Wanita Warga Asing Ditahan Selepas Langgar Tiga Motosikal Dan Mengamuk Di Kajang



KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warga asing disyaki memandu dalam keadaan cuai sehingga melanggar tiga buah motosikal, sebelum menyerang orang awam di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bandar Kajang di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 11.58 pagi dan siasatan awal mendapati wanita berusia 24 tahun itu memandu secara berbahaya, sebelum keluar dari kenderaan dan menyerang orang awam dengan sebilah pisau.
“Hasil bantuan daripada orang awam, wanita terbabit ditahan bersama dua bilah pisau sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, Naazron berkata dalam kejadian itu enam individu berusia 21 hingga 60 tahun cedera, dengan dua daripadanya ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut manakala empat lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Beliau berkata tiga buah motosikal turut rosak akibat dilanggar oleh kenderaan wanita terbabit dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Naazron berkata wanita itu ditahan dan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi balai polis terdekat atau pegawai Penyiasat kes Insp. Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817, bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial video kejadian terbabit yang memaparkan seorang wanita terlibat dalam kemalangan, sebelum keluar dari kenderaannya dengan memegang sebilah pisau.
Turut kelihatan beberapa penunggang motosikal yang cedera dan cubaan orang ramai untuk menahan wanita terbabit.
Sumber: BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/08/14/wanita-warga-asing-ditahan-selepas-langgar-tiga-motosikal-dan-mengamuk-di-kajang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=wanita-warga-asing-ditaha

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Wanita Langgar Tiga Penunggang Motosikal Serang Dengan Pisau Ditahan

Pemandu Wanita Langgar Tiga Penunggang Motosikal Serang Dengan Pisau Ditahan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 595 hits
Pemandu wanita langgar tiga penunggang motosikal serang dengan pisau ditahan Tangkap layar video tular pemandu wanita didakwa memandu berbahaya dan menyerang orang awam dengan pisau di Kajang Foto tular KAJANG Polis menahan wanita warga asi...
Hiburan Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di Klia

Hiburan Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di Klia

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 527 hits
Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam berlaku kira kira pukul 7 40 malam ketika empat individu warga China termasuk seor...
27 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Selera

27 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Selera

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 166 hits
27 warga asing ditahan dalam Ops Selera Gambar hiasan Foto NSTP JOHOR BAHRU Seramai 25 Pendatang Asing Tanpa Izin ditahan menerusi operasi Ops Selera di sebuah premis makanan di Bandar Baru Permas Jaya di sini kelmarin Pengarah Imigresen Ne...
Warga Asing Ditahan Disyaki Ganggu Remaja 14 Tahun Di Bukit Sentosa

Warga Asing Ditahan Disyaki Ganggu Remaja 14 Tahun Di Bukit Sentosa

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 241 hits
HULU SELANGOR Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Bukit Sentosa di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenda...
Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 252 hits
BernamaSHAH ALAM Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Sentosa Klang pada 20 Jun lepas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkat...
20 Warga Asing Serang Pemilik Kedai Sewa Motosikal

20 Warga Asing Serang Pemilik Kedai Sewa Motosikal

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 498 hits
20 warga asing serang pemilik kedai sewa motosikal GAMBAR fail seorang pelancong menunggang motosikal di Phuket Foto AFP BANGKOK Hampir 20 warga asing menyerang pemilik sebuah kedai sewa motosikal di Phuket Thailand di samping seorang lagi ...
Tular Video Wanita Mengamuk Nak Tikam Orang Di Kajang

Tular Video Wanita Mengamuk Nak Tikam Orang Di Kajang

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 303 hits
KOSMO Tangkap layar kejadian memaparkan wanita tersebut bertindak agresif menghayunkan pisau terhadap orang awam PETALING JAYA Beberapa video tular di media sosial memaparkan seorang wanita mengamuk serta mengugut orang awam menggunakan pis...
Lelaki Warga Pakistan Ditahan Curi Minyak Motosikal

Lelaki Warga Pakistan Ditahan Curi Minyak Motosikal

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 274 hits
Wanita warga emas lelaki Pakistan ditahan curi minyak motosikalZulhisham IsahakISKANDAR PUTERI Polis menahan seorang wanita warga emas dan seorang lelaki warga asing semasa mencuri petrol dari sebuah motosikal di sebuah apartment di kawasan...
Polis Tahan Wanita Warga Asing Disyaki Memandu Cuai Cederakan Enam Individu

Polis Tahan Wanita Warga Asing Disyaki Memandu Cuai Cederakan Enam Individu

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 309 hits
Polis Tahan Wanita Warga Asing Disyaki Memandu Cuai Cederakan Enam Individu KUALA LUMPUR 13 Ogos Polis menahan seorang wanita warga asing disyaki memandu dalam keadaan cuai sehingga melanggar tiga buah motosikal sebelum menyerang orang awam...
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Hariz Fayahet Lara Bertahan Chord