Wajibkan Vaksin Bukan Penyelesaian Unicef Ingatkan Kerajaan


FMT Reporters Kerajaan diseru wajibkan vaksin dengan kemunculan semula campak dan difteria. (gambar AFP)
PETALING JAYA: Unicef, badan dunia yang melindungi hak kanak-kanak menegaskan, mewajibkan vaksin bukanlah cara terbaik menangani penyakit yang mengancam nyawa seperti campak dan difteria.

Marianne Clark-Hattingh, wakilnya di Malaysia memberitahu, pengalamannya menunjukkan tidak banyak bukti menunjukkan undang-undang mandatori memperbaik liputan perlindungan vaksin.

Peringatan ini sehari selepas Kementerian Kesihatan menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji cadangan dan gesaan menjadikan vaksin wajib, berikutan kematian budak lelaki berusia 2 tahun akibat difteria di Johor Bahru pada 21 Februari.

Dia tidak pernah diimunkan.

Lima lagi kanak-kanak, yang dilaporkan ada kontrak dengan mangsa, juga disahkan positif difteria dan dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sultanah Aminah.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan petugas itu akan dikepalai bahagian kawalan penyakit dan bahagian pembangunan kesihatan keluarga.

Dalam kenyataan hari ini, Clark-Hattingh bimbang dengan kemunculan kembali campak dan difteria di Malaysia dan peningkatan jumlah ibu bapa yang tidak mahu anak divaksinkan.

“Menghalang kanak-kanak yang tidak divaksin daripada memasuki sekolah adalah pelanggaran hak mereka mendapatkan pelajaran.

“Unicef berpendirian jika kanak-kanak dinafikan akses ke sekolah, maka kerajaan bertanggungjawab memastikan ada peraturan bagi kanak-kanak ini menerima pelajaran,” katanya.

Beliau menyokong usaha kerajaan mengiktiraf betapa pentingnya vaksinasi, namun mengingatkan tentang perlunya memahami alasan sebalik keengganan ibu bapa membenarkan anak divaksin.

“Kita perlu memahami mengapa ibu bapa enggan dan memberi mereka maklumat betul dan adakan kempen bersasaran.

“Kita juga perlu berhubung secara berterusan dengan pihak penjagaan kesihatan untuk memperbaiki komunikasi dengan pelanggan.

“Kepentingan seorang kanak-kanak dipenuhi apabila ibu bapa dan penjaga bertindak melindungi kanak-kanak daripada penyakit berjangkit melalui vaksinasi berdasarkan keputusan yang dimaklumkan atau digerakkan oleh tindakan dan campurtangan tanpa paksaan,” katanya.

Unicef juga menggesa pekerja kesihatan swasta dan awam memastikan setiap kanak-kanak dalam setiap komuniti disuntik vaksin.

“Malaysia sebagai penandatangan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak bertanggungjawab memberi kanak-kanak penjagaan kesihatan dan pelajaran terbaik,” katanya.

Unicef pernah memberi amaran mengenai peningkatan kes campak di seluruh dunia.

Katanya, 98 negara melaporkan lebih banyak kes campak pada 2018 berbanding 2017. Ini menghakis kemajuan terhadap penyakit yang mudah dielak tetapi sangat berbahaya itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/wajibkan-vaksin-bukan-penyelesaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Tiada Hasrat Wajibkan Suntikan Vaksin Sebagai Syarat Untuk Bersekolah Maszlee

Kpm Tiada Hasrat Wajibkan Suntikan Vaksin Sebagai Syarat Untuk Bersekolah Maszlee

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 330 hits
SERDANG Kementerian Pendidikan tidak berhasrat mewajibkan suntikan vaksin sebagai syarat kepada murid untuk bersekolah Menterinya Dr Maszlee Malik berkata ini sejajar dasar kementerian yang mahu memastikan semua kanak kanak mendapat akses p...
Cadangan Wajibkan Vaksin Imunisasi Akan Dibawa Ke Kabinet Menteri

Cadangan Wajibkan Vaksin Imunisasi Akan Dibawa Ke Kabinet Menteri

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 341 hits
Foto The StarKementerian Kesihatan akan membentang cadangan dan dasar untuk mewajibkan vaksin imunisasi Loading Saya akan bawa perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Jika dipersetujui kita akan panjangkan ke Kabinet kata menterinya Datuk ...
Tidak Relevan Kerajaan Ph Akan Kaji Semula Gaji Minima Rm1100 Kerana Terlalu Tinggi Menteri

Tidak Relevan Kerajaan Ph Akan Kaji Semula Gaji Minima Rm1100 Kerana Terlalu Tinggi Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 690 hits
KOTA KINABALU Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih relevan bagi sektor tertentu kerana RM1 100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor Beliau berkata ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza b...
Gaji Minimum Ditetapkan Bn Terlalu Tinggi Kerajaan Ph Akan Kaji Semula

Gaji Minimum Ditetapkan Bn Terlalu Tinggi Kerajaan Ph Akan Kaji Semula

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 394 hits
KOTA KINABALU Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih relevan bagi sektor tertentu kerana RM1 100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor Beliau berkata ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza b...
11 Kebiasaan Hemat Keluarga Kerajaan Inggris Yang Patut Diteladani Banyak Harta Bukan Dalih

11 Kebiasaan Hemat Keluarga Kerajaan Inggris Yang Patut Diteladani Banyak Harta Bukan Dalih

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 293 hits
Memakai barang bekas asal masih layak udah sering diterapkan anggota keluarga kerajaan Inggris Kamu yang minimal sebulan sekali harus beli baju baru nggak malu
Sisi Negatif Bantuan Secara Tunai Dari Kerajaan

Sisi Negatif Bantuan Secara Tunai Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 325 hits
1 Suatu ketika dahulu kerajaan memberi banyak bantuan kepada rakyat dalam bentuk subsidi pukal di mana subsidi disekalikan dalam harga barang atau perkhidmatan 2 Antara contoh subsidi pukal dalam harga barang adalah subsidi minyak kenderaan...
Satu Lagi Aset Kerajaan Dijual Kepada Singapura

Satu Lagi Aset Kerajaan Dijual Kepada Singapura

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 428 hits
Kali ini Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta minggu lepas Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hak...
Kerajaan Akan Jatuh Miskin Jika Tol Dihapuskan Tun M

Kerajaan Akan Jatuh Miskin Jika Tol Dihapuskan Tun M

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 366 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengambilalihan konsesi tol ketika ini bakal merencatkan perancangan pembangunan la in kerana akan menyebabkan kerajaan kekurangan dana Sehubungan itu Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat melaksanakan...
Baru 8 Bulan Rakyat Diminta Bersabar Dengan Kerajaan Ph

Baru 8 Bulan Rakyat Diminta Bersabar Dengan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof meminta rakyat bersabar dan memberi sedikit ruang kepada kerajaan baharu untuk menunaikan janji janji yang dibuat pada PRU14 lalu Jelas Mohd Redzuan lagi ini kerana ker...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man