Walls Aiskrim Cornetto Love Rose Sedap Tak
Assalamualaikum 🖤,
Petang semalam bawa anak-anak ronda-ronda pasar Betong. Tak keluar pun... Just duduk dalam kereta sambil melihat keindahan alam. Cumanya, encik suami jelah yang keluar untuk belikan anak-anak aiskrim. Dia tahu Fiza suka buat reviews aiskrim di blog, so memang dia akan carilah aiskrim keluaran terbaru.
Alhamdulillah, rezeki kami... Akhirnya jumpa jugak aiskrim cornetto love rose perisa peach dari jenama Walls. Beli di kedai runcit biasa je. Harga untuk sebungkus adalah RM3.50. Encik suami beli 4 biji. So, dapatla sorang satu kecuali Nur Dhia. Hehe
Sumber dari ShopeeNampak luaran, macam sedap. Betul tak? Packaging aiskrim mana pernah tak menggoda. Kan!
Bila dibuka bungkusannya...
Wowww. Kagum! Serius, cantik sangat susunan kelopak bunga rose tu. Kombinasi warna pun cantik. Rasa macam sayang pulak nak makan. 🤣😂
Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Cornetto Love Rose Perisa PeachUntuk bahagian topping yang color pink kelopak bunga tu. So far, sedap sangat. Terasa tau dia punya perasa buah pic dia. Just nice... Serius! Memang sedap.
Kemudian, lapisan kedua pulak bewarna putih... Di mana ia adalah kombinasi rasa vanila dan curahan sos coklat di bahagian dalam dan dasarnya. Rasa vanila dia memang sedap, cuma... Fiza kurang gemar akan rasa sos coklat ditengah-tengahnya. Manis dan rasa sedikit pahit. Maybe dark coklat kot... Tu yang pahitnya terasa. Kemudian, untuk kon dia pulak... Ya! Memang rangup. Tak tipu, Fiza suka akan kerangupannya.
Pada pendapat Fiza lah ek! Fiza lagi suka aiskrim unicornetto. Ini kerana Fiza tak suka akan rasa sos coklat ditengah-tengahnya. Manis sangat! Then ada rasa sedikit pahit. Kesimpulannya, Fiza bagi 3/⭐⭐⭐⭐⭐.
So, misi nak makan aiskrim cornetto love rose akhirnya tercapai. Maybe tak kot untuk repeat membeli. Hehe...
#aiskrimjenamawalls
#CornettoLoveRose#WallsIceCream
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/10/walls-aiskrim-cornetto-love-rose-sedap.html