Wanita Kumpul Dana Bantu Bayar Kompaun Penduduk Kampung Di Tenom


Yasmin Ramlan
Memahami kesulitan yang sering dihadapi oleh penduduk di luar bandar, Norfadzlina Ramsah tergerak untuk mengumpulkan dana sebanyak RM8,000 apabila dia terbaca mengenai sekumpulan penduduk kampung di pekan Tenom yang dikompaun kerana keluar membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan.
Menurut Free Malaysia Today, lapan orang - termasuk pemandu 'kereta sapu' - dalam perjalanan pada 27 Januari dari sebuah kampung pedalaman yang tidak disebutkan namanya ke bandar Tenom ketika mereka dikenakan denda. 
Menurut laporan itu, kompaun itu dikenakan kerana bas yang dinaiki mereka melebihi 50 peratus kapasiti penumpang seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali hari ini mempertahankan keputusan pegawainya dan mengatakan bahawa meskipun bersimpati terhadap penduduk kampung itu, pihaknya perlu mengambil tindakan.
Jelasnya, pemandu 'kereta sapu' itu seharusnya memberi nasihat kepada penduduk kampung agar tidak melanggar larangan perjalanan atau menawarkan untuk membuat perjalanan secara berasingan.
“Saya terbaca berita mengenai ini melalui kawan saya yang berada di Semenanjung Malaysia awal pagi tadi.

"Sebagai seorang yang sentiasa membantu golongan susah di luar bandar dan sentiasa berurusan dengan penduduk di luar bandar, saya sangat memahami keperluan orang kampung yang ketiadaan barang asas dan kesulitan orang kampung untuk keluar ke pekan atau bandar berdekatan kerana ketiadaan kenderaan.

“Duit sebanyak RM1,000 untuk orang kampung adalah sangat besar sedangkan mereka boleh membeli keperluan dapur mereka untuk bertahan sebulan. 
"Dan ini menggerakkan hati saya untuk membantu mereka,” kata Norfadzlina kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Norfadzlina berkata kompaun tersebut telahpun dibayar oleh bekas menteri pembangunan infrasturktur Sabah, Peter Anthony sewaktu proses kutipan dana tersebut berjalan.
Kurang dari 24 jam, Norfadzlina melalui akaun Twitter “Lina Klasik” berjaya mengumpulkan RM8,000 daripada orang ramai.
Jumlah sumbangan awam yang dikumpul itu kemudian dimanfaatkan untuk menyediakan bantuan makanan kepada penduduk kampung berkenaan.
Bagi Norfadzlina, 40, yang juga pengasas Beluran Hope - organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Beluran Sabah - aktiviti amal kebajikan bukanlah perkara baru untuknya kerana dia sudah telribat dengan aktiviti tersebut sejak 2014.
Ditanya sama ada dia akan meneruskan inisiatif sumbangan dana terhadap mereka yang memerlukan sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0), katanya dia akan meneruskan membantu golongan yang terjejas memandangkan usaha tersebut telah dimulakan sepanjang tahun lalu lagi.
“Saya sepanjang tahun lalu menghantar bantuan makanan kepada golongan susah. Ya, saya akan berterusan membantu golongan seperti ini,” katanya.
Bagaimanapun, dia mencadangkan supaya bantuan bakul makanan ditingkatkan kepada semua penduduk di luar bandar bagi mengelakkan perkara sama yang berlaku terhadap penduduk Tenom yang dikompaun berulang lagi.
“Sekiranya tidak dapat ditingkatkan, benarkan NGO untuk bergerak dalam membagi bantuan kerana buat masa ini NGO mendapat kekangan daripada kerajaan untuk memberi bantuan,” katanya.
Pada 18 Januari lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (Permai), kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan, merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
PKP kali kedua mula dikuatkuasakan di beberapa negeri sejak 13 Januari lalu, sebelum dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak. Terbaru, ia dilanjutkan sehingga 18 Februari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/wanita-kumpul-dana-bantu-bayar-kompaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Orang Buta Kumpul Dana Bantu Oku Terjejas

Persatuan Orang Buta Kumpul Dana Bantu Oku Terjejas

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 205 hits
Bimbang dengan golongan orang buta yang terjejas pendapatan dan dipinggirkan sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan Persatuan Orang Buta Malaysia mengambil inisiatif sendiri menggerakkan sumbangan bagi membantu golongan tersebut Me...
Warganet Peter Anthony Bayar Saman Bantu Penduduk Pedalaman Yang Dikompaun Rm8 000 Langgar Pkp

Warganet Peter Anthony Bayar Saman Bantu Penduduk Pedalaman Yang Dikompaun Rm8 000 Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 220 hits
Peter menyerahkan resit pembayaran kepada salah seorang penduduk yang dikompaun RM1 000 ketika keluar membeli barang keperluan di Tenom baru baru ini KOTA KINABALU Kejadian lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang dikenakan kompaun RM...
Wanita Maut Selepas Kepalanya Tersepit Di Antara Pintu Kereta Mesin Bayar Tiket Parking

Wanita Maut Selepas Kepalanya Tersepit Di Antara Pintu Kereta Mesin Bayar Tiket Parking

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 615 hits
The ReporterSeorang wanita meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di antara kereta dan mesin bayaran parking Tragedi itu dilaporkan berlaku di Columbus Ohio Amerika Syarikat dan video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa Vic...
Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

Pkpd 494 Penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Akan Disaring

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh ASLIZA MUSA Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail bertanya khabar kepada Abas Bah Kecil penduduk Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang Tapah yang dikenakan PKPD di kawasan tersebut hari ini Foto ZULFACHRI ZU...
Polis Tahan Dua Wanita Bantu Siasatan Kegiatan Ah Long

Polis Tahan Dua Wanita Bantu Siasatan Kegiatan Ah Long

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 232 hits
Polis menahan dua wanita tempatan dalam serbuan berasingan di Bukit Indah dan Gelang Patah di Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen atau Ah Long Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil...
Nurul Hidayah Cari Peniaga Tular Mahu Tolong Bayar Kompaun Rm1 000

Nurul Hidayah Cari Peniaga Tular Mahu Tolong Bayar Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 399 hits
Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid simpati dengan nasib orang ramai yang berdepan kesukaran akibat pandemik Covid 19 Foto ihsan Instagram LimaTangoNovZulu PETALING JAYA 9 Feb Insiden seorang peniaga yang dikompaun pihak polis kerana didakwa me...
Anzalna Nasir Mahu Bantu Wanita Yang Cari Rezeki Dalam Tong Sampah

Anzalna Nasir Mahu Bantu Wanita Yang Cari Rezeki Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 415 hits
Sebenarnya berdasarkan kajian membantu orang lain tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar merupakan satu cara berkesan untuk meningkatkan kebahagian kita termasuklah individu sekeliling Malah Islam turut menekankan keperluan membantu ...
Kalau Nampak Isteri Tiba Tiba Malas Bantu Dia Wanita Memang Multitasking Tapi Dia Tetap Ada Limit

Kalau Nampak Isteri Tiba Tiba Malas Bantu Dia Wanita Memang Multitasking Tapi Dia Tetap Ada Limit

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 331 hits
Menjadi isteri dan ibu bukanya tugasan yang mudah Namun ianya satu tanggungjawab yang perlu wanita laksanakan dengan baik Lumrah bagi wanita ingin menjaga keluarga dengan sebaik mungkin dan menyiapkan semuanya demi anak dan suami Namun kudr...
Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

Produk Untuk Mereka Yang Mementingkan Kualiti Hidup

Promising New Lineup Mustn T Ignore Anxieties On The Ground Says Ex Dap Strongman

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Kesihatan Dan Pemakanan Wanita Pada Setiap Usia

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

My Cat Expo 2025 Edisi Raya

Kembalikan Pelangiku

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi