Wabak Covid 19 Melanda Saudi Pula Umrah Digantung
Penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19
COVID-19: Saudi gantung kemasukan jemaah umrah
ARAB Saudi pada Khamis menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.
Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.
Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.
Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.
Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.
Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.
Video:
1:00NOW PLAYING
WATCH LATER
ADD TO QUEUE
COVID-19 | Arab Saudi Henti Sementara Kemasukan Jemaah Umrah
VIRAL ?? LAGU VIRUS CORONA 4 BAHASA - Gafarock ( Nada Asli lagu Jaranan Karya Ki Hadisukatno )
Sebuah band dari Indonesia, Gafarock meraih perhatian ramai apabila menghasilkan sebuah lagu yang diinspirasikan daripada wabak Coronavirus yang sedang menjadi kebimbangan ramai sekarang.
Lirik lagu yang berkisar tentang wabak dari Wuhan, China itu ditulis dengan campuran empat bahasa iaitu Sunda, Ngapak, Jawa dan Indonesia. Antara bait-bait lirik dalam lagu Virus Corona adalah kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya virus itu dan bagaimana ia tersebar ke negara lain.
Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/wabak-covid-19-melanda-saudi-pula-umrah.html