Vivo V11 Dan Vivo V11i Dilengkapi Fungsi Ai


Industri telefon pintar sememangnya dalam persaingan yang sangat sihat buat masa sekarang kerana setiap jenama berlumba-lumba untuk menawarkan peranti yang terbaik dengan harga yang lebih mampu milik untuk pengguna. Situasi ini tidak terkecuali buat jenama Vivo, apabila mereka juga tidak ketinggalan untuk menawarkan telefon pintar dengan teknologi-teknologi terkini – memperkenalkan kepada anda semua Vivo V11 dan juga Vivo V11i.
Vivo V11 melalui spesifikasi yang ditawarkan, hadir dengan skrin 6.41-inci dengan panel Super AMOLED. Dilengkapi juga dengan cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 6GB RAM, pengimbas cap jari yang terbina pada skrin serta storan terbina sebesar 128GB bagi membolehkan anda mengambil gambar dengan kuantiti yang banyak.

Manakala Vivo V11i melalui penawaran spesifikasi yang lebih rendah, hadir dengan skrin 6.3-inci LTPS LCD Full HD+ dengan nisbah 19:9. Dilengkapi juga dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60 yang setanding dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660, memori 4GB RAM, fungsi pengimbas cap jari di bahagian belakang serta turut menyediakan storan terbina sebesar 128GB.

Namun, apa yang membuatkan peranti-peranti ini menarik untuk dimiliki apabila kedua-duanya melalui penawaran kamera yang sama, yang mengetengahkan fungsi AI (kecerdasan buatan) didalam sistem dwi kamera utama (kamera belakang) dan kamera hadapan 25MP – sekaligus menawarkan pengalaman mengambil gambar yang lebih jitu.
Diantara keupayaan AI yang didatangkan dalam Vivo V11 dan Vivo V11i ini, dimana ia berupaya membantu pengguna untuk menjana bokeh secara artistik iaitu fungsi menyunting tahap kekaburan latar belakang sesebuah gambar “selepas” gambar diambil – sekaligus merendahkan peluang anda untuk tidak terlepas detik-detik penting yang perlu dirakamkan, disamping penawaran fungsi AI Potrait Framing yang membantu mengkaji kedudukan semasa subjek didalam gambar anda seterusnya memberikan arahan kepada anda untuk mengubah posisi telefon kepada kedudukan yang optimum supaya gambar yang dihasilkan dalam kedudukan framing yang sempurna setiap kali gambar diambil.

Menambah lagi daya tarikan Vivo V11 dan juga Vivo V11i ini, apabila ia turut dilengkapi fungsi AI Backlight HDR dan AI Low Light Mode. Dimana kedua-dua fungsi ini menggunakan algoritma AI yang dioptimumkan dengan penggunaan kamera hadapan gabungan apperture 16MP f/2.0 dan 5MP f/2.4 bagi menyelesaikan masalah gambar yang gelap.


Dengan erti kata lain setiap gambar yang dihasilkan melalui dua fungsi AI ini melalui proses gabungan beberapa keping gambar ataupun frame berlainan exposure dan noise yang dirakamkan secara serentak yang mana kemudiannya segala maklumat yang terkandung didalam gambar-gambar ataupun frame-frame tersebut digabungkan menjadi sekeping gambar yang sempurna.

Untuk mereka yang mementingkan selfie pula, kamera hadapan beresolusi tinggi 25MP turut dilengkapi dengan fungsi AI. Dimana pada mod AI Face Shaping, fungsi ini membantu menaikkan seri wajah seseorang dengan pemulihan secara semula jadi ke atas hidung, mulut dan mata pada gambar tanpa melalui proses suntingan yang keterlaluan.
Dan melalui fungsi AI Selfie Lighting pula, ia menawarkan 4 jenis pilihan pencahayaan bagi menyerlahkan kecantikan sesuatu gambar selfie iaitu Loop Light, Rainbow Light, Studio lighting, Stereo lighting. Natural light dan Monochrome background.

Sehingga hari ini, Vivo V11 didatangkan hanya dengan 2 pilihan warna iaitu; Starry Night dan Nebula Fusion, dengan penawaran harga dipasaran RM1699 – untuk variasi 6GB RAM bersama storan 128GB. Manakala untuk Vivo V11i pula, ia didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu; Starry Night, Nebula Fusion dan warna baru, Fairy Pink dengan penawaran harga dipasaran RM1299 – untuk variasi 4GB RAM bersama storan 128GB.
Jika melihat kepada teknologi AI yang diketengahkan pada kedua-dua peranti Vivo V11 dan Vivo V11i ini, selain daripada rekaan takuk yang lebih kecil, sokongan pengecasan pantas, serta kapasiti bateri sebesar 3400 mAH buat Vivo V11 manakala 3315 mAH buat Vivo V11i, sesungguhnya peranti keluaran Vivo ini adalah pakej yang hebat untuk dimiliki. Maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti siri V ini, anda boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web rasmi Vivo Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/vivo-v11-dan-vivo-v11i-dilengkapi-fungsi-ai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Honor 10 Lite Realme 2 Pro Dan Vivo V11

Perbandingan Honor 10 Lite Realme 2 Pro Dan Vivo V11

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 255 hits
Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi di China semalam Peranti ini mempunyai skrin bertakuk kecil jika dibandingkan dengan Honor 10 serta spesifikasi kelas pertengahan yang lebih rendah Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Realme 2 P...
8 Fungsi Honor 8x Yang Memenuhi Keperluan Fotografi Anda

8 Fungsi Honor 8x Yang Memenuhi Keperluan Fotografi Anda

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 244 hits
Bagi yang gemar swafoto mahupun yang sering muat naik gambar OOTD pastinya tercari cari telefon pintar yang menepati syarat untuk menjadikan gambar lagi The post appeared first on
Harapan Coin Aku Confuse Apa Sebenar Fungsi Bendalah Ni

Harapan Coin Aku Confuse Apa Sebenar Fungsi Bendalah Ni

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 323 hits
Setiap daripada coin ataupun token yang establish mesti akan tersenarai dalam coinmarketcap Dan setiap daripada coin ataupun token yang disenaraikan perlu menjelaskan secara terperinci dari segi teknologi hala tuju coin atau token yang dike...
Modem 4g Dengan Fungsi Power Bank Terbaik

Modem 4g Dengan Fungsi Power Bank Terbaik

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 287 hits
Kepada anda yang gemar melancong dan inginkan sebuah modem 4G yang berkapasiti bateri yang besar berikut kami kongsikan 2 buah Modem MiFi dengan fungsi Power bank Dengan peranti ini anda bukan sahaja dapat menikmati perkongsian data malah i...
Samsung Mula Menawarkan Akses Fungsi Bluetooth S Pen Kepada Pembangun Aplikasi

Samsung Mula Menawarkan Akses Fungsi Bluetooth S Pen Kepada Pembangun Aplikasi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 536 hits
Fungsi terbaru pada Samsung Galaxy Note 9 ialah S Pen yang kini mempunyai sokongan bluetooth Ia boleh dijadikan pemicu kamera alat kawalan jauh untuk melakukan pembentangan dan menatal gambar pada galeri tanpa sentuhan skrin Fungsi yang dit...
Mobile Apps Cannis Dengan Fungsi 7 Dalam 1

Mobile Apps Cannis Dengan Fungsi 7 Dalam 1

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum semua Sekarang kan banyak aplikasi e dagang di pasaran yang bersaing secara sihat malah turut memberikan kita pengguna pelbagai pilihan untuk membeli belah dia mana mana platform aplikasi yang diinginkan Cannis merupakan apl...
Instagram Mengaktifkan Fungsi Your Activity Untuk Semua Pengguna Bagi Memantau Aktiviti Harian

Instagram Mengaktifkan Fungsi Your Activity Untuk Semua Pengguna Bagi Memantau Aktiviti Harian

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 248 hits
Dunia pasca PC mengakibatkan kita menghabiskan banyak masa di atas talian Kajian sains telah menunjukkan penggunaan media sosial yang tinggi boleh mengakibatkan kemurungan sekiranya tidak dipantau Oleh itu Google dan Apple memperkenalkan si...
Twitter Masih Mempunyai Perancangan Memberikan Fungsi Menyunting Kicauan

Twitter Masih Mempunyai Perancangan Memberikan Fungsi Menyunting Kicauan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 230 hits
Kemampuan menyunting kicauan ialah fungsi yang paling didambakan pengguna Twitter sejak ia memulakan operasi 12 tahun yang lalu Pelbagai alasan diberikan mengapa ia masih belum diberikan Malahan fungsi yang tidak diperlukan seperti sokongan...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Fractional Reserve Banking

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Resepi Biskut Red Velvet Oleh Azlina Ina

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Memahami Asas Perbankan Islam Di Malaysia Fakta Dan Realiti

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nota Tazkirah Ramadhan Kembali Kepada Tujuan Menjadi Hamba Allah Menurut Minhajul Abidin

Sagu Gula Melaka Manisan Klasik Untuk Berbuka Puasa

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Balik Asrama

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Depresi