Wajarkah Pbt Mansuh Sepenuhnya Mesin Bayaran Parkir


azrulhakimie Penggunaan mesin bayaran berakhir pada 30 September lepas KUALA LUMPUR – Mulai 1 Oktober, warga kota perlu membuat pembayaran parkir menggunakan aplikasi mudah alih susulan pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memansuhkan penggunaan mesin parkir di bahu-bahu jalan.
Susulan pengumuman itu, orang ramai boleh menggunakan aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir pada 30 September lepas.
Dengan pelaksanaan itu, DBKL menjadi antara pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terawal memansuhkan sepenuhnya pembayaran secara mesin dan beralih kepada gelombang digital yang dilihat memberi manfaat kepada semua pihak.
Selain menjimatkan masa, segala urusan harian seperti pembayaran bil, perbankan, pesanan makanan dalam talian menggunakan telefon pintar turut boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Namun, pengumuman yang dibuat sehari sebelum pelaksanaan itu mengundang pelbagai reaksi warga kota, termasuk ada yang meminta supaya diberikan tempoh percubaan sebelum melaksanakan sepenuhnya kaedah pembayaran normal baharu itu.
Ada juga yang mengutarakan kebimbangan kepada golongan yang tiada telefon pintar dan tidak kurang juga yang mengeluh sebab perlu pasang pelbagai e-Wallet dalam telefon pintar.
Tidak ketinggalan, ramai yang mempersoalkan aplikasi ‘Jom Parking’ tiada dalam senarai aplikasi mudah alih DBKL sehinggakan ada yang buntu terhadap sistem ‘refunding’ kerana masih mempunyai baki akaun yang agak banyak.
(Aplikasi Jom Parking diperkenalkan beberapa tahun lepas bagi memudahkan pembayaran dalam talian untuk pengguna tempat letak kereta di bahu jalan yang dikendalikan oleh DBKL).
Malah, beberapa wakil rakyat di ibu kota dari DAP dan PKR turut meminta agar DBKL mempertimbang agar tidak mengenakan saman kepada pengguna tempat letak kereta bahu jalan dalam tempoh sebulan ini.
Dalam satu kenyataan bersama selepas pengumuman itu, mereka memaklumkan arahan terbaharu itu pasti memberi kesan kepada pengguna yang perlu bertukar daripada aplikasi lama kepada baharu, termasuk isu baki akaun Jom Parking yang perlu dipindahkan atau dipulangkan kepada pengguna.
‘Bagai cacing kepanasan’, begitulah reaksi terhadap pengumuman itu oleh kebanyakan warga kota yang hampir setiap hari memandu di dalam kesibukan kota dengan kesesakan lalu lintas seterusnya terpaksa berhadapan dengan isu parkir.
Dalam kesibukan berhempas pulas pergi dan balik dari tempat kerja serta kesukaran untuk mencari petak parkir kosong sebelum masuk ke pejabat, mesin parkir yang tidak berfungsi dan kurang mesra pengguna antara cabaran yang terpaksa dihadapi kebanyakan warga kota hampir setiap hari.
Apa tidaknya, penulis sendiri pernah banyak kali menghadapi situasi ini, apabila kesemua mesin pembayaran parkir rosak dan terpaksa menanggung surat saman yang dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa akibat meninggalkan kenderaan di petak parkir tanpa bayaran.
Ramai warga kota yang merungut berhubung mesin pembayaran parkir yang tidak mesra pengguna apabila begitu sukarnya untuk menekan butangnya ataupun mesin yang hanya menerima duit syiling serta kad Touch n Go.
Malah, ada mesin pembayaran dibiarkan rosak tanpa dibaiki walaupun sudah berkali-kali aduan dibuat kepada PBT namun masih tidak diendahkan sehingga menimbulkan kemarahan warga kota apabila mereka diberi saman kompaun.
Selebriti Azwan Ali yang dikenali Diva AA, telah beberapa kali merungut kepada DBKL menerusi video media sosialnya apabila menghadapi situasi yang sama.
Ada sebabnya mengapa DBKL memansuhkan mesin parkir secara manual, selain terpaksa menanggung kos tinggi untuk membaiki dan menyelenggara mesin-mesin itu, ia secara tidak langsung memudahkan warga kota untuk membayar menerusi sistem pembayaran digital baharu.
Dengan pelaksanaan sistem pembayaran parkir secara digital itu yang semestinya memberi keselesaan untuk pembayaran parkir namun ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Kebanyakan PBT seperti Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) memperkenalkan pembayaran secara aplikasi dalam talian seminggu sebelum pelaksanaannya.
Walaupun pihak berkuasa tempatan mengumumkan akan melaksanakan sistem pembayaran aplikasi itu, namun pengguna terutama warga emas atau individu yang tidak mempunyai telefon pintar masih diberi pilihan untuk menggunakan mesin parkir ataupun kupon gores.
Tempoh seminggu itu juga diberi bagi memberi mereka masa untuk mempelajari penggunaan aplikasi pembayaran secara mudah alih yang baharu.
Pengguna perlu diberi pilihan untuk membayar tiket parkir dan pada masa yang sama diberi masa menyesuaikan diri dengan normal baharu dan membuat pembayaran menerusi aplikasi mudah alih.
Mungkin ada hikmah di sebalik penggunaan aplikasi mudah alih secara sepenuhnya oleh DBKL, jika ada yang berasa ia sangat membebankan, mereka boleh menaiki pengangkutan awam untuk pergi dan balik dari tempat kerja.
Ia bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan warga kota, malah ia dapat mengurangkan jumlah pengeluaran karbon yang dikeluarkan oleh kenderaan persendirian lebih-lebih lagi apabila memandu dalam kesibukan ibu kota.
Kemudahan itu juga dilihat sangat mesra Orang Kelainan Upaya dan warga emas, selain tambang yang jauh lebih murah untuk golongan itu menaiki pengangkutan awam.
Lagipun, inisiatif kerajaan memperkenalkan pas perjalanan RM30 sebulan sejak Jun lepas menerusi program MY30 turut menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam tanpa had sehingga Disember ini, sekali gus meringankan beban mereka.
Kerjasama antara DBKL dan Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG) dalam mencapai sasaran di bawah Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 yang termeterai pada Oktober 2019 dilihat dapat dilaksanakan sekiranya warga kota memilih untuk menaiki kenderaan awam, berjalan atau berbasikal di sekitar ibu kota.
Oleh itu, kaedah alternatif bagi mereka yang tiada telefon pintar ataupun berasa sukar untuk menggunakan aplikasi pembayaran parkir adalah memanfaatkan kemudahan pengangkutan awam di sekitar ibu kota bagi mengurangkan kesesakan seterusnya menjimatkan masa perjalanan.
Sementara itu, mengenai isu keselamatan tempat letak kereta di Kuala Lumpur, DBKL harus menyingkirkan ulat parkir yang mengutip bayaran untuk meletak kenderaan daripada pemandu kenderaan pada waktu siang atau malam.
Tidak ada papan tanda atau meter tempat letak kereta untuk menunjukkan sama ada tempat letak kereta itu milik peribadi atau awam dan pemandu kenderaan diminta untuk menganggap bahawa ulat parkir itu dilantik oleh DBKL untuk memungut bayaran tempat letak kereta.
Ketiadaan kamera litar tertutup di tempat letak kenderaan awam juga mengundang penjenayah dan perompak menyamun pemandu kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di sana.
Adalah wajar sekiranya PBT terutamanya DBKL mempertimbang untuk memasang lebih banyak CCTV di parkir-parkir awam kendaliannya, terutamanya di kawasan gelap dan belakang lorong. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/wajarkah-pbt-mansuh-sepenuhnya-mesin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelacuran Artis Kelas Atasan Bayaran Rm20 Rm40 Ribu Chacha Maembong Buat Laporan

