Wala Terhadap Muhyiddin Adalah Pendirian Pas
PAS hari ini menzahirkan kesetiaan terhadap kepimpinan perdana menteri Muhyiddin Yassin, sekali gus mempertahankan sokongan kesemua 18 anggota parlimennya bersama kerajaan Perikatan Nasional.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Perikatan Nasional merupakan kerajaan yang prihatin dan telah memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.
“PAS menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan baginda dengan Kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menangani penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.
‘Panas dan Tegang’, MT UMNO akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP
“Pada masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional yang dibina bersama di atas keruntuhan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.
Selain itu, Takiyuddin berkata PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia berdoa supaya dihapuskan wabak Covid-19 dengan segera dan negara ini kembali selamat, aman dan bersatu-padu.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengusulkan cadangan agar darurat dilaksanakan bagi memerangi wabak Covid-19.
Langkah itu disifatkan pembangkang sebagai usaha Muhyiddin menyelamatkan kedudukannya sebagai perdana menteri menjelang pembentangan Belanjawan 2020 di parlimen, yang memerlukan sokongan majoriti anggota parlimen.
‘Panas dan Tegang’, MT UMNO akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP
Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan terhadap cadangan tersebut dengan menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.
Baginda juga mengingatkan ahli politik agar menghentikan segera politiking yang boleh mengganggu kestabilan pentadbiran kerajaan.
Malam tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa kerjasama ditambah baik berdasarkan nilai hormat menghormati dan konsensus politik.
Menteri di Jabatan Perdana Datuk Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun Mahathir, Guan Eng dalam kes taikun hartanah
The post Wala’ terhadap Muhyiddin adalah pendirian PAS appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/10/27/wala-terhadap-muhyiddin-adalah-pendirian-pas/