Wajah Konsep Baharu Nescaf Gold


Sebagai jenama kopi terkenal dan digemari di dunia, NESCAFÉ sentiasa komited untuk kekal relevan dalam kehidupan pengguna dengan mencipta detik-detik indah yang menjadi kenangan menerusi kopi selama lebih 80 tahun di Malaysia.
Dengan demikian, jenama antarabangsa ini telah memperlihatkan wajah dan konsep baharu untuk rangkaian NESCAFÉ GOLD di The Square, Publika, seterusnya mengukuhkan daya tarikan, keaslian dan keterbukaan, bagi memastikan dan meneruskan kerelevanannya dengan pengguna.
NESCAFÉ GOLD terus dihasilkan secara teliti; daripada pemilihan biji-biji kopi Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih dengan rapi, untuk menjalani proses pemanggangan yang menerbitkan aroma dan perisa kopi terbaik. Proses ini menghasilkan adunan dan aroma yang menjadi lambang Keemasan dan perisa yang digemari oleh pengguna Malaysia. Pelancaran wajah baharu ini dipacu oleh komitmen jenama untuk memastikan produknya yang bermutu tinggi dihasilkan dengan teliti.
Untuk melengkapi pelancaran, NESCAFÉ telah mereka cipta sebuah kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD serba baharu yang bukan sahaja memberikan pengalaman yang merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi untuk detik-detik penting yang sangat bermakna kepada para pengunjung.
Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Inovasi yang kita lihat dalam perniagaan kopi adalah lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi; tumpuan lebih kepada pengalaman yang memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Inilah yang membuat pasukan NESCAFÉ bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk mengetengahkan tawaran serba baharu.”
Encik Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi NESCAFÉ, mengulas, “Sebagai jenama kopi runcit premium yang terkenal di negara ini, kami dengan bangganya memperkenalkan tawaran baharu ini daripada NESCAFÉ GOLD. Ia dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusan jenama. Ini menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempurna. Keseimbangan dan pembaharuan ini juga digambarkan dengan wajah baharu NESCAFÉ GOLD yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusannya yang menarik. Disertakan corak grafik Emas digilap yang lebih sederhana dan menarik; wajah baharu Tanda Pengenalan ini mencerminkan pengalaman minum kopi NESCAFÉ GOLD yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa.”
“Kami bukan sahaja menekankan kualiti produk yang kami cipta, tetapi juga hubungan dengan mereka yang bermakna dalam hidup kita. Kami memberikan perhatian kepada keperincian dalam setiap proses; supaya kami dapat mencipta detik-detik yang memberi pengalaman manis kepada anda. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan kami, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan. Ini termasuk kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjolkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna,” tambah Encik Chraibi.
Serentak dengan pelancaran itu, hadirin telah juga diperkenalkan kepada “NESCAFÉ GOLD experiential café”, membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopi yang unik dan lebih memahami kepakaran NESCAFÉ GOLD dalam seni pembuatan kopi.
Tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif seperti ‘Barista of the Day’ dengan Mesin Barista NESCAFÉ GOLD yang turut dipamerkan, untuk menyenangkan mereka membuat dan menikmati kopi gaya kafe di rumah dengan cara yang sangat mudah. Kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD ditempatkan di The Square, Publika hingga 14 April, sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, dari 19 April hingga 5 Mei untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya, dan seterusnya ke banyak lokasi lain pada minggu-minggu yang akan datang.
Nestlé Malaysia Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dengan seramai 328,000 orang kakitangan yang komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook Nestlé di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
The post Wajah & Konsep Baharu NESCAFÉ GOLD appeared first on CikMeow.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikmeow.com/wajah-konsep-baharu-nescafe-gold/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Instagram Berwajah Baharu

Instagram Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi Didoakan semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu Pagi ni check my Instagram IG Wahhh baru perasan IG berwajah baharu laaa Start bila Sem...
Polis Kurang Bersetuju Dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap

Polis Kurang Bersetuju Dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 234 hits
Menurut laporan Harian Metro Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berpendapat bahawa ia akan menyukarkan tugas mereka Akur dan menghormati peraturan tersebut Azisman berkata pihak polis tidak pe...
Abaikan Hutang Ptptn Kerana Kereta Baharu

Abaikan Hutang Ptptn Kerana Kereta Baharu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 306 hits
SUMBER Sikap peminjam yang mengutamakan pembelian kereta baharu berbanding melunaskan pinjaman antara yang dikesan dalam permohonan rayuan penangguhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata beli...
Sabah Mencari Pemain Import Baharu

Sabah Mencari Pemain Import Baharu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 247 hits
Sabah mencari pemain import baharuTambadau Sabah akan memanfaatkan jendela perpindahan pemain yang mula dibuka 2 Mei untuk mendapatkan pemain import baharu Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Peter Anthony mengesahkan perkara...
Apa Beza Penggunaan Baharu Dan Baru

Apa Beza Penggunaan Baharu Dan Baru

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 355 hits
Akhir akhir ini ramai yang berasa keliru dengan penggunaan kata baru dan baharu Bukan sahaja dalam kalangan murid malahan para guru terutama mereka yang bukan daripada pengkhususan Bahasa Melayu turut sukar membezakannya Di sini diterangkan...
Dasar Kerajaan Baharu Sabah Terhadap Pati Gugat Keselamatan Sabah

Dasar Kerajaan Baharu Sabah Terhadap Pati Gugat Keselamatan Sabah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 260 hits
KOTA KINABALU Pelaksanaan dasar baharu kerajaan negeri berkaitan pemutihan pendatang asing tanpa izin melalui pendaftaran dan kebenaran penggunaan bot pam di kawasan perairan Sabah dilihat mengugat keselamatan di negeri ini PATI masalah Sab...
10 Fungsi Baharu Yang Hadir Pada Kemaskini Ios13 Bagi Pengguna Peranti Apple

10 Fungsi Baharu Yang Hadir Pada Kemaskini Ios13 Bagi Pengguna Peranti Apple

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 318 hits
Apple dalam acara tahunan WWDC hari ini telah mengumumkan iOS 13 yang menampilkan sejumlah kemas kini menarik Ia akan diedarkan di produk produk yang menyokongnya seawal September 2019 ini Tapi sebelum itu ini adalah 10 kemas kini menarik p...
Epal Amboi Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

Epal Amboi Ambrosia Dari New Zealand Inovasi Baharu Hidangan Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 519 hits
Amboi Ambrosia Lama tak jumpa Kemain Hehe Macam bersembang pula kita kan Hehehe Nama pun sedap dipanggil Siang tadi Ruby berksempatan ke acara pelancaran Amboi Ambrosia di Giant Kota Damansara
Pemerintah Matangkan Konsep One Way Pada Saat Arus Balik Lebaran 2019

Pemerintah Matangkan Konsep One Way Pada Saat Arus Balik Lebaran 2019

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 274 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan Budi Setiyadi mengaku tengah menyiapkan skema untuk arus balik Lebaran 2019 Menurutnya ini perlu diantisipasi mengingat waktu arus balik sendiri terhitung sangat pendek
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi