysia bagi penerbangan ke Kuala Lumpur pada masa itu.
Begitu juga pada 8 Jun, apabila sebuah syarikat di Oman mengaturkan sebuah pesawat kargo Oman Air untuk menghantar pulang pekerja warga Malaysia pulang. Melalui kedutaan Malaysia, mereka turut menawarkan tempat untuk mana-mana warga Malaysia yang mahu pulang.
Menurut Mastura, tawaran kedua itu hanya disampaikan kepada mereka dua hari sebelum penerbangan.
Katanya, dia tidak dapat turut serta dalam kedua-dua penerbangan kerana kontraknya dengan universiti hanya tamat 18 Jun.
"Setiap kami ada malalah sendiri, perancangan sendiri. Misalnya macam saya, tempoh saya (di universiti) hanya tamat 18 Jun," katanya kepada Malaysiakini.
Walaupun Universiti Sultan Qaboos menawarkan tiket penerbangan terbuka dengan Oman Air, kata Mastura, dia tidak dapat menggunakannya kerana kerajaan Oman telah menutup lapangan terbang.
Dia kemudian mendaftar dengan kedutaan Malaysia untuk menerima kemas kini berkenaan sebarang penerbangan penghantaran pulang.
Pada 22 Jun, dia berkata mereka yang mendaftar dengan kedutaan diberitahu bahawa pihak kedutaan telah mengaturkan satu penerbangan dengan Malindo Air bagi 100 orang, dengan kadar RM4,000 seorang.
"Bagi saya, walaupun ia mahal, tetapi masih boleh dibayar. Kami masih boleh terima," katanya.
Tetapi dua hari kemudian, pihak kedutaan berkata hanya 60 warga Malaysia yang menyertai penerbangan itu, bermakna mereka perlu membayar RM6,000 seorang.
Pada masa sama, Mastura berkata kedutaan mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk memberikan kemas kini berkenaan usaha penghantaran pulang, termasuk langkah untuk mendapatkan penerbangan Emirates Airline melalui Dubai.
Kedutaan berjaya berunding dengan Emirates dengan harga tiket kurang RM4,000, katanya lagi.
"Semua orang gembira dan kita mula mengemas barang untuk penerbangan yang dijadual 4 Julai.
"Tetapi pada 29 Jun, kami diberitahu oleh kedutaan Malaysia bahawa mereka berdepan masalah dalam rundingan dengan pihak berkuasa penerbangan awam Oman kerana kerajaan negara itu memutuskan untuk tidak membenarkan perkhidmatan penghantaran pulang oleh penerbangan selain Oman Air, Salam Air atau syarikat penerbangan negara yang terlibat.
 "Ini satu maklumat baru dan kedutaan terkejut apabila mereka dapat tahu tentangnya, mereka cuba buat rayuan tetapi tidak berjaya," kata Mastura.
Ditimpa satu lagi masalah, kedutaan Malaysia memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp mereka sedang cuba berhubung dengan kedutaan negara Asean di Oman untuk penerbangan khusus bagi warga Asean.
Bagaimanapun, pada 1 Julai, kedutaan memberitahu usaha untuk seperti tidak membuahkan hasil.
Kedutaan kemudian memberitahu mereka akan cuba mendapatkan penerbangan MAS daripada negara lain untuk berhenti di Muscat untuk mengambil mereka, sebelum pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun dua hari kemudian, pada 3 Julai, kedutaan berkata usaha itu juga gagal, kata Mastura.
"Jadi kami kembali ke petak pertama di mana kami perlu bayar RM6,000 untuk penerbangan Malindo Air dan mereka tanya jika ada yang boleh membayarnya.
"Bagi mereka yang baru hilang kerja, RM6,000 seorang adalah terlalu tinggi. Jadi saya fikir kerajaan perlu bantu kami.
"Jika kami masih belum dapat capai penyelesaian, kami perlu menulis kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk beritahu apa yang berlaku dan ramai di kalangan kami dalam keadaan terdesak.
"Kami patut buat rayuan kepada MKN agar membantu memsubsidi bayaran Malindo Air. Saya yakin MKN akan dapat bantu kami, ini pandangan saya," katanya lagi.
Menurut Mastura, dia menyatakan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp beberapa hari lalu tetapi tiada seorang daripada pihak kedutaan yang membuat susulan.
"Kami hanya dinasihatkan untuk bertenang, sabar dan tunggu," katany pensyarah itu yang suami dan anak-anaknya berada di Malaysia.
Dalam kumpulan WhatsApp itu, kata Mastura, semakin ramai yang putus harapan, termasuk seorang wanita yang menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memberitahu dia tidak dapat tidur malam kerana masalah tersebut.
Seorang lagi wanita memberitahu dalam kumpulan WhatsApp bahawa bukan saja ibu bapany kini dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), dia juga telah hilang kerja dan tidak mampu lagi untuk terus tinggal di Oman, katanya.
"Saya kata pada diri sendiri, saya perlu buat sesuatu kerana tiada yang berkata apa-apa. Saya tak kenal mereka secara peribadi...tapi kita perlu buat sesuaut, jika tidak apa yang akan berlaku terhadap mereka?
"Saya tak boleh tengok sahaja kerana walaupun kedutaan telah cuba yang terbaik untuk mengaturkan penerbangan, mereka tidak menangani isu berkaitan kebajikan kewangan dan emosi.
"Saya cuba bangkitkan perkara ini dan mungkin kami perlu buat laporan kepada MKN...Mungkin kami boleh menarik perhatian kementerian (untuk membantu)," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/warga-msia-terkandas-di-oman-mula-putus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Burukkan Imej M Sia Akan Diusir Serta Merta Imigresen

Warga Asing Burukkan Imej M Sia Akan Diusir Serta Merta Imigresen

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 463 hits
630 total views 630 views today Jabatan Imigresen Malaysia memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara Jus...
Princesses From Self Proclaimed Sunda Empire Have Been Detained In M Sia For 13 Years

Princesses From Self Proclaimed Sunda Empire Have Been Detained In M Sia For 13 Years

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 398 hits
They arrived in Kuching Sarawak in their early twenties small Cover image via South China Morning Post span span small Two women who insist they are royals from a nation called Sunda Empire have been detained in Malaysia for the past 13 yea...
Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

Rupanya Ahli Politik M Sia Dipercayai Culik Bunuh Datuk Seri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 346 hits
Sebuah rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati di kawasan belukar Batu 27 Jalan Rawang Bestari Jaya Foto Fail NSTPAhli politik dipercayai dalang ut...
Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 262 hits
Isu pelarian Rohingya terus menjadi isu hangat Kali ini telah tular video menunjukkan pelarian Rohingya berlabuh di Acheh Penduduk Acheh dikatakan ingin membantu kapal pelarian Rohginya yang ditemui terumbang ambing di laut sejak beberapa h...
Sia Sia Perjuangan Anwar 22 Tahun Cuma Dapat Tpm 1

Sia Sia Perjuangan Anwar 22 Tahun Cuma Dapat Tpm 1

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 358 hits
Pencalonan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri merupakan satu penghinaan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Bukan sahaja kerana Ahli Parlimen Semporna itu junior Anwar sejak 1998 malah perjuangan...
Usaha Kekalkan Speaker Sia Sia

Usaha Kekalkan Speaker Sia Sia

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 228 hits
Kredit MSO Usaha Gabungan Penjawat Awam dan Bersih untuk mengekalkan Mohamad Arif Md Yusuf kekal sebagai Speaker Dewan Rakyat akan sia sia walaupun gesaan itu tepat Kerajaan PN dibawah pimpinan Muhyiddin ini yang dibentuk hasil curian tidak...
Facebook Sekat Puji M Sia Ada Pantauan Tangan Ghaib

Facebook Sekat Puji M Sia Ada Pantauan Tangan Ghaib

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 441 hits
Facebook sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid 19PADA 18 Mei lalu Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan Other Side of the Truth yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia d...
Perang Idealogi Dan Pertarungan Di M Sia

Perang Idealogi Dan Pertarungan Di M Sia

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 253 hits
IDEALOGI yang menyerap sebagai undang undangSebelum ini saya ada menulis beberapa artikel tentang Falsafah Zaman Pertengahan Reinassance dan banyak lagi yang menggambarkan asal usul idealogi Kemudian saya juga telah menulis bagaimana idealo...
Covid 19 M Sia Kembali Catat Dua Angka Kes Positif Hari Ini Kkm

Covid 19 M Sia Kembali Catat Dua Angka Kes Positif Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 256 hits
MALAYSIAKINIMalaysia kembali mencatat jumlah kes positif Covid 19 dua angka hari ini dengan 10 kes baru direkodkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baru itu tujuh kes adalah kes import yang m...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri