Wanita Lebih Berisiko Menghidap Penyakit Ginjal Kronik
Sedia maklum, buah pinggang atau ginjal antara organ terpenting dalam sistem tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai organ perkumuhan untuk menyingkir toksik dalam badan melalui pembuangan air kecil. Ginjal perlu berfungsi dengan baik untuk menjamin kesihatan tubuh yang berkekalan. Penyakit Ginjal Kronik (CKD) termasuk dalam 20 penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Kredit: Ingimage
Sesetengah kajian menunjukkan wanita 14 peratus lebih berisiko untuk menghidap CKD berbanding lelaki yang hanya 12 peratus. Kegagalan ginjal berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit ginjal yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah daripada bahan toksik yang berbahaya. Mesin dialisis berfungsi sebagai pengganti ginjal.
Bagi mereka yang menghidapi penyakit ginjal kronik, buah pinggang biasanya tidak gagal sekali gus. Sebaliknya ia terjadi secara perlahan dan mengambil tempoh masa beberapa tahun. Jika ia dapat dikesan lebih awal, ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup dapat membantu melambatkan proses penyakit ini.
Tahap Penyakit CKD ini terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan. Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke lima. Peringkat ini didiagnosis oleh doktor dengan Glomerular Filtration Rate (GFR) bagi mengukur fungsi buah pinggang pesakit.
Kadar pengiraan GFR ialah kosong sehingga 100 dimana 100 bermaksud tiada penyakit. Ini menujukkan semakin kurang kadar GFR, ginjal pesakit mula tidak berfungsi dengan baik. Ujian darah akan dilakukan kepada pesakit untuk mengesan kadar GFR mereka.
Tahap
Kadar GFR
Satu
90 +
Dua
60-89
Tiga
30 -59
Empat
15 -29
Lima
0-15
TANDA KEGAGALAN GINJAL
Kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap dan tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang terakhir. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Simptom yang mungkin dialami ialah:
Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
Bengkak pergelangan kaki, muka, kaki, abdomen dan sesak nafas.
Pucat
Kencing berbuih
Darah keluar bersama air kencing
Jangkitan salur kencing berulang-ulang
Pengeluaran kencing berkurangan
Kerap kencing terutama sebelah malam
Mengalami hipertensi pada usia muda
The post Wanita Lebih Berisiko Menghidap Penyakit Ginjal Kronik appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/gaya-hidup/kekal-cergas/wanita-lebih-berisiko-menghidap-penyakit-ginjal-kronik/