Wan Rosdy Hab Halal Pahang Dan Perak Bakal Terima Pelaburan China Untuk Pacu Ekonomi Negeri




SHANGHAI: Pahang dan Perak yang mempunyai kawasan khas untuk hab halal bakal menerima pelaburan besar dari China dalam sektor itu.
Kawasan itu yang dalam pembangunan melibatkan penyediaan tapak pembinaan kilang atau ladang, kemudahan infrastruktur serta tenaga kerja mahir bertujuan menarik pelabur sekali gus memacu peningkatan pendapatan dan ekonomi negeri.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menawarkan pelbagai insentif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal termasuk taman perindustrian halal, hab logistik halal dan pelabuhan pematuhan halal.
Beliau berkata, antara lokasi strategik yang ditawarkan ialah Hab Halal Gebeng dengan keluasan 304 hektar, Hab Halal Gambang (68.4 hektar) dan Hab Halal Bentong (14.7 hektar).
"Hasil daripada sesi bersama pelabur industri halal China ini, mereka menunjukkan kesungguhan dan minat untuk melabur terutama di Pahang...mereka ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut seperti mengenai tanah dan prosedur lain.
"Saya telah mengarahkan agensi kerajaan seperti PBT (pihak berkuasa tempatan) serta pejabat daerah dan tanah supaya mengurangkan birokrasi, kita tidak mahu proses yang panjang dan mahu segala urusan dipercepat,” katanya ketika ditemui media Malaysia pada Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di sini, pada Selasa.
Semalam,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia bakal meraih manfaat pelaburan baharu dari China dalam sektor halal bernilai RM4 bilion menerusi forum itu yang menghimpunkan lebih 30 peserta industri halal dari Malaysia dan China.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia (MPIH) berkata pelaburan besar oleh peserta industri dari republik itu antaranya melibatkan perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya sedang membangunkan Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) berkeluasan kira-kira 57.8 hektar berhampiran jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dekat Lekir, dan fasa pertamanya dijangka beroperasi pada awal 2025.
Beliau berkata, pelabur tempatan dan asing boleh membangunkan kilang atau ladang yang berkaitan penghasilan produk halal di kawasan Perak HIP.
Dalam sesi pertemuan dengan hampir 16 kumpulan pelabur China, pihaknya juga dapat memberikan penjelasan mengenai jaminan dan tawaran kerajaan Perak, katanya.
"Kawasan untuk (Perak HIP) sudah ada...jika ada keperluan (pelabur mahu kawasan lebih luas), ada juga kawasan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) untuk dijadikan kawasan industri itu,” katanya.
Beliau berkata, terdapat juga individu yang ingin menawarkan lokasi persendirian melalui kerjasama penyediaan kawasan untuk pelabur yang ingin membuka kilang.
Sebuah syarikat produk halal berminat untuk melabur di Perak dengan pelaburan awal bernilai RM20 juta, katanya.
Saarani berkata pelaburan asing itu akan memberi manfaat besar kepada rakyat Perak terutama peluang pekerjaan bagi belia.
"Selain meningkatkan ekonomi negeri, penyertaan Perak dalam forum ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memacu perkembangan industri halal yang semakin penting di peringkat antarabangsa,” katanya. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/wan-rosdy-hab-halal-pahang-dan-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sg4 Terima Komitmen Pelaburan Dari Korea Jepun Dan China

Sg4 Terima Komitmen Pelaburan Dari Korea Jepun Dan China

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 112 hits
bharian com myOleh September 2 2024 4 32pmAhmad Samsuri bersama Mohamad Sanusi Mohd Nassuruddin dan Mohd Shukri pada sidang media selepas Sidang Kemuncak SG4 di Bandar Baru Bangi NSTP HAIRUL ANUAR RAHIMBANGI Syarikat yang ditubuhkan empat n...
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan Pahang Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Lima Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan selesai mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke 15 di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pe...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 296 hits
BENTONG Pengerusi DAP Pahang Lee Chin Chen melahirkan rasa terkejut dengan hasrat PAS negeri untuk menutup premis judi termasuk kasino di Genting Highlands Dia berkata tindakan sedemikian boleh menjejaskan ekonomi termasuk sumber pendapatan...
Halal Di Negeri Kita Konsert Ataih Bawoh Fatwa Sesat Halal Konsert

Halal Di Negeri Kita Konsert Ataih Bawoh Fatwa Sesat Halal Konsert

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 157 hits
Sekarang konsert dibenarkan Atas bawah dibenarkan supaya kita lalai Sukan macam macam digalakkan Pertandingan pertandingan yang lagha habis benda akan dianjurkan Supaya kita tidak sedar ada agenda besar untuk merampas kita untuk ambik kuasa...
Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 126 hits
JERANTUT PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke 16 nanti Demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka tersebut mem...
Che Wan Al Lakazam Kena Terima Akibat

Che Wan Al Lakazam Kena Terima Akibat

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 66 hits
Dato AzlanIkutkan hati awalnya saya tak nak saman pun Che Wan Al Lakazam Simpati dan kecian semuanya silih berganti kerana saya tahu dia bukan orang senang Kerja jual simkad food rider dan sesekali nampak macam jadi ejen tolong orang nak ju...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk