Warga Emas Tinggal Bawah Rumah Usang Hidup Serba Kekurangan


Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI SAPIAH Kaweh tinggal di bawah sebuah rumah usang dalam keadaan serba kekurangan ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam. -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMADKUALA PILAH: Seorang warga emas hidup serba kekurangan di bawah sebuah rumah pusaka serba usang di Kampung Ulu Bendul dekat sini.
Sapiah Keweh, 76, berkata, dia terpaksa tinggal di bahagian bawah rumah pusaka itu kerana tidak berani untuk mendiami bahagian atas rumah itu yang sudah lapuk.
Lebih menyedihkan, dia tinggal di rumah itu sejak 20 tahun lalu bersama seorang anak lelakinya berusia 50 tahun tanpa mempunyai kemudahan tandas yang selesa.
Menambahkan kesukaran, Sapiah kini hanya mampu mengengsot untuk bergerak ke mana-mana kerana mengalami kesakitan di bahagian lutut.
“Lagipun bahagian bawah rumah ini rendah dan sempit, nak berjalan pun memang susah. Saya menumpang di rumah ini bersama anak saya yang hanya bekerja kampung. Saya ada dua lagi orang anak tetapi tidak dapat dihubungi, anak saya seorang ini sahajalah yang membantu saya.
“Rumah pusaka ini kepunyaan arwah kakak saya dan kini waris iaitu anaknya tinggal di Pahang. Saya mempunyai tanah di kawasan berdekatan namun saya tidak mempunyai wang untuk membina rumah. Jika ada pihak yang sudi membantu saya mengalu-alukan,” katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Dia ditemui Utusan Malaysia selepas menerima bantuan bakul makanan yang diserahkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Ulu Bendul, dekat sini semalam.
Sementara itu, Pengerusi MPPK Kampung Ulu Bendul, Shahrin Mat Basir berkata, dia dan ahli jawatankuasa sentiasa mengambil berat keadaan Sapiah namun mengakui tiada sebarang bantuan yang diterima untuk membina sebuah rumah untuk Sapiah.
“Dia sudah lama memaklumkan kepada saya tentang rumah berkenaan namun kami tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membina rumah yang lebih selesa. Memang menyedihkan, rumah yang didiaminya kini agak usang dan tiada bilik air dan tandas.
“Sapiah terpaksa mengengsot ke tali air di belakang rumahnya untuk mengambil air dan mandi. Apa yang kami lihat, anaknya ada membuat satu ruangan kecil untuknya di dalam rumah utk membuang air namun keadaannya agak kotor,” katanya.
Menurutnya, pihak MPKK menyambut baik sekiranya ada mana-mana pihak berhasrat mahu menghulurkan bantuan untuk mendapatkan sebuah rumah untuk Sapiah atau setidak-tidaknya membina tandas untuk kemudahan warga emas itu.
“Jika ada mana-mana pihak yang mahu membantu membina sebuah rumah yang lebih selesa di atas tanah kepunyaan Sapiah juga boleh menghubungi saya dengan segera,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/warga-emas-tinggal-bawah-rumah-usang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suri Rumah Kena Tipu Dengan Penjual Emas Di Facebook

Suri Rumah Kena Tipu Dengan Penjual Emas Di Facebook

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 284 hits
KUANTAN Hasrat seorang suri rumah ingin melaram dengan tiga utas rantai leher berkecai akibat ditipu penjual emas murah di laman sosial Facebook Kejadian bermula pada 8 Mac lalu selepas suri rumah yang berusia 50 tahun dari Triang Bera itu ...
Dilema Rumah Warga Kota

Dilema Rumah Warga Kota

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI Keadaan rumah yang tidak terurus dengan ruang yang agak sempit disebabkan perubahan struktur bangunan di salah sebuah kediaman di Ampang PETALING JAYA Bagai tinggal di dalam kandang lembu Itulah dilema warga ...
90 Warga Emas Selangor Tidak Mendaftar Untuk Vaksinasi Kata Dzulkefli

90 Warga Emas Selangor Tidak Mendaftar Untuk Vaksinasi Kata Dzulkefli

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 247 hits
PETALING Pasukan petugas Pencegahan Covid 19 Selangor mendapati 90 warga emas di negeri ini belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah program imunisasi Covid 19 kebangsaan Pengerusinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata kadar pendaftaran rendah berd...
Video Tinggal Baby Kat Ruang Tamu Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Boyfriend

Video Tinggal Baby Kat Ruang Tamu Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Boyfriend

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 257 hits
Menerusi Instagram pelakon Emma Maembong kongsi rasa terkilan apabila pembantu rumah yang dijaga dengan baik akhirnya keluar rumah tanpa berita Menurut Emma Maembong pembantu rumahnya secara tiba tiba keluar daripada rumah mengambil kunci s...
Rumah Tradisional Negeri Sembilan Usang Terbiar

Rumah Tradisional Negeri Sembilan Usang Terbiar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 429 hits
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA ANTARA rumah tradisional yang terbiar di Kampung Tengah Ulu Seri Menanti Kuala Pilah UTUSAN BADRUL HAFIZAN MAT ISASEREMBAN Negeri Sembilan bakal hilang simbol keunikan Adat Perpatih jika beratus ratus rumah tradi...
Asyik Pakai Sabu Di Dapur Rumah 3 Warga Solok Tak Berkutik Ditangkap Polisi

Asyik Pakai Sabu Di Dapur Rumah 3 Warga Solok Tak Berkutik Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 308 hits
Aksi penangkapan tersebut berawal dari anggota Sat Res narkoba Polres Solok mendapat perintah dari Kasat narkoba untuk melakukan penangkapan terhadap seseorang laki laki berinisial H yang merupakan buronan kasus narkoba
6 Hal Tentang Slow Living Seni Menikmati Hidup Yang Lambat Saat Semua Serba Cepat

6 Hal Tentang Slow Living Seni Menikmati Hidup Yang Lambat Saat Semua Serba Cepat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 287 hits
Seni menikmati hidup yang lambat di zaman yang serba cepat barangkali ini membuatmu lebih bisa menikmati hidup
Kuala Krai Kaki Warga Emas Tersepit Dalam Mangkuk Tandas

Kuala Krai Kaki Warga Emas Tersepit Dalam Mangkuk Tandas

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 314 hits
KUALA KRAI Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan hampir satu setengah jam apabila bahagian kaki wanita itu tersepit dalam mangkuk tandas di rumahnya di Kampung Sungai Sok di sini hari ini Mangsa yang berusia dalam lingkungan 60 an i...
Hiburan Tak Mahu Jadi Mayat Hidup Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

Hiburan Tak Mahu Jadi Mayat Hidup Isteri Aman Ra Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Buruk Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 337 hits
Belum menemui titik noktah kontroversi membabitkan rumah tangga antara penyanyi rap Aman Ra dan isterinya Natiqah Rahmat nampaknya semakin berlarutan apabila wanita itu ada memuat naik luahan panjang dipercayai status terkini mengenai kes y...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9