Pelacuran Artis Kelas Atasan Bayaran Rm20 Rm40 Ribu Chacha Maembong Buat Laporan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 701 hits
Kuala Lumpur Pelakon Chacha Maembong membuat laporan di Balai Polis Seremban Negeri Sembilan ekoran dakwaan mengaitkan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20 000 sehingga RM40 000 untuk satu malam La...
Majikan Tidak Boleh Paksa Guna Al Bayaran Gaji Seperti Biasa

Majikan Tidak Boleh Paksa Guna Al Bayaran Gaji Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 302 hits
M Update 22 10 2020 Majikan tidak boleh memaksa dan mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ma...
Betul Ke Zaman Ph Isteri Mb Dapat Bayaran Bulanan Sebanyak Rm20k

Betul Ke Zaman Ph Isteri Mb Dapat Bayaran Bulanan Sebanyak Rm20k

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 167 hits
Mengikut rekod pembayaran oleh Menteri Besar Kedah Incorporated di zaman PH jadi kerajaan isteri kepada Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir telah menerima bayaran bulanan sebanyak RM20 000 00 Isteri kepada MB sememangnya telah mendapat beberap...
Tukang Masak Maut Tersepit Dalam Mesin Pengisar

Tukang Masak Maut Tersepit Dalam Mesin Pengisar

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 248 hits
AMPANG Seorang tukang masak maut akibat tersepit dalam mesin pengisar di sebuah rumah di Taman Keramat di sini hari ini Wanita warga Indonesia berusia 40 an itu meninggal dunia kerana kecederaan parah di badan Ketua Zon 4 Hulu Langat Pengua...
Ganjal Mesin Atm 4 Pelaku Di Bandung Raup Uang Puluhan Juta Rupiah

Ganjal Mesin Atm 4 Pelaku Di Bandung Raup Uang Puluhan Juta Rupiah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 316 hits
Empat pelaku pencurian modus ganjal mesin ATM di Bandung berhasil ditangkap anggota Satuan Reserse Kriminal Polrestabes Bandung Kedua pelaku ditembak lantaran melawan petugas
Beli Mesin Basuh Baru Yey

Beli Mesin Basuh Baru Yey

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 465 hits
Assalamualaikum TENGAH sibuk kerja tetiba dapat call dari Iman tanya pasal mesin basuh Bonda nak mesin berapa kilo babah nak belikan ni Rupa rupanya dua beranak tu dah meronggeng ke bandar cari mesin basuh baru huhu Pak Inche yang selama Sk...
Black Decker Gl300 Grass Trimmer Gl300 Ada Rumput Karpet Mesti Ada Mesin Rumput

Black Decker Gl300 Grass Trimmer Gl300 Ada Rumput Karpet Mesti Ada Mesin Rumput

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 700 hits
assalamualaikum salam sejahtera nak kongsi kegembiraan gajet laman untuk mesin rumput sekarang halaman dah berumput karpet maka wajiblah beli mesin rumput dah pun 2 kali gunakan utk mesin rumput 2 bulan sekali je previously sebelum tanam ru...
Bila Kucing Yang Kau Sayang Rosakkan Mesin Basuh Nak Belasah Tak

Bila Kucing Yang Kau Sayang Rosakkan Mesin Basuh Nak Belasah Tak

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 565 hits
Assalamualaikum BAGI pencinta kucing kucing memang boleh menghiburkan bila kita di rumah Ibaratnya macam orang ada anak kecik atau atuk dengan cucu ada saja keletah mereka yang boleh buat kita ketawa tapi jangan tataw di sebalik semua itu a...
Bayaran Hingga Rm40 000 Satu Malam Artis Instafamous Terlibat Dalam Pelacuran Orang Kaya

Bayaran Hingga Rm40 000 Satu Malam Artis Instafamous Terlibat Dalam Pelacuran Orang Kaya

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 1259 hits
Hari ini satu topik baharu menjadi perbualan bila Utusan Malaysia telah mengeluarkan laporan yang mendakwa terdapat segelintir golongan artis dan Instafamous yang terlibat dalam sindiket pelacuran Mereka juga dikatakan hanya memuaskan nafsu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat