Wajah Lebih Cantik Berseri Dengan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream



WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Assalamualaikum. Hai.. Wajah yang bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tipulah kalau kata tak nak kan. Sebagai seorang wanita yang berkerja, selain memiliki wajah yang bersih, Cik Rose pun nak juga tampil berseri ke tempat kerja. Wahh gitu,. Naluri biasa seorang wanita lah kan.

Sebelum ke tempat kerja, mestilah nak  make up sikit kan. Tapi, bukan mudah nak make up pagi-pagi. Banyak cabarannya. Masa. Ya, masa selalu mencemburi Cik Rose. Hihi. Nak bersiap, step by step tu makan masa. Sekali, tengok jam. Eh tak sempat!
Mana taknya, lepas cuci muka, mesti pakai toner. Pakai serum, pakai moisturizer, sunscreen. Pakai primer, krim wajah, foundation, dan step seterusnya. Eh berapa banyak ni. Memang kalut sikit, kalau terbangun lewat. Alamatnya memang tak make up.

Cik Rose ada Nampak beberapa orang rakan pakai CC Cream dari Hansaegee, iaitu Gold Nano CC Cream. Emm macam menarik jer. Betul ke best ni? Betul ke wajah Nampak glowing ni?




HANSAEGEE NATURE

Hansaegee Nature adalah jenama kecantikan penjagaan kulit yang ditubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia dan semua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dan selamat.

Bila dapat tahu ianya dari Korea. Terus tersenyum lebar Cik Rose. Nak tahu kenapa? Sebab kebanyakan barangan penjagaan wajah Cik Rose sekarang ni memang buatan Korea. Kulit Cik Rose dah sesuai dengan barangan Korea, mungkin kerana terlalu mencintai drama-drama Korea. Eh tiber.. hihi.






Apa yang menarik, CC Cream ni bebas dari sumber haiwan , paraben - free , sulfate - free , dan alcohol-free . Kandungan utama CC Cream ni adalah Mineral Water yang akan mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga menganjalkan kulit wajah. Eh menarik ni. Siapa tak nak kulit lebih anjal kan.

Juga mengandungi Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract berfungsi mengelakkan iritasi kulit dan juga anti-bakteria. Selain itu, ada juga Nano Gold yang berfungsi melambatkan kesan penuaan,  melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.

Teruja tak dengar kandungan CC Cream ni? Part yang paling best bagi Cik Rose, ia mengandungi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++. Jadi, Cik Rose tak perlu risau sangat jika perlu melakukan aktiviti luar.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

·        Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
·        Meminimumkan penampilan pori
·        Mencerahkan kulit
·        Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
·        Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
·        Menjadikan wajah kita glowing dan melicinkan kulit.





Tekstur Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
Kalau korang tengok betul-betul, akan nampak krim ni berwarna putih. Namun, di dalamnya ada molekul-molekul berwarna coklat/kelabu.





Cc cream ini juga mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Korang akan dapat rasakan perbezaan antara cc cream dan bb cream tau. Pakai cc cream ni, rasa macam tak pakai apa pun. Lagi satu,  ia bertindak menyamaratakan tona wajah.


Tengok krim warna putih, mesti korang takut nak pakai. Sebab bimbang muka jadi putih atau kelihatan kelabu kan. Eh jangan begitu. Magiknya cc cream ni, ia berubah warna tau. Mula-mula memang putih, tapi bila korang blend, ia berubah ke warna coklat/ seakan merah jambu.

Bila di ratakan di wajah, ia akan mengikut tona wajah korang. So, tak adalah jadi kelabu asap kan. Korang boleh tengok gambar di bawah ni :






Siapa yang ada masalah liang pori terbuka? Kalau tak pakai based yang betul, pakai make up pun akan nampak tau pori-pori tu. Tak rata jadinya. Cik Rose sendiri ada masalah tersebut.

Korang boleh tengok perbezaan bila pakai cc cream ni. menutup liang pori dan cela dan akan nampak lebih licin dan flawless .


Cara Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC CreamSenang sangat. Cuma perlu apply krim di wajah. Guna jari je uols. Kemudian ratakan dengan lembut di wajah. Korang kenalah belai wajah sendiri. Jangan tenyeh kuat-kuat. Rosak muka nanti. Hihi. Masa awal korang sapu, korang nampak kulit akan sedikit cerah. Jangan risau, terus ratakan di wajah. Ia akan menyamaratakan tona wajah korang dan mengikut warna kulit korang. So, tak ada masalah muka cerah, tangan gelap kan.





Korang boleh Nampak kan perbezaan di wajah Cik Rose kalau pakai cc cream dengan yang tak pakai cc cream ni? Nampak lebih flawless gitu kalau pakai. Nampaknya memang akan Cik Rose bawa ke mana-mana sahaja lepas ni.


Apa yang buat Cik Rose suka sangat pakai cc cream ni, ia buatkan wajah tampak berseri dan tidak bercapuk. Itu penting tau. Sesetengah krim akan membuatkan wajah kita terlalu cerah atau menjadi kelabu tau. Tapi, jangan risau, ia tak berlaku jika korang pakai cc cream ni. Wajah akan nampak natural, seolah-olah itulah tona wajah Cik Rose yang sebenar.

Jom tengok video yang sempat Cik Rose hasilkan. Saja nak tunjuk cara pakai Cc Cream ni, dan juga tunjuk hasilnya:



Kalau korang tak cukup masa, cukup pakai cc cream ni dan loose powder je. Pun dah nampak cantik. Tapi, untuk yang suka bermake up, boleh jadikan ia sebagai primer juga. Cik Rose ni sebelum pakai foundation, akan pakai cc cream ni dulu. Lagi tahan lama make up kita tu tau. Dan kalau pakai pula eyeshadow, lagi nampak menyerlah. Boleh tengok perbezaannya di bawah :





Kan Cik Rose cakap yang kalau kita pakai cc cream ni, wajah nampak lebih fresh, flawless dan glow. Korang jangan pula risau. Ia tak berminyak tau. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kadang-kadang seram dengan sesetengah produk yang cakap boleh glowing kan muka. Tapi, akhirnya bukan glow. Berminyak jadinya. Sedih kan.

Sepanjang tempoh penggunaan Cik Rose, wajah ok jer. Tak ada alahan atau timbul jerawat kecil. Wajah ik Rose ni kadang-kadang sensitive juga. Kalau tak sesuai, akan naik jerawat kecil-kecil tu. Ish tu yang risau nak mencuba produk baru.

Tapi, dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , wajah Cik Rose ok jer. Tak nampak sebarang masalah. Memang akan jadi bff lah ni. Hari-hari mesti nak pakai. Hihi.




Korang memang kena cuba. Baru tahu kebaikannya bila dah cuba sendiri kan. Dan Cik Rose yakin korang pun akan jatuh cinta dengan cc cream ni. Sekarang ni, hari-hari mesti nak pakai. Sebelum ke tempat kerja, pakai Cc Cream ni dulu. Tahan lama di wajah. Tak nampak berminyak di wajah. Don't worry ya.

Selit je dalam beg make up. Saiznya memang praktikal. Muat je letak dalam handbag korang.




Harga?
RM128 untuk 50ml. Memang berbaloi. Ianya tahan lama. Sebab cukup jika kita oleskan sedikit sahaja setiap kali pemakaian. Tak perlu sapu  tebal-tebal. Tahan lama tau, dalam 4 hingga 6  bulan Cik Rose rasa. Dengan harganya yang sedimikian dan kebaikan pada cc cream ni, Cik Rose puas hatilah. 





Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke :

Hansaegee Nature 

Website : www.hansaegee.com/shop
IG : www.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/04/wajah-lebih-cantik-berseri-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nescaf Gold Perlihatkan Wajah Dan Konsep Baharu

Nescaf Gold Perlihatkan Wajah Dan Konsep Baharu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 501 hits
NESCAF GOLD Perlihatkan Wajah dan Konsep BaharuKUALA LUMPUR 9 APRIL 2019 Sebagai jenama kopi terkenal dan digemari di dunia NESCAF sentiasa komited untuk kekal relevan dalam kehidupan pengguna dengan mencipta detik detik indah yang menjadi ...
Pengalaman Jerawat Merah Selepas 2 Minggu Penggunaan Pencuci Muka Aloe Hansaegee Nature

Pengalaman Jerawat Merah Selepas 2 Minggu Penggunaan Pencuci Muka Aloe Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 480 hits
Assalamualaikum Hai Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser Teringat pulak dulu waktu sekolah rendah selalu dok amik aloe vera dekat belakang rumah untuk letak dekat muka Gigih walaupun tajam daun aloe vera tu tapi sebab mahukan bahan secar...
Nak Muka Kelihatan Berseri Sentiasa Cuba Amalkan Doa Penyeri Wajah Ini

Nak Muka Kelihatan Berseri Sentiasa Cuba Amalkan Doa Penyeri Wajah Ini

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 620 hits
Nak Muka Kelihatan Berseri Cuba Amalkan Doa Penyeri Wajah Ini Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu Kedua dua ayat pendek ini mengandungi ma...
Wajah Dan Konsep Baru Nescaf Gold

Wajah Dan Konsep Baru Nescaf Gold

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 336 hits
Korang dah tengok ke packaging baru NESCAF GOLD Ciktie baru perasan yang sekarang ini NESCAF GOLD dah bertukar kepada wajah dan konsep baru Dengan lambang keemasan dihasilkan daripada pemilihan biji biji kopi terbaik Arabica yang ditanam di...
Ini Loh Wajah Cantik Luna Maya Meski Belum Mandi

Ini Loh Wajah Cantik Luna Maya Meski Belum Mandi

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 398 hits
Pada sebuah foto yang diunggahnya di instagram Luna Maya mengaku belum mandi Meski begitu Luna tetap terlihat cantik Ia pun panen pujian dari warganet
Kenapa Timbalan Lebih Laju Dari Menteri

Kenapa Timbalan Lebih Laju Dari Menteri

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 436 hits
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF08 APRIL 2019RAMAI rakan rakan dari kalangan ahli akademik yang menyatakan rasa terkejut mereka bila membaca kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching bahawa kementeriannya akan membincangkan kedudukan empat...
Tsmc Melengkapkan Rekaan Cip 5nm Bakal Hadir Dengan Prestasi Lebih Baik Berbanding Cip 7nm

Tsmc Melengkapkan Rekaan Cip 5nm Bakal Hadir Dengan Prestasi Lebih Baik Berbanding Cip 7nm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 370 hits
Tidak lama dahulu kami ada melaporkan bahawa iPhone pada tahun 2020 dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan 5nm keluaran TSMC Nampaknya syarikat tersebut baru sahaja melengkapkan rekaan cip pemprosesan 5nm tersebut dikala banyak syarikat...
Mahathir Akan Lebih Hebat Garang Bila Dicabar Mukhriz

Mahathir Akan Lebih Hebat Garang Bila Dicabar Mukhriz

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan menjadi lebih hebat dan garang apabila dicabar kata Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir Mukhriz berkata usaha pihak tertentu memburukkan Pakatan Harapan dalam isu meratifikasi Statut Rom Mahkamah Je...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord