Covid 19 M Sia Kembali Catat Dua Angka Kes Positif Hari Ini Kkm


MALAYSIAKINI
Malaysia kembali mencatat jumlah kes positif Covid-19 dua angka hari ini dengan 10 kes baru direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baru itu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua warganegara Malaysia.
“Daripada tiga kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke penjara.
“Dalam kalangan warganegara Malaysia, satu kes positif dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan kes saringan prapembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan kes itu telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.
Selain itu, satu kes positif penularan tempatan turut dikesan di Sabah dalam saringan petugas kesihatan yang telah tamat bertugas di sebuah pusat kuarantin di Likas.
Dr Noor Hisham berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,658 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus berkenaan sebanyak 76 kes.
Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah didiscaj daripada wad turut menghampiri 100 peratus, iaitu sebanyak 97.7 peratus atau bersamaan 8,461 kes termasuk 15 kes pulih hari ini, katanya.
Beliau berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu kekal 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kedua-dua kes itu memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kluster Pudu, iaitu kluster kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mula dikesan daripada saringan pekerja di sebuah tapak pembinaan telah tamat tempoh pemantauan bermula hari ini.
“Kes positif Covid-19 pertama kluster ini dikesan pada 10 Mei 2020 susulan saringan Covid-19 yang telah dijalankan bagi pekerja (inisiatif majikan syarikat itu).
“Sehingga 3 Julai 2020, seramai 3,387 orang telah disaring dan didapati 80 kes yang positif Covid-19 (iaitu kadar positif 2.36 peratus). Kes-kes positif kluster ini merangkumi 97.5 peratus bukan warganegara Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan, melibatkan 69 warga Bangladesh, tujuh Myanmar, dua Indonesia dan dua warganegara Malaysia.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/covid-19-msia-kembali-catat-dua-angka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Covid 19 Sejarah Tercipta Tiada Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini Kkm

Terkini Covid 19 Sejarah Tercipta Tiada Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 384 hits
Putrajaya 1 Julai Hanya satu kes baru COVID 19 dilaporkan hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Hingga 1 Julai 2020 jam 12 tengah hari terdapat hanya 1 kes baru dilaporkan menjadikan 8 640 kes Oleh itu jumlah ...
Hari Ini Dki Jakarta Kembali Tertinggi Positif Covid 19 Jatim Kedua

Hari Ini Dki Jakarta Kembali Tertinggi Positif Covid 19 Jatim Kedua

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 222 hits
Hari Ini DKI Jakarta Kembali Tertinggi Positif Covid 19 Untuk urutan keempat dan kelima tertinggi penambahannya hari ini adalah Maluku Utara dan Sulawesi Selatan Masing masing penambahan di atas 100 kasus
3 Kluster Catat Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bukit Bintang

3 Kluster Catat Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk Kluster Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 471 hits
Susulan daripada Sidang Media Perkembangan Kesihatan Covid 19 yang disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham Abdullah ini mengenai tiga kluster yang masih aktif catat kes baharu hari ini Kluster Bukit Bintang Sehingga 2...
Covid 19 16 Kes Baru 10 Pulih Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini Kkm

Covid 19 16 Kes Baru 10 Pulih Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 384 hits
Putrajaya 21 Jun Sebanyak 16 kes baru COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan kes keseluruhan COVID 19 di Malaysia sebanyak 8 572 kes Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak 295 kes aktif dengan kebol...
Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

Taiwan Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ke 5

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 289 hits
Taiwan catat sifar kes baharu Covid 19 hari ke 5 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2020 11 32PM
Amerika Syarikat Catat Lebih 50 000 Kes Baru Covid 19 Sehari Untuk 2 Hari Berturut Turut

Amerika Syarikat Catat Lebih 50 000 Kes Baru Covid 19 Sehari Untuk 2 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 398 hits
Amerika Syarikat merekodkan dua hari berturut turut dengan kes baharu jangkitan COVID 19 melebihi 50 000 kes Pada 2 Julai negara itu merekodkan angka kes baharu 52 156 kes Brazil juga menunjukan peningkatan kes pada 2 Julai dengan kes bahar...
Dua Digit Kes Baharu Covid 19 14 Hari Berturut Turut Victoria Perketat Semula Kawalan Pergerakan

Dua Digit Kes Baharu Covid 19 14 Hari Berturut Turut Victoria Perketat Semula Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 376 hits
Kerajaan Negeri Victoria di Australia dilaporkan akan ketatkan semula kawalan pergerakan bermula Khamis ini susulan peningkatan kes baharu COVID 19 di beberapa bandar utama Sebanyak 233 kes baharu dikesan dengan pertambahan dua digit kes ba...
Dua Pasar Di Jaktim Ditutup Setelah Belasan Pedagang Positif Covid 19

Dua Pasar Di Jaktim Ditutup Setelah Belasan Pedagang Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 236 hits
Kepala Pasar Enjo Diaptra Gajah Mada mengemukakan sebanyak 13 dari total 110 peserta tes usap atau swab test pada Selasa dinyatakan positif tertular Covid 19
Pandemik Belum Berakhir Dan Kes Global Meningkat Rakyat Malaysia Jangan Alpa Walau Kes Satu Angka Kkm

Pandemik Belum Berakhir Dan Kes Global Meningkat Rakyat Malaysia Jangan Alpa Walau Kes Satu Angka Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 250 hits
Dunia menyaksikan peningkatan mangsa COVID 19 hari demi hari Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom mengingatkan bahawa lebih ramai akan dijangkiti virus berkenaan jika sesuatu negara tidak mempunyai polisi yang berkesan menguruskan wabak berken...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Drama Haluan

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Sudiro Tungga Jaya Dome Legacy Sr2 S Series

Miniatur Bus Budiman 3e 88 Jetbus3

Gara Gara Tayar Pancit Kelisa Dapat Rim Baru Dan Tayar Secondhand

How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone