Waktu Pagi Terbaik Untuk Bersenam Empat Mitos Senaman Ini Buat Ramai Percaya Tetapi Tidak Betul


Waktu paling baik adalah bersenam pada waktu pagi dan pelbagai lagi mitos terkenal mengenai senaman yang mungkin pernah didengar oleh anda.
Percaya atau tidak, orang yang mempunyai pengetahuan juga boleh terpedaya dengan beberapa mitos ini dan ‘berpegang’ kepadanya sedangkan ianya tidak tepat.
Bagi mengelakkan anda terus percaya, ikuti penjelasan oleh Hello Doktor seperti di bawah.
Otot mengecut, lemak pun masuk Apabila dilihat pada mitos “otot bertukar jadi lemak” dari sudut pandangan fisiologi, tidak dapat dinafikan bahawa ura-ura penukaran di antara tisu tersebut adalah tidak masuk akal. Otot dan lemak, masing-masing, mempunyai sel yang berbeza. Sel otot tidak boleh bertukar menjadi sel lemak dan sebaliknya.
Apabila seorang individu yang aktif menjadi tidak aktif, otot-otot di seluruh badannya akan mengecut, membuka ruang kepada sel lemak untuk memenuhinya. Ini akan menyebabkan otot yang sedia ada tampak menggeleber. Nisbah otot dan lemak tidak lagi berada dalam keadaan seimbang. Ruang kosong pada kawasan otot tersebut akan diisi dengan sel lemak.
Perkara ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh pengambilan jumlah kalori yang sama dengan hari anda bersenam. Ini akan menyebabkan lebihan kalori bertukar menjadi sel lemak di dalam badan. Jadi, ingat ya! Sel otot tidak bertukar menjadi lemak sebaliknya ia mengecut dan memberi ruang untuk diisi oleh sel lemak. Besar perbezaannya!
Waktu pagi adalah merupakan waktu terbaik untuk bersenam Walaupun petua ini betul, namun ia tidak tepat. Waktu yang sesuai untuk bersenam bergantung kepada objektif anda. Jika anda bersenam untuk mengurangkan berat badan, maka pagi adalah waktu yang terbaik untuk bersenam. Hal ini kerana apabila kita bangun daripada tidur, badan kita berada dalam keadaan “berpuasa” (fasted state).
Ini bermakna bagi mendapatkan tenaga untuk bersenam, kalori tersebut akan diambil daripada “stor simpanan” seperti hati yang menyimpan glikogen dan tisu lemak.
Jika dilihat dari sudut keberkesanan untuk memperoleh kebaikan bersenam secara umum, waktu tidak memainkan peranan yang begitu penting. Anda boleh bersenam di gim pada waktu pagi, petang ataupun malam namun, jika anda berasa  letih, seeloknya bagi anda untuk tidur. Tidur yang cukup dapat memberikan kesan fisiologikal yang lebih baik.
Senaman regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan Dalam konteks ini, senaman regangan yang dimaksudkan adalah senaman regangan statik. Terdapat pelbagai jenis senaman lain yang dapat mengurangkan risiko kecederaan jauh lebih baik berbanding senaman regangan statik seperti angkat berat (berat yang ringan terlebih dahulu), senaman keseimbangan dan senaman pemanas badan.
Menurut pakar, senaman regangan statik dapat meningkatkan tahap kelenturan badan, namun ia cuma bermanfaat bagi mereka yang melakukan senaman yang spesifik seperti gimnastik dan skater ais.
Bagi mereka yang ingin melakukan senaman mengangkat berat, anda berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan kerana selepas melakukan aktiviti regangan tersebut, sendi anda akan menjadi longgar. Perkara ini juga boleh menyebabkan prestasi senaman anda menurun kerana anda tidak dapat memberikan daya kekuatan yang optimum.
Senaman kardio boleh membakar lemak anda Senaman sahaja tidak dapat mengurangkan peratusan lemak badan anda melainkan ia dilaksanakan seiring dengan pengamalan gaya pemakanan yang sihat. Ramai yang suka menggunakan ayat, “Alaa, esok aku pergi joging, terbakarlah lemak tu”. Itu adalah corak pemikiran yang salah.  Jika anda ingin mengurangkan berat badan, gaya pemakanan adalah merupakan faktor terpenting.
Pelan pengurangan kalori (caloric deficit) dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Jika anda bercadang untuk melakukan kardio untuk durasi yang lama sehari, anda berkemungkinan untuk kehilangan tisu otot dan ini boleh mengakibatkan penurunan metabolisma badan. Perkara ini akan membuatkan proses penurunan berat badan menjadi lebih sukar.
Konklusi Sebelum anda bersenam, pastikan anda mempunyai objektif. Ini akan membantu anda untuk meningkatkan  prestasi dalam tempoh masa tertentu. Usah terpedaya dengan segala kebaikan atau keburukan yang anda dengar melalui mulut orang. Kaji fakta tersebut dan pastikan ia selari dengan objektif anda. Jangan terpedaya dengan mitos!
Sumber : Mohammad Nazri Zulkafli via Hello Doktor
The post ”Waktu Pagi Terbaik Untuk Bersenam..” Empat Mitos Senaman Ini Buat Ramai Percaya Tetapi Tidak Betul appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/29/waktu-pagi-terbaik-untuk-bersenam-empat-mitos-senaman-ini-buat-ramai-percaya-tetapi-tidak-betul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Ayat Pun Bahasa Kebangsaan Dong Zong Tidak Betul Peguam Haniff Khatri

Empat Ayat Pun Bahasa Kebangsaan Dong Zong Tidak Betul Peguam Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Peguam Mohamed Haniff Khatri terkejut dan bimbang dengan cara penulisan kenyataan rasmi Dong Zong dan Jiao Zong yang dikeluarkan Sabtu lalu Tanpa mahu menyentuh kandungan kenyataan itu iaitu berkaitan arahan pembatalan persidan...
Aji Santoso Sifatkan Bambang Pamungkas Teladan Terbaik Buat Pemain Bola Sepak Indonesia

Aji Santoso Sifatkan Bambang Pamungkas Teladan Terbaik Buat Pemain Bola Sepak Indonesia

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 286 hits
Jurulatih Persebaya Surabaya Aji Santoso menyifatkan sikap positif yang dipamerkan Bambang Pamungkas menjadikannya sebagai teladan terbaik buat semua pemain bola sepak di Indonesia Seperti dilaporkan pagi tadi pemain yang lebih dikenali den...
7 Filem Manusia Genius Terbaik Sepanjang Zaman

7 Filem Manusia Genius Terbaik Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 481 hits
Terdapat banyak lambakan filem di luar sana yang memaparkan tentang kisah manusia genius daripada seantero dunia Berbekalkan kepada sepotong ayat wajib iaitu berdasarkan kisah benar menjadikan itu sebagai ayat pelaris filem kisah bergenreka...
Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 815 hits
Sekarang sepertinya kejadian buruk atau kemalangan sering berlaku di atas jalan raya semasa pemanduan Kalau kita tengok video rakaman daripada dashcam kereta macam macam kejadian kan Harapnya ianya tidak akan berlaku terhadap kita selama ki...
Gerhana Matahari Cincin Mampir Ke Indonesia 26 Desember Nanti Lokasi Terbaik Ada Di 7 Provinsi Ini

Gerhana Matahari Cincin Mampir Ke Indonesia 26 Desember Nanti Lokasi Terbaik Ada Di 7 Provinsi Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 408 hits
Jangan sampai kelewatan gerhana matahari cincin kali ini Gerhana selanjutnya masih tahun 2031 lho
Terbaik La Uncle Pak Cik Ini Sanggup Turun Kereta Tutup Jalan Berlubang

Terbaik La Uncle Pak Cik Ini Sanggup Turun Kereta Tutup Jalan Berlubang

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 318 hits
Tidak susah untuk membuat kebaikan dari sekecil kecil perkara sebenarnya Kadang kadang perkara yang kita anggap kecil sebenarnya mampu memberi makna yang besar kepada orang lain Tindakan seorang pakcik turun dari keretanya untuk menutup lub...
Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

Kerajaan Failed Or Passed Kita Ada Pakar Rujuk Terbaik

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 314 hits
Tidak ada pakar yang lebih baik selain merujuk kepada najib Jika tidak dapat hubungi naji boleh rujuk lokman adam Bab Islam rujuk blogger kotak luar mahkamah Serba Tahu dalam kandang serba tak tahu
Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Skor Dxo Sebanyak 123 Kamera Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Skor Dxo Sebanyak 123 Kamera Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 681 hits
https ift tt 38SlnMb Tahun 2019 semakin hampir ke penghujung dan takhta peranti dengan kemampuan kamera terbaik kini jatuh ke tangan Huawei Mate 30 Pro 5G Pihak DXOMark memberikan peranti ini 123 markah dua markah lebih tinggi berbanding pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt