Wanita Cuba Serang Sultan Nazrin Didakwa Lakukan Kekerasan Jenayah


Wanita Cuba Serang Sultan Nazrin Didakwa Lakukan Kekerasan Jenayah
IPOH, 8 Sept (Bernama) — Wanita yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri lepas, hari ini didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap baginda di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Nurshazwani Afni Mohamad Zorki, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, Nurshazwani Afni didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kekerasan jenayah ke atas Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 31 Ogos, 8.20 pagi.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum sehingga tiga bulan penjara atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon supaya pertuduhan dibacakan tanpa pengakuan kerana pemeriksaan awal mendapati tertuduh mempunyai penyakit skizofrenia.
Nasrul Hadi juga memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Katanya ia bagi pengesahan penyakit skizofrenia yang dihadapi tertuduh dan menilai kewarasannya semasa kejadian serta boleh membuat pengakuan bagi dibicarakan.
Majistret kemudian membenarkan permohonan tersebut.
Tertuduh diwakili peguam M. Saravanan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak lepas, seorang wanita ditahan kerana menceroboh pentas utama dan cuba menyerang Sultan Nazrin ketika lagu kebesaran negeri berkumandang.
BACA: Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan – Polis
Sumber: BERNAMA
The post Wanita Cuba Serang Sultan Nazrin Didakwa Lakukan Kekerasan Jenayah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/wanita-cuba-serang-sultan-nazrin-didakwa-lakukan-kekerasan-jenayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4854 hits
Wanita Ditahan Cuba Serang Sultan Nazrin Semasa Sambutan Hari Kebangsaan Polis IPOH 31 Ogos Polis menahan seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan...
Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin Dirujuk Ke Hospital Bahagia

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3287 hits
IPOH 3 Sept Wanita tempatan yang cuba mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjung Rambutan untuk pemantauan lanjut...
Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari

Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2931 hits
Wanita Cuba Serang Sultan Perak Direman Tiga Hari IPOH 1 Sept Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam direman sela...
Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 426 hits
Polis terima laporan isu video tular office wife doktorHidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Polis menerima laporan berkaitan video tular memaparkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seora...
Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 3346 hits
Astro AwaniHakyung Lee didakwa membunuh dua anaknya dan menyimpan mayat mereka dalam beg pakaian selama empat tahun sebelum ditemui pada 2022 Foto APAUCKLAND Seorang wanita warga Korea Selatan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Auckland atas tu...
Sultan Perak Diserang Wanita Melayu

Sultan Perak Diserang Wanita Melayu

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1590 hits
Melihat pada video 1 bertebaran video seorang wanita kononnya berbangsa Cina menyerang Tuanku Sultan Perak Raja Nazrin Shah Inilah agenda Cina tukang provokasi memulakan langkah menunggang Itulah bahaya media sosial apatah pihak yg sudah te...
Woman Detained After Attempting To Hug Sultan Nazrin At National Day Event

Woman Detained After Attempting To Hug Sultan Nazrin At National Day Event

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 2729 hits
Screengrab from a video IPOH A woman attempted to hug Sultan of Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah during the state level National Day parade here on Sunday morning The woman dressed in all black was seen standing in a row behind the royal...
Woman Charged With Assaulting Sultan Nazrin Allowed To Undergo Psychiatric Evaluation

Woman Charged With Assaulting Sultan Nazrin Allowed To Undergo Psychiatric Evaluation

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2467 hits
Woman charged with assaulting Sultan Nazrin allowed to undergo psychiatric evaluation According to the charge sheet Nurshazwani is accused of assaulting or using criminal force against Sultan Nazrin on the grandstand in front of the Ipoh Ci...
Puluhan Tentera Serang Balai Polis Tembakan Dilepaskan

Puluhan Tentera Serang Balai Polis Tembakan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1981 hits
KOSMOPolis Daerah Selayar dan Kodim 1415 Selayar bertemu bagi membincangkan insiden tersebut MerdekaJAKARTA Berpuluh puluh anggota Tentera Nasional Indonesia menyerbu sebuah balai polis di Selayar wilayah Sulawesi Selatan gara gara satu kes...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia