Wabak Pandemik Tanda Kiamat



Badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal dan paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia

⚫ Ingatan Nabi.

Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak

ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ

"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari

Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat

Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai

⚫ Taun: Pandemik.

Terdapat beberapa riwayat hadith Nabi yang mengingatkan penularan wabak taun sebagai sebahagian dari tanda hampirnya kiamat. Antaranya:
لم تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا

"Tidak zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun & kebuluran. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari mereka" - hr Ibnu Majah

Dalam hadith ini Nabi memberi ancaman ke atas masyarakat yang bangga melakukan dosa secara terang-terangan. Mereka akan ditimpa bala berupa wabak penyakit & kesusahan hidup

Perkataan 'taun' di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak dengan pantas. Ia mengancam semua orang. Pantasnya ia merebak, hingga manusia tidak sempat berubat melainkan hanya mampu mengambil langkah kuarantin sebagai kaedah pencegahan

Nabi turut mengingatkan bahawa wabak yang ditimpakan itu datang dengan versi-versi penyakit yang baharu. Ia belum pernah melanda generasi terdahulu.

⚫ Bertaubat Di Waktu Cemas.

Sememangnya Allah datangkan ujian yang dahsyat agar manusia merasa cemas lalu insaf kembali kepada Allah. Bala merupakan desakan dari Allah untuk manusia segera bertaubat. Allah berfirman:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, maka dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Allah menghilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali (lalai) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami" - Yunus 12

⚫ Inisiatif.

Menyedari penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib. Apa yang kita harapkan, kerajaan peka di tahap tertinggi dengan perkembangan ini

Nabi telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit . Baginda bersabda:
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

"Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim

Wabak berjangkit mudah merebak di tempat-tempat berkumpulnya manusia, termasuklah masjid. Perbanyakkanlah doa agar Allah merahmati kita & segera mengangkat bala ini

Abdul Mu'izz Muhammad
12 Mac 2020.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/03/wabak-pandemik-tanda-kiamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Kiamat Wabak Pandemik

Tanda Kiamat Wabak Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 503 hits
Lebih kurang 2 jam yang lalu badan antarabangsa World Health Organization telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik Pandemik diambil dari istilah Yunani Pan bermaksud semua Demos bermaksud orang Pandemik adalah peringkat waba...
Covid 19 Sudah Jadi Wabak Pandemik

Covid 19 Sudah Jadi Wabak Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 507 hits
WHO telah isytihar wabak COVID 19 adalah pandemikKetahui perbezaan dan maksud pandemik epidemik dan endemik Pandemik bukanlah perkataan yang boleh digunakan secara ringan atau tanpa perhatian Ia adalah perkataan yang jika disalahgunakan bol...
Who Isytihar Wabak Covid 19 Pandemik

Who Isytihar Wabak Covid 19 Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 449 hits
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID 19 sebagai pandemik bermakna penularan dan keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan Secara umum pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentas...
Tanda Tanda Kiamat Kecil Kebanyakannya Sudah Berlaku Hari Ini

Tanda Tanda Kiamat Kecil Kebanyakannya Sudah Berlaku Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 227 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Tanda tanda kiamat merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat Bermula dengan tanda tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda tanda besar Kita dapati bahawa seluruh tanda ...
Terkini Covid 19 Kini Diisytihar Sebagai Wabak Pandemik Who

Terkini Covid 19 Kini Diisytihar Sebagai Wabak Pandemik Who

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 721 hits
Koronavirus atau Covid 19 yang telah menyerang sekurang kurangnya 114 buah negara seluruh dunia dan meragut lebih 4 000 nyawa kini diisytiharkan secara rasmi sebagai pandemik seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia Pandemik...
Kena Lebih Peka Berjaga Jaga Kini Covid 19 Dikategorikan Sebagai Pandemik

Kena Lebih Peka Berjaga Jaga Kini Covid 19 Dikategorikan Sebagai Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 313 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengkategorikan situasi penularan COVID 19 sebagai pandemik Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua ...
Apa Maksud Sebenar Pandemik

Apa Maksud Sebenar Pandemik

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 694 hits
Apa Maksud Sebenar Pandemik The World Health Organization Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa wabak coronavirus CONVID 19 merupakan satu wabak yang dikategorikan sebagai PANDEMIK Apa Maksud Sebenar Pandemik Apak...
Who Isytihar Covid 19 Sebagai Pandemik Apa Itu Pandemik

Who Isytihar Covid 19 Sebagai Pandemik Apa Itu Pandemik

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 735 hits
Wabak COVID 19 semakin serius Sabam hari ada saja peningkatan kes yang baru dan kes kematian Setakat semalam virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118 000 orang di 114 negara dan meragut 4 291 nyawa setakat ini bahkan angka terbabit dijan...
Aaji Asuransi Bisa Mengcover Pasien Virus Corona Asal Belum Ditetapkan Pandemik

Aaji Asuransi Bisa Mengcover Pasien Virus Corona Asal Belum Ditetapkan Pandemik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 206 hits
AAJI menyampaikan bahwa secara umum polis asuransi tidak mengecualikan terkait virus Corona dengan catatan sepanjang tidak dikategorikan ke dalam kondisi pandemik oleh Pemerintah Indonesia AAJI mengimbau para nasabah untuk memeriksa polis m...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field