Walaun Ada Di Mana Mana


 
Istilah walaun sering dikaitkan dengan Pas iaitu mereka yang menjadi penyokong tegar, teramat setia, taksub dan memiliki wala’ melampau kepada pemimpin utama parti tersebut.

Golongan ini akan mempertahankan apa saja keputusan, cakap atau kata-kata pemimpin utama mereka itu.

Secara umumnya walaun bukanlah perkataan yang diiktiraf secara rasmi, tetapi ia berasal daripada perkataan wala’ atau setia.

Ada yang kata walaun adalah perkataan yang diberi oleh golongan pembenci Pas dengan mencantumkan perkataan wala’ dan malaun – yang bererti golongan yang dikutuk dan dibenci kerana kesetiaan melampau mereka.

Ada pula yang menyebut, walaun itu bermaksud wala’ yang melantun-lantun di mana mereka ini, tak kira siang atau malam, kerja mereka hanya tahu setuju dan membenarkan apa saja kata-kata pemimpin mereka.

Lantaran kesetiaan yang melampau dan hanya ingin mengiayakan apa saja kata atau tindakan pemimpin yang dipuja itu, golongan walaun juga dikatakan memiliki kepakaran mencipta dalil-dalil tertentu untuk menguatkan hujah mereka.

Dalil-dalil yang sering diguna adalah dalam bentuk hadis-hadis pilihan, petikan kata-kata para sahabat di zaman Nabi dan ungkapan ulama-ulama besar di zaman dahulu,

Tetapi, benarkah walaun itu hanya ada dalam Pas saja?

Dalam pengalaman saya sebagai penulis yang sering mengkritik dan kadang-kadang membalun ramai pemimpin, sejujurnya saya dapati walaun itu ada di mana-mana saja.

Selain dalam Pas yang sudah tentu ada walaun, dalam UMNO, dalam Bersatu, dalam PKR, dalam DAP dan dalam lain-lain parti juga ada walaun masing-masing.

Cuba kita kritik pemimpin utama UMNO, Bersatu, PKR dan DAP, tidak lama kemudian pasti akan ada tindakbalas daripada penyokong tegar pemimpin berkenaan untuk mempertahankan dan menyerang balik kritikan-kritikan itu.

Apa lagi jika selama ini kita sering memuji dan mengangkat seseorang pemimpin itu, tetapi apabila pemimpin berkenaan melakukan sesuatu yang diangggap tidak wajar, lalu kita mengkritiknya, maka berdentam-dentumlah serangan akan menimpa kita.

Di samping cemuhan, pelbagai andaian juga akan menyusul dilabelkan kepada kita, kononnya kita sudah pro dan condong ke arah lain dan sebagainya lagi.

Pokoknya, penyokong tegar dan pentaksub seseorang pemimpin tetap tidak membenarkan pemimpin pujaan mereka ditegur atau dikritik, meski apa yang ditegur itu adalah sesuatu yang betul dan bertujuan demi kebaikan pemimpin berkenaan.

Selagi seseorang itu hanya mengiyakan saja apa kata tindakan pemimpin pujaannya dan tidak berani memberi teguran, bahkan lebih selesa memilih berdiam diri melihat sesuatu yang tidak wajar dilakukan seseorang pemimpin itu, selagi itulah kewalaunan itu terus wujud dalam semua parti.

Kadangkala ketua kampung, ketua cawangan dan ketua ranting juga ada ramai walaun di sekeliling mereka.

Kewalaunan bukan saja wujud disebabkan kesetiaan totok kepada parti dan pemimpin, tetapi juga kadangkala lahir kerana ingin beroleh jawatan, kedudukan dan lain-lain nikmat kehidupan.

Dalam pada itu, sementara walaun lebih sering dikaitkan dengan Pas dan penyokong Hadi Awang, sebagai tindakbalasnya, penyokong Pas pula seringkali melabel penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dengan gelaran walanon.

Gelaran itu merujuk nama Anwar yang menjadi kebiasaannya bagi orang sebelah utara sana memanggilnya dengan gelaran Abang Non.

Hanya ketika ini, gelaran bagi penyokong setia atau pentaksub lain-lain parti belum lagi dicipta sebagaimana terciptanya istilah walaun dan walanon.

Apa pun, baik walaun atau walanon dan apa saja gekaran, maksudnya adalah sama iaitu merujuk kepada kelompok penyokong parti atau pemimpin yang memiliki kesetiaan dan ketaksuban yang maha tinggi.

Peranan besarnya, walaun boleh dikata menceriakan dan menjadikan dunia politik lebih menarik untuk terus dikecimpungi.

Tanpa walaun, bergelumang dalam politik mungkin tidak semenarik dan semeriah seperti yang terbentang di depan mata.

Cuma, janganlah dikecam walaun di sebelah sana saja kerana di sebelah sini pun ada walaun juga.

Lihatlah cermin, walaun itu sebenarnya ada di mana-mana dan mungkin termasuk kita. – ShahbudinHusin 08/03/2024.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/walaun-ada-di-mana-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Masuk Walaun Risau Duit Rendah Walaun Risau Kalau Aku Orang Us Aku Nak Melabur Di Mana

Pelaburan Masuk Walaun Risau Duit Rendah Walaun Risau Kalau Aku Orang Us Aku Nak Melabur Di Mana

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 231 hits
Cerita pun jadi polemik Aku pun tak faham dengan politik Malaysia Kalau benda tak elok tu ok la Ini Dah kenapa Dia sebenarnya macam ni Bila kita nampak kerajaan maka ketahuilah bahawa pencapaian itu Sebab pembangkang kita Tapi mereka cuma K...
Liberal Mana Yang Hadi Hukum Kafir Murtad

Liberal Mana Yang Hadi Hukum Kafir Murtad

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 272 hits
Ahmad MursiSaya berharap pada tahap umur Tan Sri Abdul Hadi Awang dan keuzurannya dia mula insaf dan membuat islah atas kerosakan Amanat Haji Hadi 1981 kepada masyarakat Tapi setelah 43 tahun tulisannya kini tidak menunjukkan dia bertaubat ...
Mana Tak Melingkup Restoran Tapi Dia Salahkan Kerajaan

Mana Tak Melingkup Restoran Tapi Dia Salahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 262 hits
Syed Ahmad SaifullahMana tak melingkup restoren Tokey busy bagi ceramah Dah melingkup lepastu salahkan barang mahal padahal die yang jual mahal
Terpaksa Tadah Air 3 Pagi Penduduk Gurun Bengang Tak Tahu Kami Hidup Zaman Mana

Terpaksa Tadah Air 3 Pagi Penduduk Gurun Bengang Tak Tahu Kami Hidup Zaman Mana

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 283 hits
SITI NUR ZAWANIKredit gambar Sinar HarianSebahagian penduduk di Taman Gurun Jaya Gurun Kedah yang berdepan gangguan bekalan air meluahkan rasa kesal apabila terpaksa berjaga sehingga jam 3 pagi setiap hari semata mata untuk tadah air bagi k...
Mana Sekoq Ni Pi

Mana Sekoq Ni Pi

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 224 hits
M9hd FauzanAku merindui abang besar kepercayaan para walaun Dah lama tak lihat para walaun bersemangat kena kencing dengan papa ni Dimanakah beliau sekarang untuk memberi harapan palsu kepada para walaun
Kau Dakwa Kerajaan Madani Gagal Tapi Negeri Kau Tadbir Mana Duit Yang Kau Dapat Dari Royalti Kau Yang Gagal Sebenarnya

Kau Dakwa Kerajaan Madani Gagal Tapi Negeri Kau Tadbir Mana Duit Yang Kau Dapat Dari Royalti Kau Yang Gagal Sebenarnya

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 299 hits
Bekas pensyarah yang juga MB Terengganu kata Kerajaan Madani fail baik objektif dan subjektif Itu adalah penilaian beliau kepada sebuah kerajaan yang belum cukup sepenggal Saya ulangi belum cukup sepenggal Mari kita lihat kejayaan Terenggan...
Bomba Ikut Arahan Geng Skodeng Ikut Akta Yang Mana Satu

Bomba Ikut Arahan Geng Skodeng Ikut Akta Yang Mana Satu

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 143 hits
So the religious officers called up the fire brigade Three hours later the door was opened Moral police and the fire brigadesThe views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Tak Perlu Join Parti Agama Mana Pun

Tak Perlu Join Parti Agama Mana Pun

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 233 hits
Izlin IdrisTak perlu join parti yang menggunakan nama Islam pun untuk kita menjulang Islam dan mengajak orang mencintai Al Quran Program Selangor Bertadabbur 2024 sempena Ramadan 1445H akan diteruskan Kerajaan Negeri walau di luar bulan Ram...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right