Wabak Yang Tetap Memburuk Walau Dengan Sekatan Pergerakan Penuh


Andrew Ong
Jun menjadi bulan paling ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia di sebalik sekatan pergerakan penuh - dengan SOP yang lebih ketat - dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu.
Pada bulan ini sahaja, terdapat 2,374 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan. Ia hampir dua kali ganda angka kematian pada Mei (1,289 kes).
Secara purata, 80 orang meninggal dunia akibat wabak ini setiap hari, atau 3.3 kematian setiap sejam.
Angka ini tidak termasuk mereka yang meninggal dunia akibat komplikasi lain setelah sembuh daripada Covid-19.
Bulan ini juga menyaksikan 242 orang dijangkiti wabak Covid-19 yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Dengan kata lain, seorang daripada setiap 10 kes kematian Covid-19 meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.
Bilangan kluster aktif - yang mencapai jumlah tertinggi pada pertengahan Mei - terus meningkat sepanjang bulan ini.
Sesebuah kluster dianggap tamat selepas tiada kes baru berkaitannya selepas 28 hari.
Kluster-kluster ini dipantau oleh pengesan kontak yang bertujuan mengenal pasti dan melakukan ujian kepada kontak rapat kes positif.
Jumlah kluster aktif yang meningkat dan perlu dipantau akan menjejaskan usaha mengesan kontak rapat.
Walaupun dengan sekatan pergerakan penuh, lebih banyak kluster baru dikenal pasti berbanding bulan sebelumnya.
Sebanyak 656 kluster dikenal pasti sepanjang Jun - peningkatan 23 peratus daripada Mei (533 kluster).
Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mengongsikan perkembangan melibatkan setiap kluster.
Berdasarkan kemas kini terkini daripada KKM kebanyakan kes baru di Lembah Klang diklasifikasikan sebagai "kes rawak" dan bukannya berkaitan dengan kluster.
Pada Jun juga, di saat kebanyakan tempat kerja ditutup, kluster tempat kerja (425) meningkat dua kali ganda berbanding Mei (219).
Pada bulan ini, terdapat dua kluster tempat kerja bagi setiap kluster lain. Kadar nisbah kluster tempat kerja dengan kluster lain adalah 1.37 sejak Januari hingga Mei.
Bilangan pesakit Covid-19 yang perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) boleh dikatakan tidak berganjak sepanjang Jun, dengan purata 893 pesakit setiap hari.
Trend sama dapat dilihat di kalangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, dengan purata 447 pesakit setiap hari.
Angka ini tidak termasuk pesakit dalam ICU yang dikategorikan sebagai "disyaki" atau "berkemungkinan" dijangkiti wabak itu.
Bilangan sampel yang diambil daripada mereka yang disyaki positif pada Jun menurun 6.4 peratus daripada bulan sebelumnya.
Bilangan sampel yang dikumpul mencecah angka tertinggi pada akhir Mei dan awal Jun sebelum perlahan-lahan berkurang dalam minggu seterusnya.
Jumlah ini tidak sama dengan "ujian yang dibuat" dan bukan penentu langsung terhadap "kadar positif" kerana bukan semua sampel diuji pada hari sama.
Baca artikel ini untuk memahami lebih lanjut berkenaan kepentingan persampelan dan kadar positif.
 [Baca berita asal]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/wabak-yang-tetap-memburuk-walau-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelompok Baru Covid 19 Thailand Kuat Kuasa Semula Sekatan Pergerakan Mulai Isnin

Kelompok Baru Covid 19 Thailand Kuat Kuasa Semula Sekatan Pergerakan Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 283 hits
Images Orang ramai beratur untuk memeriksa suhu badan mereka sebelum memasuki Pasar Malam Ratchada Railway di Bangkok Thailand yang dibuka semula KONGSI ARTIKEL BANGKOK Thailand akan melaksanakan se
Kes Melonjak Bangladesh Lanjut Sekatan Pergerakan

Kes Melonjak Bangladesh Lanjut Sekatan Pergerakan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 284 hits
Kes melonjak Bangladesh lanjut sekatan pergerakan Bangladesh melanjutkan sekatan pergerakan hingga 14 Julai ini bagi mengatasi lonjakan kes COVID 19 Negara itu melaporkan 153 kematian akibat COVID 19 pada Ahad peningkatan harian terbesar se...
Viral Kamar Kos Driver Ojol Penuh Sampah Diduga Ada Kaitannya Dengan Hoarding Disorder

Viral Kamar Kos Driver Ojol Penuh Sampah Diduga Ada Kaitannya Dengan Hoarding Disorder

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 162 hits
Berawal dari bau tak sedap yang dikira mayat penghuni pun tak bisa dikontak oleh pemilik kos dan berakhir dibuka paksa
Keputusan Pkp Penuh Dilanjut Atau Ditamatkan Hari Ini

Keputusan Pkp Penuh Dilanjut Atau Ditamatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan berkaitan pelanjutan atau penamatan Perintah Kawalan Pergerakan penuh yang bakal berakhir 28 Jun ini hari ini Keputusan berkaitan perkara tersebut dijangka diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Isma...
Muhyiddin Sahkan Pkp Penuh Akan Tetap Diteruskan

Muhyiddin Sahkan Pkp Penuh Akan Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 231 hits
Muhyiddin sahkan PKP penuh akan tetap diteruskan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan penuh atau total lockdown akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4 000 kes Muhyiddin dipetik Bernama sebag...
Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 239 hits
Jumlah kes baharu pada setiap hari yang melebihi lima ribu menunjukkan bahawa strategi melawan Covid 19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan PN adalah gagal kata ahli Parlimen DAP Wong Shu Qi Ahli Parlimen Kluang itu berkata semenjak pelaksanaan...
Pkp Penuh Akan Diteruskan Pm

Pkp Penuh Akan Diteruskan Pm

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR Lockdown akan disambung sehingga kes Covid19 benar benar turun Gambar hiasanPETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan penuh tidak akan ditamatkan esok menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau b...
Presiden Turki Lancar Projek Penuh Kontroversi Terusan Istanbul

Presiden Turki Lancar Projek Penuh Kontroversi Terusan Istanbul

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 212 hits
KONGSI ARTIKEL ISTANBUL Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengambil langkah pertama dalam pembinaan sebuah terusan di bahagian barat Istanbul Menurut Encik Erdogan projek tersebut akan mewujudkan satu era kemakmuran y
Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 253 hits
Berikutan pelbagai kontroversi mengaitkan ahli politik kebelakangan ini ramai pihak meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pemimpin bersikap lepas tangan dengan masalah yang menimpa rakyat Mana tidaknya ramai yang dikhabarkan mem...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord