Vivo Y20 Hadiah Untuk Aisyah
Assalamualaikum
Vivo Y20 Hadiah Untuk Aisyah | Panjang kisah di sebalik telefon bimbit ni. Sebenarnya saya beli Vivo Y20 ni sebab telefon bimbit yang saya gunakan asyik hang dan tiba-tiba mati sendiri. Kadang-kadang tu tak boleh on. Bila ia mati, nak on semula ambil masa juga untuk hidup. Mungkin RAM dah tak support certain applikasi yang saya gunakan.
Inilah telefon bimbit lama saya. Samsung J7 Prime. Dulu masa baru-baru launch, saya beli dengan harga RM1299 tau. Selepas 4 tahun baru ia buat hal. Sebab malas nak stress, saya survey telefon bimbit murah yang mampu milik. Target saya membeli telefon bimbit di bawah harga RM700 sahaja. Masa tu i-sinar pun malap lagi.
Tak silap saya saya beli Vivo Y20 ni di awal tahun 2021 ketika kita semua sibuk-sibuk dengan pdpr anak-anak. Bayangkan telefon bimbit yang satu ni digunakan untuk personal, bekerja dan juga 2 orang anak pdpr. Lama-lama ia pun lalok. Bila anak-anak belajar, terpaksalah saya berkorban untuk mereka. Tak dapat saya berwassap, berfesbuk, berber lain la. Huhu..
Akhirnya setelah menimbang tara, saya beli Vivo Y20 ni untuk diri saya sendiri memandangkan telefon bimbit ni 4 RAM, storage pula 128G. Ok lah ni, lebih kurang Samsung J7 Prime tu je. Saya beli dengan harga RM599. Murah je. Seller ada suggest telefon bimbit yang lagi up dari ni tapi saya tetap ambil Y20 sebab harganya. Itu je yang mampu.
Dengan RM599 saya dapat free gift lain iaitu earphone, car phone holder dan power bank. Ok juga, semua saya guna
Inilah dia power bank percuma tu. Ok juga, cantik dan ada kegunaan
Setelah beberapa bulan menggunakan Vivo Y20 ni, saya kurang berpuas hati dengan performancenya. Saya rasa samsung J7 Prime saya lebih baik meskipun ia kerap hang. Kemudian, Cik Aisyah pula asyik la meninggalkan pesan, "kalau ibu dah gaji ibu boleh belikan kakak handphone?" Wah.. kalau lah handphone ni harganya seratus 2 kan
Sebenarnya kami ada berjanji, kalau dia belajar dengan bagus, dapatlah hadiah. Cik Aisyah saya ni istimewa sikit. Meskipun sudah darjah 3 tapi tahap bacaannya agak lemah. Tak tahulah mana silapnya, nak kata tak ajar kami ajar, nak kata tak sekolah tadika swasta, kami dah masukkan. Berbeza sungguh dengan perkembangan adiknya, Alif
Untuk membangkitkan semangatnya untuk terus bersemangat untuk belajar, ayah dia siap cakap, "kakak cakap apa je, nanti ayah belikan" Kau.. anak tu menuntutlah. Memandangkan dia sudah berusaha dengan baik, haruslah saya kotakan untuk tidak mencalarkan perasaan dan membantutkan semangatnya
Dalam tempoh kita pdpr dulu pun ada baiknya. Meskipun saya wfh secara bergilir, saya dapat pantau pelajaran anak-anak saya meskipun lebih banyak jadi harimau dari jadi cikgu. Bila anak-anak tidak ke sekolah, mereka ada masa untuk ulangkaji dan catch up apa yang tertinggal. Syukur sangat, Cik Aisyah dapat membaca dengan lancar setelah saya niat untuk ajar dia sebaiknya
Bila i-sinar saya bersinar, saya gunakan duit i-sinar tu untuk beli telefon bimbit baru. Saya masih memilih Samsung sebab selesa dengan gadjet jenama ni. Kali ini pilihan saya Samsung A52 dengan harga RM1499 setelah membaca IG story blogger ceriteraibu. Manakala Vivo Y20 saya hadiahkan kepada Cik Aisyah saya sebagai reward dan birthday present in advance
Apa cerita Samsung J7 Prime saya tu? Telefon bimbit tu masih boleh dipakai. Saya sudah clearkan segala aplikasi yang saya gunakan dan berikan kepada Alif. Apa lagi suka lah dia. Bila sudah ada telefon bimbit seorang satu, mengadap itu ajelah mereka ni. Tapi masih di bawah kawalan kami sebagai ibu bapa. Moga handphone-handphone saya ni terus berbakti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jnjikita.blogspot.com/2021/04/vivo-y20-hadiah-untuk-aisyah.html