Walau Tak Sihat Lara Alana Tekad Teruskan Berpuasa Warganet Doakan Lara Cepat Sihat
Dari kecil diri si cilik ini sering menjadi perhatian warga net, maklum sahajalah anak kepada pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Setiap keletah dan gelagat Lara Alana sering ditunggu-tunggu peminatnya di akaun Instagram yang mempunyai 3.9 juta pengikut.
Dalam hantaran terbaru yang oleh Lara Alana menerusi IG, si kecil ini ada berkongsi mengenai tahap kesihatannya yang tidak berapa baik pada Khamis yang lalu.
Artikel berkaitan: Lara Alana Semangat Sambut Ramadan, Walau Tak Sahur Berjaya Puasa Setengah Hari. Tahniah Lara!
Menurut hantaran tersebut, Lara tiada ‘Mood’ untuk buat sebarang aktiviti kerana suhu badannya yang tinggi selepas bangun dari tidur.
Walaupun begitu, menerusi kapsyen yang dibuat Lara tetap meneruskan puasanya walaupun tidak berapa sihat.
“Sis takde mood hari ni. Bangun tido je sis check suhu 37.8
“Takde mood nak mandi, buat rambut atau main. Tapi Sis still puasa tau,” kapsyennya di Instagram
View this post on Instagram
Sis takde mood hari ni. Bangun tido je sis check suhu 37.8 Takde mood nak mandi, buat rambut atau main. Tapi Sis still puasa tau..
A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa) on May 6, 2020 at 8:50pm PDT
Hantaran yang mendapat lebih daripada 90 ribu tanda suka dan turut dihujani ribuan respon dari wargamaya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti menitipkan doa semoga Lara Alana cepat sembuh selain turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat Lara untuk terus berpuasa.
Semoga Lara Alana cepat sihat dan dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Sumber: Media Hiburan
Artikel menarik: Anak Lemah & Mengadu Sakit Perut, Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat
The post Walau Tak Sihat, Lara Alana Tekad Teruskan Berpuasa. Warganet Doakan Lara Cepat Sihat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/walau-tak-sihat-lara-alana-tekad-teruskan-berpuasa-warganet-doakan-lara-cepat-sihat/