Wanita Pertama Menjadi Jutawan Di Us


 
Jamzuri Ardani





Beliau berkahwin ketika berumur 14 tahun dan pada umur 20 tahun dia menjadi ibu tunggal.  Dia adalah wanita pertama di AS yang menjadi jutawan hasil usahanya sendiri. 


Nama beliau tercatat di dalam Guinness Book Of Records sebagai wanita pertama menjadi jutawan secara mandiri tanpa mewarisi sebarang harta dari sesiapa. 


Sara Breedlove dilahirkan pada tahun 1867 di Louisiana dari keluarga hamba abdi yang bekerja di ladang kapas. Bagaimanapun Sara dilahirkan setelah keluarganya tidak lagi menjadi hamba. Ketika berumur 7 tahun, kedua ibubapanya meninggal dunia.  Sara terpaksa tinggal bersama keluarga kakaknya yang telah berkahwin. 


Semasa kanak-kanak Sara tidak pergi ke sekolah.  Beliau cuma sempat belajar secara formal 3 bulan sahaja di sebuah sekolah gereja berhampiran tempat tinggalnya. 


Usianya baru 14 tahun ketika Moses McWilliams mengahwininya dan pada empat tahun kemudian pasangan muda ini mendapat anak perempuan, Alleluia.  Dua tahun selepas kelahiran anak mereka, suaminya meninggal dunia. Sara menjadi ibu tunggal di usia 20 tahun.


Pada tahun 1888, Sara berpindah ke St. Louis mengikuti abangnya yang bekerja di kedai gunting rambut. Dia mula bekerja membasuh pakaian di kedai dobi dan menjadi tukang masak restoran dengan gaji USD1.50 sehari.  Dengan pendapatan itu beliau menghantar anaknya ke sekolah.


Sebagai pekerja di kedai dobi, beliau terdedah dengan pelbagai bahan kimia pencuci serta  persekitaran yang panas dan kering yang menyebabkan pelbagai penyakit.  Kulitnya mengelupas dan rambutnya gugur.  Abangnya yang bekerja sebagai tukang gunting di kedai salon rambut memperkenalkan produk jagaan rambut kepada Sara. Sara mula belajar cara-cara penjagaan rambut dan produk-produk yang berkaitan.  Abangnya memperkenalkannya dengan seorang pengeluar produk penjagaan rambut dan dari situlah Sara menjadi jurujual yang menjaja produk dari rumah ke rumah disamping mengajar pelanggan tentang penjagaan rambut. 


Ketika masih bekerja sebagai jurujual di syarikat tersebut, beliau berpindah ke Denver dan memulakan perniagaan produk kecantikannya sendiri secara sambilan.  Setelah beberakali mencuba, akhirnya beliau berjaya membina perniagaannya dengan pelbagai produk kecantikan sendiri. Pada tahun 1906, beliau berkahwin dengan Charle J. Walker dan syarikatnya diberi nama Madam CJ Walker.  Suaminya membantunya membina rangkaian pemasaran di timur dan barat AS. Mereka kerap bermusafir dari satu negeri ke satu negeri untuk memperkenalkan produk mereka.  Sasaran mereka ialah wanita kulit hitam.  Mereka bukan sahaja merekrut agen jualan, tetapi juga mengadakan kelas-kelas melatih jurusolek produk kecantikan.  Anaknya yang sudah tamat belajar membantu menguruskan penghantaran barang pesanan dari Denver ke destinasi yang diminta pelanggan.


Sara dan suami mengembangkan perniagaannya ke utara AS dan berpindah ke Pittsburg dan kemudian ke Indianapolis di mana ibupejabat syarikat Madam CJ Walker diwujudkan. 


Setelah 10 tahun berusaha keras, syarikat mereka sudah mempunyai kilang, makmal pembangunan produk, rangkaian salon kecantikan di merata tempat , dan 20 ribu agen di seluruh AS. 


Beliau bukan sahaja berjaya membina empayar perniagaan dari bawah, tetapi juga membantu puluhan ribu wanita kulit hitam keluar dari kemiskinan. 


Sara meninggal dunia pada umur 51 tahun dan dicatatkan sebagai wanita kulit hitam paling kaya di AS dengan kekayaan mencecah USD1 juta. Beliau juga banyak mendidik wanita kulit hitam supaya berusaha keluar dari lingkaran kemiskinan dan pelbagai masalah sosial.  


Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan agar dua pertiga dari keuntungan bersih syarikatnya hendaklah didermakan kepada pelbagai aktiviti kebajikan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/wanita-pertama-menjadi-jutawan-di-us.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cipta Sejarah Newjeans Jadi Kumpulan K Pop Pertama Menang Group Of The Year Di Anugerah Billboard Wanita

Cipta Sejarah Newjeans Jadi Kumpulan K Pop Pertama Menang Group Of The Year Di Anugerah Billboard Wanita

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 323 hits
Tahniah buat NewJeans ARTIKEL BERKAITAN Dalam kalangan penyanyi Korea NewJeans telah menjadi kumpulan pertama yang memenangi anugerah Group Of The Year di Anugerah Billboard Wanita tahun 2024 Agensi NewJeans iaitu ADOR telah mengeluarkan ke...
Momen Prabowo Titiek Dan Didit Makan Bareng Di Hari Pertama Puasa 2024

Momen Prabowo Titiek Dan Didit Makan Bareng Di Hari Pertama Puasa 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 332 hits
Prabowo tidak memberi keterangan terkait foto diunggahnya di instagram tersebut
Online User Mencanak Naik Pada Hari Pertama Ramadan

Online User Mencanak Naik Pada Hari Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 281 hits
Online User Mencanak Naik Pada Hari Pertama Ramadan Dah lama saya tak menulis tentang info blog almaklum sekarang ni blog macam sepi sikit kerana perubahan drastik dalam cara menggunakan media sosial Terutamanya kini apabila aplikasi tiktok...
Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

Menu Berbuka Puasa Hari Pertama

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 303 hits
Rancangan buka puasa hari pertama ingatkan makan biasa biasa macam malam biasa je Nasi putih ikan kerisi goreng sayur sawi masak lemak sambal ketuk aje Tapi lepas tu ayahnya bawa pergi bazar Ramadan Hmm berbuka ikut selera masing masing le ...
Sahur Pertama Dengan Suami Dania Pak Zain Dan Adik No 3

Sahur Pertama Dengan Suami Dania Pak Zain Dan Adik No 3

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Syukur alhamdulillah sahur pertama SA bersama dengan suami Dania Pak Zain dan adik no 3 satu family seronok betul xde la rasa kekurangan walau feeling dia dh lain kan tahun ni tahun pertama berpuasa dengan suami walau sekeja...
Hari Pertama Berpuasa Dan Lemang Pre Ramadan

Hari Pertama Berpuasa Dan Lemang Pre Ramadan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 223 hits
12 Mac 2024 SelasaHari pertama berpuasa di bulan Ramadan berjalan dengan baik Dak Nuha pun tak merengek cuma penat ditambah cuaca panas tapi takpe ibu dalam kelas Nuha pilih tempat duduk bawah kipas Bulan Ramadan ni pihak pengurusan tempat ...
Jerantu Pertama Kali Dapat Mp Paling Ngok

Jerantu Pertama Kali Dapat Mp Paling Ngok

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 152 hits
Oh rupanya berdosa Waktu Langkah Sheraton dulu pahala besar
Sahur Hari Pertama Kari Telur Ayam Goreng

Sahur Hari Pertama Kari Telur Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum WBTSYUKUR dapat bertemu Ramadhan tahun ini 1445H Ramadhan tahun ini agak berbeza bagi Sk dan adik beradik kerana ibu dimasukkan ke wad buat kali kedua tahun ini selepas tiga hari discaj Puncanya tekanan darah rendah dan ibu ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh