Wany Hasrita Cinta Khayalan


Hi Korang,
2021 adalah tahun KEBAHAGIAAN buat saya – kata penyanyi wanita yang pernah meraih Anugerah Bintang Paling Popular – ABPBH. NURSHAZWANY BINTI HASBULLAH – Atau lebih manis di gelar WANY HASRITA 29 tahun yang dilahirkan pada tanggal 24 Disember 1992 merupakan pemegang ijazah dalam bidang sains perubatan (Bachelor In Medical Science) dari Management And Science University (MSU)


Memulakan kerjaya di dalam bidang nyanyian sejak tahun 2016, nama Wany Hasrita sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dan Wany selayaknya di gelar sebagai salah seorang IKON ARTIS WANITA berdasarkan pencapaian dan imej bersih yang sering ditampilkan tanpa sebarang kontroversi yang melampau

Mungkin ramai yang terlepas pandang, kemunculan Wany Hasrita di dalam industri hiburan dimulakan dengan single duet Memori Berkasih dalam Bahasa melayu dan korea yang dinyanyikan bersama penyanyi berasal dari korea – Kim Dong Gyun


Setelah single ini baru lah Wany muncul dengan single solo pertama beliau Menahan Rindu yang berjaya menempatkan nama beliau ketahap sekarang

“Wany memang takkan lupa lagu Menahan Rindu kerana lagu ini telah merubah kehidupan Wany, dan lagu ini benar – benar berhantu. sampai ke hari ini walau kemana -mana Wany buat persembahan, penonton akan minta Wany nyanyi lagu ni walaupun ada lagu lain yang popular. Dan kerana lagu ini Wany berada di pentas AJL 32”
Setelah popular secara solo, Wany terus meledak dengan lagu duet Di Sana Cinta Di sini Rindu duet bersama Tajul Ariff

“lagu duet ini juga merupakan antara kenangan manis di awal kemunculan Wany dipersada seni, ramai yang cakap Wany dan tajul seolah olah mengimbau Kembali zaman sewaktu Allahyarham Achik masih ada dan popular, dan Wany sangat terharu dan bersyukur kerana lagu duet itu mendapat sambutan yang juga luar biasa”

Hampir 6 tahun Wany Wany bergerlar anak seni semenjak 2016
“Begitu cepat masa berjalan, Wany tak sangka rupanya Wany telah merakamkan 18 buah lagu termasuk lagu raya dan lagu duet serta sebuah lagu istimewa ciptaan Allahyarham Pak Ngah – Ewah Ewah. Wany sangat teruja apabila FMC realisasikan impian Wany untuk merakamkan lagu irama Malaysia. Wany sangat suka nyayikan lagu – lagu tradisional kerana lagu lagu sebegini dapat menguatkan jati diri kita sebagai bangsa melayu”
Walaupun telah meraih bebebrapa anugerah yang besar, namun Wany Hasrita tetap membumi dan tidak sesekali mendongak ke langit

“saya ada lah saya, biarpun setinggi mana pun saya terbang, In Sya Allah saya akan tetap membumi. Syukur sebab saya ada ibu yang selalu ingatkan kan saya supaya selalu bersyukur dan jangan lupa diri. Saya memang selalu bersama ibu, dan bagi saya ibu adalah segalanya. Salah tujuan saya melangkah ke dalam industri hiburan ini juga selain kerana minat, saya berazam untuk membahagiakan ibu. Sebelum saya menjadi penyanyi, Wany pernah melalui hidup susah bersama ibu, tambahan pula sewaktu ibu diberhentikan kerja, waktu tu walaupun susah Wany tengok wajah ibu tenang je dan selalu bagi Wany kekuatan. Dan dari situ lah Wany berazam Wany takkan sia siakan peluang apabila di tawarkan oleh FMC Music. Alhamulillah Wany sangat berterima kasih kepada FMC Music kerana percaya bakat Wany walaupun Ketika itu Wany bukan siapa siapa dan tidak dikenali”
“Tahun ini Wany dah tak nak fikir yang sedih sedih, Wany nak terus kan langkah dan takdir yang ALLAH aturkan ini untuk Wany terus kecapi dan kejar kebahagiaan bersama ibu dan insan insan yang Wany sayang. Dah taknak fikir yang negetif dan Wany nak terus berjaya” kata Wany sambal tersenyum manis

Bercakap tentang perkembangan terkini kerjaya Wany Hasrita. Wany akan melancarkan single solo terbaru berjudul CINTA KHAYALAN ciptaan Farouk Razak dan Amelia AF bermula jam 8 malam esok (05hb Februari 2021) di semua platform digital dan muzik video di saluran youtube FMC MUSIC

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vokal. Dan ini pertama kali saya merakamkan lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 4 kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul- betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini -amelia dan farouk. Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. Bayangkan struggle nya saya untuk siapkan lagu ini kerana bulan puasa sudah tentunya tenaga juga berbeza berbanding bulan lain. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi” – Wany Hasrita
Wany hasrita datang jumpa saya dan minta FMC carikan lagu yang kuat dan berbeza dari lagu sebelumnya. Wany minta saya cari lagu yang ada vibe OST dan susah untuk beliau nyanyikan. Dan saya hubungi Amelia untuk buat demo lagu untuk Wany, dan tak sangka hasil nya luar biasa. – kata pengarah urusan FMC Music – CF.Ho

