Wang Tunai Rm44j Ditemui Di Pejabat Rumah Dan Kenderaan


Sebahagian wang yang ditemui tersimpan di ruang makan rumah Pengarah Jabatan Air Sabah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

RM44 juta ditemui di pejabat, rumah bekas Pengarah Jabatan Air Sabah - Saksi Kota Kinabalu: Wang tunai kira-kira RM44 juta, 921 barang kemas, 86 jam tangan mewah dan 93 unit beg tangan berjenama ditemui dalam serbuan di pejabat, rumah dan kenderaan milik Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib.

Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib, dibicara bersama isterinya, Fauziah Piut, dan bekas timbalan pengarah agensi itu, Lim Lam Beng. (Gambar Bernama)
Hishammudin Mohammed Esa berkata wang tunai RM23 juta ditemui di atas meja pejabat, sofa panjang, kabinet televisyen dan kabinet kayu serta di dalam beg semasa serbuan pertama di pejabat Ag Tahir.

Beliau seterusnya berkata RM9 juta lagi ditemui di dalam but Mazda, RM4 juta di dalam but Mercedes Benz dan RM8 juta di dalam peti keselamatan di rumah Ag Tahir.

Hishamuddin turut menjelaskan secara terperinci kepada mahkamah lokasi bungkusan wang, barang kemas dan jam tangan yang terdapat di setiap sudut pejabat Ag Mohd Tahir, pantri, rumah dan kereta pada pelan lakaran dengan merujuk kepada setiap gambar yang diambil.

Ketua pasukan serbuan nombor lapan, Hishammudin Mohammed Esa
Menjawab soalan, Hishamuddin berkata hanya Ag Tahir yang mempunyai akses ke bilik di pantri tersebut kerana ia berada di pejabat Ag Tahir, kunci bilik hanya disimpan oleh Ag Tahir dan pembantu peribadinya memaklumkan tiada sesiapa dibenarkan masuk bilik itu selain Ag Tahir.

Sementara itu di rumah Ag Tahir, hanya isteri Ag Tahir, Fauziah Piut yang mempunyai akses ke peti keselamatan di mana wang, barang kemas, jam tangan ditemui kerana dia satu-satunya orang yang mengetahui nombor gabungan peti keselamatan itu.

Hishamuddin diberi keterangan lanjut pada Jumaat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, dalam perbicaraan Ag Tahir, 58, Fauziah, 55, dan Lim Lam Beng, 66, terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61 .57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang.

Wang ditemui semasa serbuan di pejabat Ag Mohd Tahir.
Menurut Hishamuddin, ketika mereka menyerbu rumah Ag Tahir di Sembulan, selain pegawai SPRM, hanya Ag Tahir dan isterinya di rumah itu.

Hishamuddin membacakan keterangan saksinya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, dalam perbicaraan Ag Tahir, 58, Fauziah Piut, 55, dan Lim Lam Beng, 66, terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah kepada RM61.57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, saksi ke-41 pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa sejumlah wang tunai RM14,000 ditemui pada ‘rakan karib’ wanita Ag Tahir ketika serbuan di kondominium itu milik wanita itu.

Ku Syazwani Ku Azmi, 33, berkata pada 4 Okt 2016 kira-kira jam 2 petang, dia diarahkan oleh Pegawai Penyiasat Chin Chen Huat untuk menyerbu sebuah rumah milik Christine Fiona M Ponsoi yang dipercayai menyimpan harta daripada Ag Tahir.

“Selepas menerima arahan itu, saya pergi ke pejabat Christine di Sedco bersama dua pegawai lain. Berdasarkan maklumat, Christine berada di rumahnya di Jalan Fung Yei Ting dan kami pergi ke lokasi itu.

“Saya bertemu Christine ketika dia berada di dalam keretanya dan saya memaklumkan kepadanya bahawa kami telah menerima arahan untuk melakukan serbuan di rumahnya di Luyang. Kami kemudiannya menuju ke Kondominium Puncak Luyang bersama-sama dengan Christine.

“Sebelum kami meneruskan pencarian, saya telah menyampaikan perintah penggeledahan dan penyitaan kepada Christine serta meminta untuk menandatangani perintah itu,” kata Ku Syazwani yang merupakan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Mei 2016 hingga November 2018.

Dia seterusnya memberi keterangan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan di kondominium itu dan menemui sebuah beg mengandungi 140 keping wang kertas RM100 di ruang tamu.

“Setelah mengira wang kertas, jumlah wang itu ialah RM14,000. Selain wang itu, kami tidak menjumpai apa-apa barang berharga atau barang mencurigakan dari kondominium itu.

“Kami kemudian merampas wang itu dan kembali ke pejabat SPRM Sabah. Saya menerima arahan untuk menyimpan sementara wang tunai rampasan itu sementara menunggu arahan selanjutnya. Saya kemudian memasukkan wang itu ke dalam kabinet besi dan menguncinya.

“Pada 19 Dis 2016, saya telah diarahkan oleh Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin untuk menyerahkan wang tunai RM14,000 yang dirampas daripada Christine kepada Pegawai SPRM Mohd Yussof Awang Osman,” kata Ku Syazwani dalam kenyataan saksinya.

Ku Syazwani seterusnya memaklumkan mahkamah bahawa Christine mempunyai hubungan dengan Ag Tahir kerana dia memberi Christine wang RM14,000.

Menurut Ku Syazwani, Christine tidak ditahan SPRM tetapi dia merupakan salah seorang saksi pendakwaan.

Sementara itu, saksi ke-39 pendakwaan Nordinansah Kasim, berkata dia diarah menyerbu pejabat dan rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri (JANS) Lim bagi mengesan bukti perbuatan jenayah rasuah yang dilakukan Lim. Nordinansah berkata serbuan pertama dilakukan di pejabat Lim di Kementerian Kewangan Sabah dan mereka tidak menemui sebarang bukti berkaitan siasatan kes Ops Water.

“Pasukan kami kemudian bergerak bersama Lim ke lokasi kedua iaitu rumah Lim di Jalan Penempatan, di sini.

“Kami kemudian membuat pemeriksaan di rumah dan di dalam kenderaan milik Lim. Hasil pencarian itu, kami menemui beberapa dokumen dan barang yang disyaki ada kaitan dengan siasatan kes Ops Water iaitu, dokumen kenderaan, kewangan, rumah serta komputer riba dan barang kemas serta dua kenderaan.

“Semua barang rampasan dibawa ke pejabat SPRM Sabah,” katanya dalam keterangan saksinya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) DPP Mahadi Abdul Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim, menjalankan pendakwaan manakala Lim dibela oleh Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh, Karpaljit Singh dan Aaron Lau dan peguam Priskila Akwila Sinem membela Ag Tahir dan Fauziah. Perbicaraan diteruskan pada 25 – 28 Julai tahun ini.

SOURCE: DailyExpress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/06/wang-tunai-rm44j-ditemui-di-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Tipu Sakit Kanser Demi Wang Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

Pernah Tipu Sakit Kanser Demi Wang Penyanyi Korea Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 190 hits
Kadang kadang kita tidak dapat menduga pengakhiran hidup seseorang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penyanyi trot Choi Seong bong yang dahulu pernah menipu menghidapi kanser telah pun selepas mengambil keputusan drastik dengan mengambil nyawanya s...
Wang Rm262 000 Ditemui Dalam Timbunan Sampah

Wang Rm262 000 Ditemui Dalam Timbunan Sampah

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 134 hits
KOSMO TOKYO Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira kira 8 juta yen di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata Jepun lapor laman berita The Mainichi semalam Menurut Balai Polis Niigata individu yang mempunyai kaitan denga...
Bayar Secara Tunai Yoona Dilapor Beli Rumah Baru Di Gangnam Bernilai Lebih Rm20 Juta

Bayar Secara Tunai Yoona Dilapor Beli Rumah Baru Di Gangnam Bernilai Lebih Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 503 hits
Sudah lama menjinak dalam industri hiburan Yoon a tidak dinafikan merupakan salah seorang selebriti Korea dengan pendapatan lumayan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini media melaporkan bahawa Yoon a telah membeli hartanah baru terletak di menar...
Acc Fasiliti Pengurusan Wang Tunai Automatik Dan Bersepadu

Acc Fasiliti Pengurusan Wang Tunai Automatik Dan Bersepadu

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 308 hits
Kira kira tiga bilion keping wang kertas dikembalikan kepada Bank setiap tahun melalui deposit daripada institusi kewangan Setiap keping wang kertas akan diperiksa dan diisih mengikut tahap kesesuaian yang telah ditetapkan Wang kertas yang ...
Sambut Hut Bhayangkara Polda Metro Gelar Program Bedah Rumah

Sambut Hut Bhayangkara Polda Metro Gelar Program Bedah Rumah

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 218 hits
Kapolda Metro Jaya Irjen Karyoto mengatakan Polda telah menyiapkan anggaran khusus untuk bedah rumah sejumlah Rp50 juta Anggaran tersebut akan diserahkan kepada anggota keluarga yang rumahnya terpilih untuk diperbaiki
7 Kesalahan Saat Membersihkan Rumah Ini Tolong Dipahami Bukannya Resik Malah Ngulang Lagi

7 Kesalahan Saat Membersihkan Rumah Ini Tolong Dipahami Bukannya Resik Malah Ngulang Lagi

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 171 hits
Kalau tekniknya nggak pas yang ada rumah bakal kotor lagi dan lagi Kamunya yang capek sendiri
T23e27 Mula Proses Ubah Suai Dapur Rumah

T23e27 Mula Proses Ubah Suai Dapur Rumah

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 256 hits
Bermula proses ubah suai bahagian dapur rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dengan para pekerja kontraktor mencabut bahagian foyer belakang rumah kami Tak tahulah jika isitlah foyer adalah istilah yang tepat Cadangan projek ubah suai ini...
Kemas Rumah Dan Buang Sofabed Lama

Kemas Rumah Dan Buang Sofabed Lama

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 323 hits
Semalam sesi mengemas rumah sempena raya haji Ayat cover line tu Sebenornya kemas rumah sebab nak beli sofabed baru hehe Sebelum beli hat baru yang lama kena lah buang dulu Pakej 5s rumah sekali la Tak 5s satu rumah Buat kat ruang tamu je I...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri