Waran Tangkap Tak Laku Di Uk Kata Editor Sarawak Report


 
Waran tangkap ‘tak laku’ di UK, kata editor Sarawak Report




Sean Augustin -September 23, 2021Clare Rewcastle Brown berdepan tuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berkata pihak yang berusaha mengekstradisinya hanya akan berdepan kekeliruan kerana fitnah jenayah tidak wujud bawah undang-undang Britain.
“Mereka akan mendapat respons memalukan sama yang diterima ketika cuba mengekstradisi saya menggunakan Notis Merah kerana mendedahkan skandal 1MDB,” katanya kepada FMT selepas mahkamah di Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Rewcastle Brown berkata, beliau telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa tiada sebab untuknya berada di negara ini dalam masa terdekat.
“Saya tidak akan tunduk kepada percubaan untuk menakutkan saya,” katanya.
Dia sepatutnya hadir di mahkamah hari ini bagi tuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose”.
Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018 mendakwa kenyataan Rewcastle Brown itu boleh membawa maksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan itu turut membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.
Rewcastle Brown yang kini berada di UK berkata, kes itu berunsur politik dan langkah menghidupkan semula aduan jenayah yang “sebelum ini telah dibatalkan” menunjukkan “salah guna kuasa dan pengaruh di Malaysia”.
Katanya, beliau telah bekerjasama dengan siasatan Bukit Aman pada 2018 termasuk menjelaskan maksud ayat yang dipertikaikan itu, dengan antara lain menegaskan ia tidak bertujuan untuk menghina Sultanah Nur Zahirah atau iparnya.
“Malah saya bimbang ada usaha memperdaya Sultanah mengenai maksud sebenar ayat pendek itu sebagai provokasi untuk kes ini.”
Menurutnya, pandangannya itu lebih-lebih lagi selepas beberapa perkataan dalam ayat yang dipertikaikan itu didakwanya telah diubah dengan sekurang-kurangnya tiga perkataan yang berbeza daripada teks asal.
“‘Kesilapan’ berkenaan telah dibuat dan kesannya telah mengubah maksud ayat itu, lebih menjurus kepada dakwaan pengadu,” katanya.
“Susulan itu saya terpaksa menjelaskan kepada polis pada 2018 bahawa saya bimbang sama ada aduan itu cacat atau ada cubaan untuk memperdaya mereka,” katanya dengan menambah dia bekerjasama dalam kes sivil dikemukakan Sultanah Nur Zahirah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/waran-tangkap-tak-laku-di-uk-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 185 hits
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah Perintah itu dikeluar...
Pengarang Sarawak Report Kena Waran Tangkap

Pengarang Sarawak Report Kena Waran Tangkap

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID CLARE REWCASTLE BROWNKUALA TERENGGANU Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarang Sarawak Report berikutan gagal hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu Sultanah N...
Interpol Asked To Clarify If Red Notice Is Out For Sarawak Report Editor

Interpol Asked To Clarify If Red Notice Is Out For Sarawak Report Editor

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 387 hits
Fourteen civil society organisations claim that there has been a misuse of systems by the Malaysian government PETALING JAYA International civil society has urged Interpol to clarify if a Red Notice or Diffusion has been issued against Sara...
Sarawak Report Editor Clare Rewcastle Brown Charged With Criminal Defamation Of Terengganu Sultanah In 1mdb Book

Sarawak Report Editor Clare Rewcastle Brown Charged With Criminal Defamation Of Terengganu Sultanah In 1mdb Book

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 158 hits
Sarawak Report s editor Clare Rewcastle Brown was charged in absentia in the Terengganu state capital of Kuala Terengganu today with allegedly criminally defaming the Terengganu Sultanah through contents of a book on the 1Malaysia Developme...
Rights Groups Worried Malaysia Will Use Interpol To Get Sarawak Report Editor

Rights Groups Worried Malaysia Will Use Interpol To Get Sarawak Report Editor

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 200 hits
A group of international rights groups has written to Interpol over concerns that Malaysia will again attempt to use the red notice mechanism in order to secure the arrest of Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown In a letter dated Sep...
Sarawak Deputy Cm In Icu Following Covid 19 Infection Says Report

Sarawak Deputy Cm In Icu Following Covid 19 Infection Says Report

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 232 hits
Sarawak Deputy Chief Minister James Jemut Masing has reportedly been admitted to an intensive care unit at the Sarawak General Hospital following a Covid 19 infection Yes I have been confirmed Covid 19 positive today I had a fever and cold ...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 403 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 254 hits
KDN mempertimbangkan langkah memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah termasuk dalam kalangan Orang Asal yang belum memiliki dokumen identiti diri KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir