Walimatul Urus Dan Kehidupan
Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas sekalian kamu..
Saya cuma nak berkongsi cerita, maklumat dengan pembaca soal perkahwinan
ye, perkahwinan tuan-tuan, puan-puan. hehe
walaupun saya belum dan takde pengalaman berkenaan kahwin, saya suka nak berkongsi
ini gambar waktu sepupu perempuan berkahwinBaru-baru ini, TV9 dalam slot Tanyalah Ustaz, bersama Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz ada berbincang tajuk Walimatul Urus, dan saya tertarik dengan apa yang beliau kongsikan sewaktu menjawab pertanyaan tetamu di studio
oleh itu, saya dengan suka hati dan rendah diri, nak juga kongsi sebahagian ilmu tersebut,itu pun mana yang saya rasa ia perlu orang tahu dan sedar tentangnya. :)
Di awal topik, beliau menerangkan apa yang dikatakan dengan WALIMATUL URUS, kepentingannya dan perkara lain yang terkait dengannya
berikut adalah antara isu yang diperjelaskan dalam slot Tanyalah Ustaz
Walimatul UrusMerupakan majlis kenduri kahwin yang dilangsungkan mengiringi akad nikah, samada dibuat serta-merta selepas majlis akad nikah, mahupun esok, minggu depan, ataupun dua, tiga bulan mendatang
Tujuannya adalah untuk menghebahkan bahawa si Fulan dan Fulanah ini sudah pun akad nikah, selamat menjadi pasangan suami isteri, maka dengan ini orang ramai tak pandang serong atau berfikiran negatif terhadap pasangan tersebut
Ada hadis Nabi saw yang diriwayatkan (sumber sahih saya tak ingat),"buatlah walimatul urus walaupun dengan seekor kambing,"ini membuktikan bahawa betapa Nabi saw sangat menganjurkan kita mengadakan kenduri kahwin, paling kurang dengan seekor kambing
tapi, apa yang pasti, kebanyakan walimah pada zaman sekarang bukan setakat seekor dua kambing yang tumbang, mungkin 10 ekor, atau mungkin juga 2, 3 ekor lembu
BersandingApa itu bersanding? asal mana bersanding? Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz mengatakan bahawa takde nas menyebut akan kewajipan bersanding, kerana ia hanyalah ikutan budaya dari bukan agama Islam. bersanding dengan tidak menutup aurat, menepung tawar, merenjis air bunga mawar segala? ternyata ia bukanlah amalan sebenar dalam Islam, malah bidaah
Kewajipan Menghadiri Walimatul UrusWAJIB. kecuali dengan sebab :
1) Uzur syari'e termasuk kesihatan yang tidak membolehkan hadir dan jarak yang terlalu jauh2) Yakin ada perkara haram, perkara maksiat dan mungkar dalam majlis itu
Bantuan Mengadakan MajlisKita digalakkan untuk menghulurkan bantuan, terutama kepada pihak yang mengadakan majlis kenduri kahwin. dari segi apa
kewangan, contohnya dengan cara menghulurkan sampul berisi duit kepada keluarga tersebut
tenaga, contohnya membantu memasak, membuat tugasan, mengurus hidangan, dan lain-lain
makanan, contohnya barang keperluan memasak seperti beras, bawang, garam, dan lain-lain
Persoalan siapa yang harus dapat duit sumbangan, ataupun hadiah
beliau menyebut, orang yang mengadakan majlis adalah lebih berhak mendapat duit tersebut, sekiranya si ayah, maka dia yang berhak mendapatnya
dan ada pendapat lain, soal duit atau hadiah, ianya boleh dikira sebagai bantuan untuk meringankan beban kepada pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan dalam menempuh hidup baru sebagai suami isteri
Harapan saya, semoga pembaca dapat menghadam maklumat yang tak seberapa ini
mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan tentang apa yang saya kongsikan
selamat membaca! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://juslemon-justembikai.blogspot.com/2013/01/walimatul-urus-dan-kehidupan.html