Walimatul Urus Yang Diberkati



Mengadakan walimah adalah satu sunnah yang murni dan dituntut oleh agama Islam. Ini berdasarkan daripada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu Anhu, beliau menjelaskan:

Abdul Rahman berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru sahaja bernikah dengan seorang wanita dengan mahar satu nawat emas (emas sebesar biji kurma).” Rasulullah SAW berkata kepada Abdul Rahman: “Adakanlah walimah walau pun hanya dengan menyembelih seekor kambing.” (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah telah memerintahkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf supaya mengadakan kenduri walimah. Walaupun begitu, walimah tidaklah semestinya dilakukan dengan seekor kambing, tetapi ia memadai dilakukan bersesuaian dengan kemampuan seseorang.

Al-Imam al-Mawardi menjelaskan bahawa, waktu diadakan majlis walimah adalah setelah selesai akad pernikahan dan setelah kedua pasangan bersama. Manakala hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat riwayat lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

“Dan seseorang yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Riwayat al-Bukhari)

Walau pun begitu, kewajipan menghadiri undangan ke majlis walimah boleh GUGUR sekiranya ada pelanggaran hukum syarak, sebagaimana penjelasan berikut:

Apabila dalam walimah tersebut mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak) dan lain-lain yang memabukkan.Apabila terdapat pengkhususan undangan, di mana orang yang mengundang membeza-bezakan di antara yang kaya dengan yang miskin atau fakir.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Seburuk-buruk makanan adalah makanan dalam majlis walimah, yang mana di dalam majlis tersebut hanya mengundang orang yang kaya dan tidak mengundang orang fakir.” (Riwayat al-Bukhari)

Digalakkan orang yang mengadakan majlis walimah mengundang orang-orang yang bertaqwa, orang-orang yang soleh dan golongan yang memerlukan iaitu fakir dan miskin. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang bertaqwa.” (Riwayat Abu Daud)

Kita juga disunatkan untuk mendoakan pasangan pengantin dengan kebaikan, keberkatan, dan memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis walimah. Antara doa-doa yang disunatkan kepada kita untuk berdoa dengannya adalah sebagaimana dijelaskan dalam riwayat berikut:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, baginda akan berkata:

بَارَكَ اللهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر
“Semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu, memberikan keberkatan ke atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

Kita juga disunatkan untuk mendoakan orang yang mengundang kita untuk hadir ke majlis walimah tersebut sebagaimana Rasulullah SAW mendoakan untuk Abdullah bin Busr Radhiallahu Anhu dan keluarganya apabila selesai jamuan:

“Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Riwayat Muslim)

Kita juga dianjurkan untuk mengucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan. Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Riwayat Abu Daud)

Antara perkara sunnah lain dalam majlis walimah ialah dengan memberi hadiah dan membantu melaksanakan majlis walimah dengan tenaga dan wang ringgit. Ini berpandukan kepada hadis daripada Anas Radhiallahu Anhu beliau berkata: Setelah Nabi SAW menikahi Sofiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata:

“Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak sapi. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Riwayat al-Bukhari)

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah, diingatkan agar majlis walimah terpelihara daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Antaranya dinyatakan sebagai contoh:

Pengantin dan keluarga tidak menutup aurat dengan sempurna seperti memakai pakaian yang jarang, ketat dan terbelah.Bersolek berlebihan seperti mencukur kening dan mengenakan wangian yang berlebihan.Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Keterlaluan dalam mengambil makanan.Nyanyian dan muzik yang tidak mematuhi hukum syarak dari segi seni kata dan cara penyampaian.Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dan lalai dengan majlis walimah.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Oleh itu, hendaklah Engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada-Mu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud: 112)

Oleh: Jabatan Agama Islam Selangor
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/walimatul-urus-yang-diberkati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walimatul Urus Dua Majlis Nuradiah Rayyan Nusa Perintis Razin Ayu Majidee

Walimatul Urus Dua Majlis Nuradiah Rayyan Nusa Perintis Razin Ayu Majidee

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 346 hits
Walimatul Urus Dua majlis Nuradiah Rayyan Nusa Perintis Razin Ayu Majidee Paginya kami kat Nusa Perintis Majlis abang Izat Ada slight changes memandangkan angah sekolah darjah khas Sakan si ici dan iqi makan eskrem Tak sempat nak tunggu pen...
Penat Berkejar Dengan Anak Di Rumah Urus Rumah Tangga Fiza Baru Tahu Nikmat Jadi Suri Rumah

Penat Berkejar Dengan Anak Di Rumah Urus Rumah Tangga Fiza Baru Tahu Nikmat Jadi Suri Rumah

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 686 hits
Pelakon Fiza Halim akui bersyukur dan puas kerana kini dapat menjaga sendiri anaknya Aleena berusia 10 bulan di rumah Malah bekas ahli kumpulan Elite ini berkata dia lebih puas apabila kini dia dapat menguruskan hal rumahtangga sendiri tanp...
Masih Ada Kementerian Gagal Urus Kewangan Dengan Baik Guan Eng

Masih Ada Kementerian Gagal Urus Kewangan Dengan Baik Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Masih terdapat beberapa kementerian yang gagal menguruskan kewangan serta masih bergantung kepada peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan Menurut Lim Guan Eng pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama setahun meny...
Berdalih Tidak Punya Uang Urus Izin 2 Wna Overstay Hingga Menikah Di Jabar

Berdalih Tidak Punya Uang Urus Izin 2 Wna Overstay Hingga Menikah Di Jabar

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 187 hits
10 WNA di Tasikmalaya dideportasi sejak Januari hingga Juli 2019 kepala Sub Seksi Penindakan Imigrasi Kantor Imigrasi Kelas II Non TPI Tasiknalaya Irwan Purnama menyebut di bulan Juli awalnya menemukan seorang WNA asal Malaysia bernama Zohd...
Menag Urus Jenazah Mbah Moen Keluarga Ingin Dimakamkan Di Mekkah

Menag Urus Jenazah Mbah Moen Keluarga Ingin Dimakamkan Di Mekkah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 423 hits
KH Maimun Zubair yang wafat di RS An Noer Mekkah Selasa pagi rencananya akan disemayamkan di Kantor Urusan Haji Indonesia Daerah Kerja Mekkah
Sby Jarang Tampil Demokrat Sebut Sedang Fokus Urus Ibu Yang Sedang Sakit

Sby Jarang Tampil Demokrat Sebut Sedang Fokus Urus Ibu Yang Sedang Sakit

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 316 hits
Ketua Divisi Komunikasi Publik Partai Demokrat Imelda Sari menjelaskan alasan ketua umum Susilo Bambang Yudhoyono jarang tampil dalam beberapa agenda politik Dia mengatakan Presiden ke 6 tersebut saat ini masih berkabung dan sedang fokus un...
Kpk Sebut Nyoman Dhamantra Minta Rp 3 6 M Untuk Urus Izin Impor 20 Ribu Ton Bawang

Kpk Sebut Nyoman Dhamantra Minta Rp 3 6 M Untuk Urus Izin Impor 20 Ribu Ton Bawang

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 205 hits
Angka yang disepakati pada awalnya adalah Rp 3 6 miliar dan komitmen fee Rp 1 700 hingga Rp 1 800 dari setiap kilogram bawang putih yang diimpor kata Agus
Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 558 hits
Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja kerja rumah kerana suda...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids