Wajar Nilai Buruk Jual Arak


 Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Syed Johan Rizal Syed Unan Mashri PETALING JAYA: Kerajaan perlu menilai keburukan menerusi penjualan minuman keras berbanding kelebihan bakal diterima rakyat apabila aktiviti itu boleh merosakkan masa depan anak muda kerana menyebabkan ramai nyawa korban dan perpecahan institusi masyarakat.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, aktiviti minuman keras tidak memberi sebarang impak positif terhadap imej tanah air di peringkat antarabangsa, malah menjejaskan maruah negara mempunyai majoriti rakyat beragama Islam. 
“Kita semua pastinya tahu Malaysia dikenali di serata dunia kerana martabat Islam yang tinggi namun kekal progresif sebagai negara terdiri pelbagai kaum. Tetapi amat dikesali kini arak menjadi tanda aras untuk dikenali di mata dunia dan lebih menyedihkan pengiktirafan ini tidak memberikan sebarang impak kepada imej negara di mata dunia.
“Kerajaan justeru itu perlu menilai kelebihan diperoleh berbanding kemudaratan yang diterima rakyat Malaysia. Jika hanya kelebihan ekonomi dijadikan ukuran, lihat juga kesan kerugian dialami apabila arak mendatangkan musibah kepada anak muda dan umum diketahui ianya punca ramai nyawa terkorban serta keluarga berantakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu merujuk iklan sejenis arak buatan tempatan diberi nama ‘Timah’ yang memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah sehingga mencetuskan polemik dan bantahan orang ramai dan parti politik.
Dalam pada itu, Syed Mohd. Johan Rizal memberitahu, Pemuda UMNO berpandangan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus sentiasa peka terhadap setiap kelulusan penjenamaan dan strategi pemasaran yang menyentuh sensitiviti kepelbagaian kaum dan agama khususnya umat Islam.
“Mengikut rekod,  syarikat pengeluar arak ini bukan lah pertama kali memenangi anugerah antarabangsa. Malah, sebelum jenama Timah, sudah wujud arak jenis Vodka keluaran syarikat ini yang juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Kini timbul pula nama Timah dan spekulasi gambar lelaki di atas botol arak tersebut hingga menimbulkan pelbagai kontroversi. Ada yang menyatakan nama Timah mempunyai tradisinya yang tersendiri dan ada juga menyatakan penggunaan gambar itu seolah-olah mengiktiraf peranan British memperkenalkan arak jenis ‘spirit’ daripada era kolonial Malaysia,” jelasnya.
Beliau berkata, Pemuda UMNO mahu isu ini perlu diselesaikan secara tuntas agar kemelutnya dapat diatasi dengan segera. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/wajar-nilai-buruk-jual-arak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penguatkuasaan Larangan Jual Arak Di Kedai Runcit Serbaneka Diketahui 30 Okt

Penguatkuasaan Larangan Jual Arak Di Kedai Runcit Serbaneka Diketahui 30 Okt

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 338 hits
Larangan menjual minuman keras di kedai ubat Cina runcit dan serbaneka di Kuala Lumpur sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Okt lalu PETALING JAYA Tarikh untuk menguatkuasakan larangan menjual minuman keras di kedai ubat cina runcit dan serban...
Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang Kecewa Arak Jenama Timah Penghinaan Kepada Umat Islam

Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang Kecewa Arak Jenama Timah Penghinaan Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 685 hits
GEORGETOWN Tindakan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah tidak wajar serta penghinaan kepada umat Islam Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata amat mengecewakan apabila pihak pengeluar arak berkenaan menamaka...
Untungnya Beli Emas Boleh Jual Beli Waktu Terdesak Pakai Lasak Pun Nilai Ikut Harga Semasa

Untungnya Beli Emas Boleh Jual Beli Waktu Terdesak Pakai Lasak Pun Nilai Ikut Harga Semasa

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 567 hits
Sebut sahaja emas mak mak mulalah rambang mata Tak tahan kepanasan bila melalui kedai emas Pun begitu ada juga dikalangan kita yang tidak berapa gemar membeli emas Terpulang kepada citarasa masing masing Namun emas bukan hanya cantik bahkan...
Operasi Pantai Stulang Laut Elak Jadi Lokasi Minum Arak

Operasi Pantai Stulang Laut Elak Jadi Lokasi Minum Arak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 309 hits
JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru akan melakukan operasi bersama pihak polis untuk memastikan kawasan Pantai Stulang Laut di sini yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah tidak menjadi lokasi aktiviti minum minuman ar...
Fikir Dulu Sebelum Beri Lesen Tambahan Arak Judi Ternakan Babi

Fikir Dulu Sebelum Beri Lesen Tambahan Arak Judi Ternakan Babi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 224 hits
Didik masyarakat jauhi arak dan perkara haram bukan sekadar Timah BANGI Sangat tidak wajar bagi sebuah negara Islam menjadi pengeluar minuman keras penternakan babi mahupun pusat judi terbesar di Asia Justeru sudah sampai masanya pihak berk...
Pas Harus Matang Urus Isu Arak

Pas Harus Matang Urus Isu Arak

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 345 hits
Pemimpin tidak kira muslim atau non muslim di negara ini bertanggungjawab mengawal penggunaan pembuatan dan perniagaan semua jenis benda yang boleh memabukkan atau menyebabkan hilang akal seperti arak atau dadah Ini kerana sesiapa sahaja ya...
Perkara Yang Lebih Penting Dilihat Adalah Siapakah Yang Memberikan Lesen Arak Tersebut

Perkara Yang Lebih Penting Dilihat Adalah Siapakah Yang Memberikan Lesen Arak Tersebut

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 476 hits
Fikir dulu sebelum beri lesen tambahan arak judi ternakan babiSangat tidak wajar bagi sebuah negara Islam menjadi pengeluar minuman keras penternakan babi mahupun pusat judi terbesar di Asia Justeru sudah sampai masanya pihak berkuasa berfi...
Amanah Happy Dapat Untung Politik Dapat Laba Isu Arak Timah

Amanah Happy Dapat Untung Politik Dapat Laba Isu Arak Timah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 365 hits
Sepatutnya AMANAH menjuarai isu ini kenapa perlu tunggu PAS kenapa perlu utamakan kritik PAS Apakah AMANAH merestui dan mengalu ngalukan arak timah
Arak Timah Usaha Normalisasi Minuman Keras Di Malaysia

Arak Timah Usaha Normalisasi Minuman Keras Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 208 hits
Tindakan biadab pengusaha minuman keras menamakan produk keluaran mereka sebagai Timah merupakan satu usaha untuk menormalisasikan arak di negara ini Usaha licik ini wajar dikekang habis habisan oleh pihak berkuasa dalam memastikan nama bai...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam