Warga Emas Maut Disyaki Digigit Haiwan


 
Polis masih menyiasat sama ada mangsa diserang dua ekor anjing sebelum meninggal dunia atau haiwan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri dengan menggigitnya.IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan dipercayai digigit haiwan di sebuah tokong di Jalan Gopeng, di sini, tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa dikenali sebagai Chee Ah Lim, 73, yang juga penjaga tokong itu kira-kira 12 tengah hari.
“Pengadu yang hadir ke Balai Polis Kampung Rapat memaklumkan mangsa ditemui tidak sedarkan diri di hadapan bangunan tokong.
“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dan mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan lehernya dipercayai akibat digigit haiwan,” katanya di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan pakar forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.
Lee berkata, berdasarkan pemeriksaan itu, selain pakaian mangsa yang ditemui dalam keadaan koyak berhampiran mayat, polis tidak menolak kemungkinan mangsa digigit dua ekor anjing bersaiz besar yang berkeliaran di tokong itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, punca kematian mangsa masih disiasat dan proses bedah siasat akan dijalankan di HRPB esok.
“Kita masih menyiasat sama ada mangsa diserang kedua-dua anjing berkenaan sebelum meninggal dunia atau haiwan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri dengan menggigitnya,” katanya.
Lee berkata, kedua-dua anjing yang dipelihara sejak kecil di tokong itu akan dihantar ke Jabatan Veterinar Ipoh untuk siasatan lanjut dan setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/warga-emas-maut-disyaki-digigit-haiwan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencari Emas Maut Terowong Runtuh

Pencari Emas Maut Terowong Runtuh

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 196 hits
Rakan mangsa menunjukkan terowong sempit yang runtuh dan menimbus mangsa di Gunung Tabai Foto NSTP JPBM BAU Seorang pencari emas maut selepas terowong yang digalinya di dalam gua di Gunung Tabai di sini runtuh hari ini Ketua Balai Bomba dan...
Kren Runtuh Di Lebuh Raya Suke Siasatan Mendapati Tiga Pekerja Warga China Maut

Kren Runtuh Di Lebuh Raya Suke Siasatan Mendapati Tiga Pekerja Warga China Maut

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 674 hits
KUALA LUMPUR Siasatan awal kejadian kren runtuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang awal pagi tadi mendapati tiga pekerja warga China meninggal dunia Seorang pengguna jalan raya juga cedera dalam kejadian itu kata...
Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 494 hits
PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA RM500 SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2021 Bantuan Orang Tua ini juga dikenali sebagai Kepada yang layak boleh buat permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Bantuan ini telah dinaikan kepada RM500 daripada RM350 bermula 202...
Guna Warga Emas Untuk Derhaka

Guna Warga Emas Untuk Derhaka

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 252 hits
Zainul Rijal berkata ia dua perkara berbeza dan tidak boleh dibaca bersama Malah berdasarkan prinsip undang undang yang menyatakan perkara spesifik mengatasi perkara umum boleh juga dikatakan Perkara 55 tidak menyebut keperluan nasihat Perd...
Dr Maliki Buat Kejutan Sempena Sambutan Hari Lahir Penduduk Warga Emas Siglap

Dr Maliki Buat Kejutan Sempena Sambutan Hari Lahir Penduduk Warga Emas Siglap

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 268 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Setelah setahun mengharungi pandemik COVID 19 pasti ramai yang sudah dapat menyesuaikan diri dengan sambutan majlis khas atau perayaan menjadi perhimpunan berskala kecil dan intim semata mata menjaga jarak selamat d...
Bayi Maut Kepala Digigit Anjing Peliharaan Kerana Berada Terlalu Dekat Dengan Mangkuk Makanannya

Bayi Maut Kepala Digigit Anjing Peliharaan Kerana Berada Terlalu Dekat Dengan Mangkuk Makanannya

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 333 hits
Bayi maut kepala digigit anjing peliharaan kerana berada terlalu dekat dengan mangkuk makanannyaSeorang kanak kanak perempuan berusia setahun maut diserang anjing selepas berada terlalu dekat dengan mangkuk makanannya A myrikal Hull dilapor...
Mu Jawab Dengan Allah Nada Kecewa Warga Emas Tak Dibenar Solat Jumaat

Mu Jawab Dengan Allah Nada Kecewa Warga Emas Tak Dibenar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 269 hits
Seperti yang semua maklum ketika ini segala aktiviti berkumpulan mengalami kekangan kerana bimbang akan penularan covid 19 yang melanda negara saat ini Walaupun aktiviti di masjid seperti solat Jumaat sudah dibenarkan namun tetap perlu mela...
90 Warga Emas Selangor Tidak Mendaftar Untuk Vaksinasi Kata Dzulkefli

90 Warga Emas Selangor Tidak Mendaftar Untuk Vaksinasi Kata Dzulkefli

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 248 hits
PETALING Pasukan petugas Pencegahan Covid 19 Selangor mendapati 90 warga emas di negeri ini belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah program imunisasi Covid 19 kebangsaan Pengerusinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata kadar pendaftaran rendah berd...
U Ada Otak Ka Tak Ada Dengan Perempuan Pun U Samseng Ka Warga Emas Wanita Bergaduh Di Kedai Mamak

U Ada Otak Ka Tak Ada Dengan Perempuan Pun U Samseng Ka Warga Emas Wanita Bergaduh Di Kedai Mamak

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 460 hits
Viral di media sosial video seorang lelaki warga emas bergaduh dengan wanita yang tidak berpuas hati dengannya di lokasi dan tarikh yang tidak diketahui Berdasarkan dua klip video tersebut warga emas itu dilihat menjerit dengan kuat menyeba...
Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

The Case Against European Rearmament

When Politicians Choose Ego Over People

Fast Food

Raya Bergaya Dengan Huawei