“lagu ini berat dan sangat mendalam maksudnya, saya rasa sangat happy kerana saya telah melangkah setapak ke hadapan.dan saya rasa saya telah berjaya mencabar diri saya untuk keluar dari zon yang selesa dan nyanyi lagu yang biasa saya nyanyikan. Jujur saya kata kan saya in love dengan lagu ini. kalau kalian tak percaya dengar dan hayati sendiri lagu ini. Dan saya mohon anda semua menjadi juri serta tidak teragak agak memberi komen tentang lagu dan cara nyanyian saya. Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu je tau.bukan tentang kisah peribadi” – Tambah Wany berseloroh
“Sebenarnya bila lagu ini sudah siap dan kami dengar, kami juga rasa teruja dengan hasilnya. Bagi kami di FMC music, kami bangga dengan perubahan dan keberanian Wany untuk mencabar diri agar lebih maju ke depan. Dan beliau telah buktikan dalam lagu ini” – CF.Ho (pengarah urusan Fmc Music)
Diharapkan lagu CINTA KHAYALAN ini mendapat sambutan yang luar biasa dan berjaya membawa Wany Hasrita ke pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. Jangan lupa tonton Muzik Video Cinta Khayalan di saluran Youtube FMC Music serta download lagu ini di seluruh platform digital mulai jam 8 malam – jumaat 5 Februari 2021
CINTA KHAYALAN
Lagu – Farouk Razak / Lirik – Tokyo Angkasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/02/wany-hasrita-cinta-khayalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cinta Khayalan Lagu Baru Wany Hasrita

Cinta Khayalan Lagu Baru Wany Hasrita

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 251 hits
Cinta Khayalan Wany Hasrita Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua sihat sihat belaka baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai lagu terbaharu ...
Cinta Khayalan Wany Hasrita

Cinta Khayalan Wany Hasrita

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 190 hits
Cinta Khayalan Wany Hasrita Verse 1 Pernah kamu merasakan cintaMembuat lelah bila kau dengannyaBagaikan langit kian dirundung awan yang muramVerse 2 Manis kata bisakah terubatDan juga nanti kan di sangga waktuDibiar dingin hingga kan tidak ...
Lirik Lagu Wany Hasrita Cinta Khayalan

Lirik Lagu Wany Hasrita Cinta Khayalan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 326 hits
Lirik Lagu Wany Hasrita Cinta Khayalan Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda sebuah lagu baru dari Wany Hasrita yang berjudul Cinta Khayalan Lagu ini adalah hasil ciptaan dari Farouk Razak Tokyo Ang...
Fikry Kiki Realiti Cinta Chord

Fikry Kiki Realiti Cinta Chord

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 356 hits
Em Am D G B Em Am B EmDulu aku sering fikir Amcinta itu bahagia G D GCinta itu akan membawa ke syurga C AmSegalanya indah seperti di dalam mimpi B BDengan kekasih yang kau cintaiEmNamun rupanya cinta ada Ampantang dan larang D Banyak yang t...
Viral Gadis Ini Bisa Lihat Syuting Ikatan Cinta Depan Jendela Ternyata Ini Triknya

Viral Gadis Ini Bisa Lihat Syuting Ikatan Cinta Depan Jendela Ternyata Ini Triknya

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 195 hits
Keren gadis ini bisa lihat syuting dan foto dengan pemain Ikatan Cinta Gadis ini ceritakan saat ia bisa lihat langsung syuting Ikatan Cinta dan juga mengabadikan berbagai momen bersama para pemainnya Terlihat dia juga menunjukkan hotel yang...
Haik Istikharah Cinta Malam Ni

Haik Istikharah Cinta Malam Ni

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 266 hits
malam ni disebabkan housemate aku mostly takde kat umah sebab ada hal so aku pun ase cam hidup tanpa hala tuju especially roomate aku pun takde huh so setelah puas berbaring memikirkan baki duet yang ada dalam bank P aku pun akhirnya bukak ...
Dari Idola Jadi Calon Partner Hidup Ini Kisah Cinta Ali Syakieb Dan Margin Yang Baru Aja Lamaran

Dari Idola Jadi Calon Partner Hidup Ini Kisah Cinta Ali Syakieb Dan Margin Yang Baru Aja Lamaran

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 176 hits
Ngefans saat masih remaja Margin mungkin nggak menyangka kalau sang idola akan menjadi suaminya
Yuzer Yazid Nota Cinta Chord

Yuzer Yazid Nota Cinta Chord

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 224 hits
Am Dm G C Dm E Ammencari sebuah nota cinta Dmyang telah lama terbiar Gantara ku dan dirimu Csewaktu dahulu Dmkenangan kita bersama Amhanya untuk seketika Fjatuh rebahlah diriku Ebila mengenangnya Ammenanti siang yang akan tiba Dmrenung diba...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku