Walau Dijangka Menang Umno Perak Tak Ambil Mudah Prk Slim


Di atas kertas, Umno dijangka tidak berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusinya tetapi Pengerusi umno Perak Saarani Mohamad tidak akan mengambil mudah PRK Slim tak lama lagi.
Saarani berkata jika pengundi Umno yang tinggal di luar kawasan tidak pulang pada hari mengundi, ia boleh menjejaskan peluang parti itu.
“Atas kertas, macam itulah (menang mudah). Tapi harus diingat, kemenangan dikira melalui bilangan undi dalam peti undi. Kalau pengundi Umno di luar tak balik, ia tak beri makna,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya lagi, jika Umno tidak bekerja keras kerana menganggap Slim adalah kubu kuat mereka, ia boleh memakan diri.
“Jangan hanya kerana rasa kita akan menang mudah…Apa-apa pun, kena kerja kuat.
“Umno dan BN kena kerja kuat untuk pastikan penyokong balik mengundi,” katanya lagi.
PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib ekoran serangan jantung pada 15 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai penamaan calon dan 29 Ogos untuk hari mengundi.
Pada 31 Julai lalu, PH berkata ia akan memberi laluan kepada kumpulan Dr Mahathir Mohamad – dikenali sebagai Bersatu Blackout – untuk bertanding dalam PRK tersebut.
Semalam, Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti Melayu baru yang menurutnya tidak akan terikat dengan PH atau Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini kedua-dua pihak belum mengumumkan calon masing-masing.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Pengerusi Umno Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz adalah individu pilihan untuk menjadi calon.
Bagaimanapun, Saarani yang juga Adun Kota Tampan berkata ia masih belum diputuskan secara muktamad.
“Belum pasti sebab kita ada beberapa calon yang berkelayakan yang akan diputuskan. Kita sudah hantar tujuh nama.”
‘Bersatu sokong penuh Umno’
Berhubung kriteria calon, Saarani berkata tiada kriteria khusus yang ditetapkan selagi individu tersebut mempunyai kebolehan dan disukai pengundi.
Pihaknya juga tidak terlalu fokus kepada calon yang akan diletakkan pihak lawan mahupun bimbang dengan parti baru Mahathir, dan hanya akan memberi tumpuan kepada usaha memenangkan BN, katanya lagi.
Ditanya berkenaan tahap sokongan Bersatu dalam PRK kali ini, Saarani berkata keputusan parti itu untuk tidak meletakkan calon sudah memadai.
“Mereka tak letak calon bermakna mereka beri sokongan,” katanya. Mkini
The post Walau dijangka menang, Umno Perak tak ambil mudah PRK Slim appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/08/walau-dijangka-menang-umno-perak-tak-ambil-mudah-prk-slim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Muafakat Nasional Dan Bersatu Sepakat Calonkan Wakil Umno

Prk Slim Muafakat Nasional Dan Bersatu Sepakat Calonkan Wakil Umno

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 417 hits
Kuala Lumpr PRK Slim BN Muafakat Nasional dan Bersatu sepakat calonkan wakil UMNO tandingi kerusi DUN Slim Annuar Musa Berita lanjut menyusul The post appeared first on
Perak Umno Won T Take Slim Voters For Granted Says Chief

Perak Umno Won T Take Slim Voters For Granted Says Chief

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 505 hits
SLIM POLLS On paper Umno is expected to its seat in the upcoming Slim by election but Perak Umno chief Saarani Mohamad is taking nothing for granted The state s Umno liaison committee chairperson said that if Slim voters living outside the ...
Pakatan Harapan Perak Sedia Bantu Tun M Pada Prk Slim

Pakatan Harapan Perak Sedia Bantu Tun M Pada Prk Slim

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 371 hits
Pakatan Harapan Perak menyatakan kesediaan membantu calon Bebas yang akan mewakili parti baharu ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Ketua Pembangkang Perak Dr Abdul Azi...
Amir Khusyairi Tanusi Calon Parti Baharu Dr M Prk Slim

Amir Khusyairi Tanusi Calon Parti Baharu Dr M Prk Slim

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 622 hits
August 12 2020 9 24 PMAmir Khusyairi Tanusi 38 anak jati Perak merupakan pemegang ijazah sarjana muda undang undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan fasih dalam 3 bahasa termasuk bahasa Arab PETALING JAYA Kumpulan bekas perdana me...
Prk Slim Mahathir Gesa Orang Melayu Terima Dap

Prk Slim Mahathir Gesa Orang Melayu Terima Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 482 hits
Selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti barunya dikenali sebagai Pejuang siang tadi bekas perdana menteri pada malam ini memberitahu nama penuh wadah politik itu sebagai Parti Pejuang Tanah Air Beliau juga menyeru agar rakyat tidak ta...
Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

Mungkinkah Calon Bebas Akan Hilang Wang Pertaruhan Prk Slim

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 1101 hits
HAMDAN TAHACalun BEBAS yang mewakili parti baru Tun Dr M berumur 38 tahun Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia Keluarga baik baik asal di Selabak di Teluk Intan atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah saya Ayah kepada calun muda ini u...
Calon Prk Slim River Adalah

Calon Prk Slim River Adalah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 689 hits
Calon PRK Slim River Adalah Pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim Mohd Zaidi Aziz dilihat sebagai individu yang kemungkinan akan dicalonkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Slim akan datang Sumber dalam Umno memberitahu Zaidi adalah yan...
Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Hiburan Saya Bukan Nak Sindir Sesiapa Tapi Puas Hati Ke Sweet Qismina

Suspek Utama Kes Suri Narudin Dituduh Esok

Kimalogy Bayang Mega Chord