Wanita Pakai Wristband Covid 19 Makan Di Kafe Cetus Kebimbangan Netizen



KUALA LUMPUR: Foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19. Susulan penularan rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan.

"Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut," tulisnya di laman Facebook. Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.

"Kak Nurul sendiri awal pagi dah kol (hubungi) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viral (wanita tular).

"Hanaz Cafe bebas dari COVID ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada COVID-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM," katanya dengan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu tampil untuk memberi maklumat.

Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang COVID-19 sekali lagi.

"It's people like her that increase our nation's risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn't report when she's supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there," tulisnya.

(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)

Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya: @HardymanMohamad: "Why is she so selfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?) @begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandemik ini remeh.

@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tular itu.

Dalam kenyataan semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil terhadap wanita itu.

Individu yang menjalani kuarantin wajib memakai wristband bagi memudahkan pemantauan ke atas mereka agar kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan.

-- BERNAMA

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/wanita-pakai-wristband-covid-19-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 528 hits
IPOH Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memulakan siasatan mengenai individu yang disyaki gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah seperti yang tular di media sosial Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pihaknya mengamb...
Wanita Kuarantin Tular Makan Di Restoren Sah Positif Covid 19

Wanita Kuarantin Tular Makan Di Restoren Sah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 302 hits
IPOH Seorang pesakit di bawah pengawasan wabak koronavirus yang tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Menurut sumber wanita berusia 7...
Terjadi Lagi Jasad Pasien Covid 19 Dibuang Ke Lubang Pakai Eskavator

Terjadi Lagi Jasad Pasien Covid 19 Dibuang Ke Lubang Pakai Eskavator

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 239 hits
Publik kembali dibuat geram setelah video rekaman yang memperlihatkan sejumlah jasad pasien Covid 19 diangkut memakai eskavator sebelum di buang ke sebuah lubang di Nellore India viral Menyadur Times of India Sabtu dalam rekaman tampak petu...
327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

327 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura Termasuk Wanita Yang Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 345 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 327 kes baru COVID 19 setakat tengah hari Jumaat dengan sembilan jangkitan dalam masyarakat menurut Kementerian Kesihatan Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 47 453 MOH menyata
Identiti Wanita Di Kuarantin Minum Di Kafe Telah Pun Di Kenal Pasti

Identiti Wanita Di Kuarantin Minum Di Kafe Telah Pun Di Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 361 hits
SUNGAI SIPUT Jabatan Kesihatan Perak mengenal pasti wanita yang gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah serta restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di sini baru baru ini Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains A...
Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

Bertarung Dengan Covid 19 Ketika Lahirkan Anak Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Bertemu Bayinya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 349 hits
Seorang ibu yang melahirkan anaknya ketika sedang bertarung dengan Covid 19 dilaporkan meninggal dunia dan lebih menyayat hati apabila dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bayinya lapor Mirror UK Wanita itu menjalani pembedahan kece...
Wanita Masuk Kandang Buaya Bersama Anaknya Untuk Mengambil Dompet Timbulkan Kebimbangan

Wanita Masuk Kandang Buaya Bersama Anaknya Untuk Mengambil Dompet Timbulkan Kebimbangan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 358 hits
Tular satu rakaman mengejutkan ketika seorang wanita dengan beraninya membawa anaknya masuk ke dalam kandang buaya untuk mengambil dompetnya yang terjatuh Kejadian tersebut disaksikan oleh orang ramai yang turut berkunjung ke Taman Hidupan ...
Dia Makan Dengan Berat Hati Dan Muka Mencuka Wanita Terkilan Suami Cuma Mahu Makan Ikut Cara Masakan Ibunya

Dia Makan Dengan Berat Hati Dan Muka Mencuka Wanita Terkilan Suami Cuma Mahu Makan Ikut Cara Masakan Ibunya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 374 hits
Membina mahligai rumah tangga memerlukan kesabaran yang tinggi kerana di dalamnya tidak semestinya hanya dipenuhi dengan perkara yang indah indah sahaja Segalanya bergantung kepada bagaimana setiap pasangan menangani masalah dan cuba untuk ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti