Wanita Kelainan Upaya Besarkan 5 Anak Sendiri Selepas Suami Meninggal Dunia


Faye KwanSelepas suaminya meninggal dunia tahun lalu, Amisah Mohd Isa mengambil masa enam bulan untuk berkabung dan memberi perhatian kepada anak-anak. (Gambar Persatuan Kebajikan Great Heart)MELAKA: Hari Bapa selalunya disambut untuk meraikan tokoh bapa dalam kehidupan anak-anak, tetapi ini tidak berlaku dalam keluarga Amisah Mohd Isa.
Ia bukan sahaja menjadi peringatan bahawa suaminya sudah tiada lagi, tetapi wanita yang pekak dan bisu itu kini perlu memainkan peranan sebagai ibu dan bapa kepada lima anaknya.
Hujung minggu lalu adalah Hari Bapa pertama yang diharungi keluarganya tanpa kehadiran arwah suaminya, seorang penghantar makanan berusia 40 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.
Amisah, 37, dari Kampung Bachang, sedang mengandung anak kelima mereka ketika itu.
Beliau terus menghitung hari selepas ditinggalkan bersendirian untuk menjaga anak-anaknya, semua bawah usia 13 tahun.
“Suami saya meninggalkan kami pada 29 Sept, kini hampir sembilan bulan. Jadi, saya perlu terus mencari sumber pendapatan untuk membesarkan anak-anak saya bersendirian,” katanya.
Ibu kepada lima anak ini mengendalikan gerai burger sendirian untuk menyara keluarganya. (Gambar Persatuan Kebajikan Great Heart)Pada 2018, Amisah dan suaminya membuka gerai burger dan roti john bagi menambah pendapatan mereka. Tetapi, selepas pemergian suaminya, beliau mengambil masa enam bulan untuk berkabung dan memberi perhatian kepada anak bongsunya.
Sepanjang masa itu, beliau menerima bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Great Heart, yang membekalkan barang keperluan kepadanya selama enam bulan.
Amisah membuat keputusan untuk bangkit dan berniaga semula pada Mac lalu, dengan Great Heart menyumbang RM300 setiap bulan untuk membantu membeli bahan bagi perniagaannya.
“Kadangkala saya menerima bantuan makanan seperti beras, tetapi bukan selalu. Itu sebabnya saya perlu membuka gerai saya untuk mencari wang.
“Tidak banyak (yang dapat), tetapi cukup untuk membeli barang keperluan rumah kami. Semua wang yang saya perolehi digunakan untuk anak-anak saya,” katanya sambil menambah, beliau kini menguruskan gerai itu sendiri, dengan anak-anaknya kadangkala membantu.
Malangnya, keadaan tidak menjadi lebih baik bagi Amisah kerana jumlah pelanggannya tidak menentu akibat wabak, dan beliau perlu menyelaras waktu berniaga sejajar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Tetapi, ibu berdedikasi itu terus tabah, dengan anak-anaknya menjadi sumber kekuatan untuk terus bertahan.
“Apa sahaja cabarannya, saya perlu kekal kuat dan melakukan yang terbaik demi anak-anak saya, insya Allah.”
Gerai burger Amisah
Kampung Bakar Batu,
75460 Melaka
Waktu operasi: 2 hingga 7 petang setiap hari


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/wanita-kelainan-upaya-besarkan-5-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miliki Bulu Mata Terpanjang Di Dunia Wanita Ini Pecah Rekodnya Sendiri

Miliki Bulu Mata Terpanjang Di Dunia Wanita Ini Pecah Rekodnya Sendiri

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 206 hits
Baru baru ini dilaporkan seorang wanita di China telah memecah rekodnya sendiri dengan memiliki bulu mata terpanjang di dunia iaitu 20cm Terdahulu You Jianxia dari kota selatan Changzhou China telahpun memegang rekod Guinness World Record p...
Pria Dengan 39 Istri Dan 94 Anak Di India Meninggal Dunia

Pria Dengan 39 Istri Dan 94 Anak Di India Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 250 hits
Pria dengan 39 Istri dan 94 Anak di India Meninggal Dunia Ziona merupakan kepala sekte keagamaan bernama Chana yang membolehkan poligami Pada 13 Juni 2021 lalu Ziona dikabarkan meninggal dunia Dia meninggalkan 39 istri 94 anak dan 33 cucu
Wanita 84 Tahun Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Covid 19 13 Kes Baru Dilapor Dalam Masyarakat

Wanita 84 Tahun Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Covid 19 13 Kes Baru Dilapor Dalam Masyarakat

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 276 hits
SINGAPURA Seorang wanita berumur 84 tahun meninggal dunia pada Sabtu akibat komplikasi COVID 19 Wanita itu adalah pesakit ke 36 yang meninggal dunia akibat koronavirus di Singapura Menurut Kementerian Kesihatan wanita itu belum div
Suami Terlanjur Dengan Anak Sendiri Isteri Rela Ditalak

Suami Terlanjur Dengan Anak Sendiri Isteri Rela Ditalak

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 254 hits
Baru baru ini amat pahit ditelan namun kenyataannya memang benar apabila tular sebuah kisah seorang lelaki bergelar suami yang berusia lingkungan 40 an terlanjur menghamilkan anak kandung sendiri selepas tidur bersama secara rela Si isteri ...
Lelaki India Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia

Lelaki India Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 389 hits
BernamaAhli keluarga Ziona Chana bergambar di luar rumah mereka di kampung Baktawng Tlangnuam Mizoram di timur laut India pada 7 Okt 2011 NEW DELHI Seorang lelaki India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbe...
Terjun Dunia Penyiaran Ada Pilot Amp Jurutera Azura Zainal Kagum Arwah Ibu Besarkan 7 Anak

Terjun Dunia Penyiaran Ada Pilot Amp Jurutera Azura Zainal Kagum Arwah Ibu Besarkan 7 Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 252 hits
Pasti ramai kenal wanita cantik yang mempunyai trademark rambut kerintingnya itu Kepetahan Azura Zainal berkata kata memang tak perlu disangkal lagi dan sememangnya terbukti lantaran sering mendapat undangan untuk menjadi pengacara majlis a...
Wakil Ketua Dprd Karawang Meninggal Dunia Usai Terpapar Covid 19

Wakil Ketua Dprd Karawang Meninggal Dunia Usai Terpapar Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 248 hits
Proses pemakaman Deden Rahmat itu sendiri dilaksanakan dengan menerapkan protokol kesehatan Sejumlah petugas yang melakukan prosesi pemakaman menggunakan alat pelindung diri atau APD
Tujuh Anggota Dprd Karawang Terpapar Covid 19 Satu Orang Meninggal Dunia

Tujuh Anggota Dprd Karawang Terpapar Covid 19 Satu Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 238 hits
Kantor DPRD Karawang langsung melaksanakan Work From Home hingga situasi dinyatakan aman Dwi menjelaskan anggota DPRD Karawang yang terkonfirmasi positif Covid 19 sedang dilakukan penanganan sesuai dengan ketentuan standarisasi protokol kes...
You Jianzia Wanita Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

You Jianzia Wanita Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 305 hits
Rekod bulu mata terpanjang di dunia kekal milik seorang wanita dari Changzhou China dengan kepanjangan 20 5 sentimeter You Jianzia memadamkan rekodnya sendiri pada 2016 dengan panjang bulu mata ketika itu 12 5sm Namun lima tahun kemudian pa...
13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Change

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting