Wahai Yb Menteri Guru Tidak Berleter Kosong Ketika Perhimpunan


Maaf YB Menteri. Yang ini saya tidak setuju. Bahkan mustahil nak laksanakan.

Semalam, banyak portal berita berkongsi hal ini. Di mana Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan meminta semua sekolah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diideakan oleh IPG Ilmu Khas.

KENAPA SAYA TIDAK BERSETUJU? Kerana realitinya tidak seindah dan semudah yang YB lihat di IPG Ilmu Khas. Kami berhadapan dengan murid sekolah rendah dan menengah. Bukannya bakal guru yang cukup matang dan berdedikasi.

Bahkan, kata-kata YB sedikit mengguris hati guru-guru bila hal ini dikongsi dalam group guru yang dianggotai lebih 100k ahli. Apa yang mengguris hati?
Perkataan leteran. Seolah-olah selama ini guru hanya berleter kosong di tapak perhimpunan.

Guru tidak berleter kosong ditapak perhimpunan, YB. Guru memberi nasihat demi nasihat. Nasihat yang perlu diulang-ulang hampir setiap minggu. Kerana di hadapan kami adalah murid-murid yang belum pun matang fikirkan mereka.

Peringatan perlu diulang selalu supaya melekat dalam kepala. Agar flush tandas setiap kali guna, agar beratur semasa membeli makanan di kantin, agar tidak curi bekal makanan kawan, agar jangan minum air kawan tanpa izin, agar tidak sharp pensel di bawah meja, agar tidak korek hidung kemudian calit najisnya di bawah meja.

Begitu juga dengan peringatan disiplin. Medan perhimpunan adalah medan paling sesuai mengingatkan murid tentang peraturan yang mesti mereka patuh dan apa pula larangan semasa.

Perhimpunan juga sebagai medan bagi kami melancarkan segala program seperti Program Nilam, Minggu Anti Dadah, Bulan Kemerdekaan, Program Guru Penyayang, dan berpuluh-puluh lagi program yang KPM juga wajibkan sekolah buat.
Semasa melancarkan program, ada pula gimiknya supaya ia meriah dan murid suka. Ada lakonan, ada nyanyian, ada persembahan, ada kejutan. Dan itu semua memakan masa, YB.

Maka sebab itu saya kata, adalah mustahil untuk laksanakan perhimpunan dalam masa 10 minit seperti yang dicadangkan.

Untuk menyusun murid itu sahaja dah makan masa 5-10 minit. Belum kira memujuk murid tahun 1 yang tak nak ikut berbaris lagi, belum kira nak selesaikan murid mengadu dibaling batu, nak luruskan barisan pun dah satu hal pula.

Mereka anak-anak kecil yang masih tak tahu apa, YB. Bukan pelajar IPGM yang dah layak jadi emak orang, jadi ayah orang.

Selepas susun murid beratur, 3 buah lagu wajib perlu dinyanyikan. Lagu Negaraku, lagu Negeri, dan lagu sekolah. Agak-agak, kat situ dah makan masa berapa minit ya YB?

Selepas lagu, perlu ada ikrar pula. Ikrar sangat penting untuk rakyat sentiasa ingat tentang rukun negara dan memupuk sikap patriotik dalam diri. Dan pastinya itu pun akan memakan masa juga.

Takkan lepas ikrar murid bergerak masuk ke kelas terus? Tanpa apa-apa ucapan dari guru bertugas, tanpa peringatan dari guru disiplin dan tanpa amanat dari barisan pentadbir?

Maka di mana relevannya perhimpunan 10 minit ini? Pada saya, ianya langsung tak relevan. Sangat tidak relevan.

Alasan tak nak jadikan perhimpunan itu membosankan itu bagus. Sepatutnya rancanglah apa aktiviti yang menyeronokkan semasa murid di tapak perhimpunan.

Bukannya memendekkan masa perhimpunan menjadi 10 minit. Itu satu cadangan dan idea yang sangat tidak realistik dan hampir mustahil untuk dilaksanakan.

Saya sangat berharap, pihak IPG dan KPM sendiri meneliti semula cadangan ini dengan cermat.

Kerana berdasarkan bacaan saya, apa yang YB Menteri sebut itu sudah pun menjadi arahan.

Harap YB dapat pertimbangkan usul yang dibawa oleh guru biasa macam saya ini.

Sekian, terima kasih.

*****

Bacaan lanjut berita ini di link berikut :
https://bit.ly/2TGAgsZ

Sebarang komen dan diskusi ilmiah berkaitan dengan bidang pendidikan dialu-alukan diruangan komen ini. Namun jika ada komen berunsur politik, menghina, menyentuh isu tol dan sebagainya, komen itu akan di delete dan pengguna Fb itu akan di block.

Ini bukan artikel politik. Ini artikel pendidikan. Dan artikel ini adalah pandangan saya sebagai guru biasa, tidak mewakili sekolah saya bertugas, tidak juga mewakili daerah mahupun negeri. Harap maklum.

MFS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/wahai-yb-menteri-guru-tidak-berleter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

Pengguna Jalanraya Telupid Sandakan Kecam Menteri Parti Warisan Kerana Janji Kosong Mahu Baiki Jalan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 630 hits
Datuk Peter AnthonyPengguna jalan raya yang menghubungkan laluan daerah Telupid ke Sandakan di sini hari ini mengecam Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana dikatakan tidak mengotakan janji untuk memperbaiki jala...
Guru Tadika Tikam Murid Dengan Klip Kertas Kerana Tak Mahu Tidur

Guru Tadika Tikam Murid Dengan Klip Kertas Kerana Tak Mahu Tidur

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 654 hits
cDua guru tadika ditahan polis dan disoal siasat selepas didakwa sengaja mendera murid muridnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah tadika di bandar Xi an wilayah Shaanxi China lapor Daily Mail Menurut salah seorang ibu mangsa Pan berkata...
Hadiah Hari Guru 2019

Hadiah Hari Guru 2019

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 724 hits
Tempahan Hadiah Hari Guru 2019 sudah di buka Pasti ada yang tak percaya bila saya buat statement di atas Betullah tu Takkan saya nak tipu pulak Kalau tak percaya boleh melawat fanpage kami di Takkan melawat sahaja kot Klik lah like sekali t...
Pertukaran Guru Pertimbang Dahulukan Quot Guru Veteran Quot

Pertukaran Guru Pertimbang Dahulukan Quot Guru Veteran Quot

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 205 hits
SAUDARA PENGARANGMOHON Jabatan Pelajaran Kelantan dan seluruh Pejabat Pendidikan Daerah mengambil cakna dan prihatin kepada permohonan pertukaran guru di dalam dan luar daerah agar diberi pertimbangan sewajarnya Keutamaan kelulusan pertukar...
Jawatan Kosong Pembantu Perangkaan Di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019

Jawatan Kosong Pembantu Perangkaan Di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 465 hits
Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia 2019 Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta Jawatan Kosong Pembantu Perangkaan 2019Jawatan K...
Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred Wk41

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred Wk41

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 524 hits
Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41 Jawatan kosong ini melibatkan 80 kekosongan dan 150 bagi calon simpanan Rugi tak daftar Manalah tahu rezeki dapat jawatan tersebut Seperti yang kita sedia maklum jawatan Penguasa Kastam adalah jawata...
Sudah Diskusikan Dengan Menkeu Mendikbud Harap Gaji Guru Honorer Umr Berlaku 2019

Sudah Diskusikan Dengan Menkeu Mendikbud Harap Gaji Guru Honorer Umr Berlaku 2019

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 223 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan sudah berdiskusi dengan Menteri Keuangan terkait gaji para guru honorer yang akan disesuaikan Upah Minimum Regional Penerapannya diharapkan dapat segera diberlakukan pada 2019
Polis Buat Road Block Guru Besar Menangis

Polis Buat Road Block Guru Besar Menangis

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 704 hits
Baru baru ini YB kata saman tak ada diskaun dan mahu RM 300 YB kau duduk di bandar Kau nak kereta ada orang eskot sana dan sini Minyak pun kita rakyat bayar u tahu Gaji u pun kita bayar u tau BUKAN MAK BAPAK KAU BAYAR KAU Kamu bukan mentadb...
Setahun Sebagai Seorang Guru Sebagaimana Digambarkan Dalam Siri The Walking Dead

Setahun Sebagai Seorang Guru Sebagaimana Digambarkan Dalam Siri The Walking Dead

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 334 hits
Mengharungi setahun persekolahan kadang kadang dapat digambarkan seperti berperang dengan zombie Mujurlah murid murid ni tidak sekejam makhluk pemakan otak tersebut syukur Berikut kami cuba gambarkan bagaimana perjalanan setahun persekolaha...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri