Vivo Malaysia Lancar Y78 5g Yang Menawarkan Keupayaan Luar Biasa Berharga Bawah Rm1500


Pada 1 Ogos 2023, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Edisi terbaru siri Y bertempat di Aleyzo Speedzone Go Kart & Mini GP Bike Circuit, Shah Alam. Kali ini, VIVO MALAYSIA telah mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa. 



VIVO MALAYSIA LANCAR Y78 5G YANG MENAWARKAN KEUPAYAAN LUAR BIASA BERHARGA BAWAH RM1500 Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan. vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.




“Kami sangat berbesar hati dalam melancarkan VIVO Y78 5G. Pelancaran terbaru dalam siri Y kami ini adalah penghargaan besar buat semua pengguna setia vivo yang sentiasa menyokong vivo selama ini. vivo Y78 5G ini direka khas untuk mereka yang berminat dalam bidang teknologi dan juga fotografi. Di vivo, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan lebih banyak telefon pintar dengan ciri-ciri yang canggih dan memudahkan pengguna vivo pada masa akan datang,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, vivo Malaysia. 

KEISTIMEWAAN VIVO MALAYSIA Y78 5G PENDAMPING FOTOGRAFI YANG SEMPURNA  Salah satu ciri istimewa yang menonjol pada VIVO Y78 5G adalah kamera 64MP dengan OIS perdana yang telah dinaik taraf. VIVO Y78 5G menawarkan kamera Anti Shake yang lebih meluas dan menjamin gambar yang lebih tajam dan bebas dari kabur walaupun dalam keadaan tangan yang bergetar dan penerimaan cahaya yang rendah.

Spesifikasi kamera VIVO Y78 5G dilengkapi dengan video pandangan berganda yang membolehkan perakaman serentak dari kedua-dua kamera hadapan dan belakang. 



RUPA BENTUK DAN PAPARAN SKRIN YANG MENARIK PERHATIAN VIVO Y78 5G menawarkan dua pilihan warna yang menakjubkan dan diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Pengguna boleh memilih warna dreamy gold atau flare black kerana kedua-duanya mencerminkan keindahan persekitaran yang indah.

Dreamy Gold, warna yang memukau, diinspirasikan daripada warna langit ketika senja di pantai Sepang Gold Coast. Apabila disentuh cahaya, warna keemasan pada bahagian telefon akan menjadi lebih terang dan memukau.

Sementara itu, Flare Black terinspirasi daripada bintang-bintang yang bersinar dan menghiasi langit malam. Pilihan warna ini menampilkan keajaiban dan elegansi setiap kali dilihat. 

VIVO Y78 5G mempunyai paparan 120Hz OLED Dual-Curved, memberi pengalaman visual yang amat lancar, jelas, dan berkelas tinggi dengan kadar penyegaran dan kadar sentuh yang tinggi. Reka bentuk lengkung 60" yang dicipta khas untuk memastikan cengkaman yang selesa semasa memegang telefon.

Tambahan pula, reka bentuk yang direka dengan baik ini mengurangkan sebanyak mungkin distorsi warna di bahagian tepi, isu yang sering dihadapi oleh telefon pintar lain yang mempunyai skrin ultra besar dan lengkung.



KEHEBATAN PENGECASAN KILAT  VIVO Y78 5G yang dilengkapi dengan sistem cas kilat 44W yang mengagumkan dan stabil, memastikan cas yang pantas dan cekap, pada masa yang sama ia memastikan penghasilan haba sekecil mungkin.

Dengan teknologi canggih ini, bateri 5000mAh dapat dicas dengan cepat dan efektif, menawarkan kecekapan pertukaran kuasa yang mencapai sehingga 97%. VIVO Y78 5G membawa cas pintar ke tahap seterusnya dengan enjin cas pintar yang inovatif.

Ciri pintar ini menyesuaikan diri dengan corak penggunaan telefon, menentukan strategi cas yang optimum berdasarkan sama ada skrin dimatikan atau semasa telefon digunakan secara aktif semasa mengecas. Dengan menyesuaikan proses cas secara dinamik, ia berjaya mengurangkan kemerosotan bateri dan menambah jangka hayat bateri sehingga 25%.

Kini, pengguna tidak perlu risau tentang kesihatan bateri dan masalah cas, kerana VIVO Y78 5G membawa pengalaman pengecasan bertaraf tinggi yang menjamin ketahanan. 

RUANG PENYIMPANAN YANG MAKSIMUM  VIVO Y78 5G memperkenalkan ciri Extended RAM yang memberikan kekuatan untuk meningkatkan RAM hingga 8GB. Ciri yang telah ditambah baik ini membolehkan lebih daripada 25 aplikasi aktif berjalan dengan lancar di latar belakang dan memastikan peralihan aplikasi berganda tanpa gangguan.

VIVO Y78 5G membawa pengoptimuman RAM ke tahap seterusnya dengan teknologi penjimatan RAM yang dapat mengurangkan gangguan dan ruang memori yang kecil kerana ciri pintar ini mencipta lebih banyak ruang simpanan dan menguruskan memori dengan cekap.

Menjimatkan sehingga 600MB ruang memori dan mampu memberi ruang untuk peranti tersebut berfungsi dengan lancar. Penjimatan RAM dan penggunaan memori serta aplikasi juga dikurangkan oleh sistem bagi membolehkan peranti anda berfungsi dengan lebih cekap.

VIVO Y78 5G PROMOSI JUALAN PERTAMA KERJASAMA BERSAMA VIU Dengan pembelian pertama VIVO Y78 5G, pembeli akan menerima hadiah eksklusif daripada vivo Malaysia yang bernilai sehingga RM599 dan langganan percuma Viu premium. Bermula pada 1 Ogos 2023, rakyat Malaysia berpeluang untuk membuat pesanan melalui pra-tempahan.

VIVO Y78 5G akan berada di pasaran Malaysia secara rasmi pada 5 Ogos 2023. Selain itu, sempena kerjasama Viu dan vivo Malaysia, Viu menawarkan tiga bulan langganan Viu premium secara percuma kepada setiap pembeli pertama VIVO Y78 5G untuk menikmati pengalaman tontonan yang terbaik dengan paparan 120Hz OLED Dual-Curved yang luar biasa.


Berikut ialah maklumat mengenai harga, promosi dan platform pembelian VIVO Y78 5G:


TARIKH PELANCARAN

1 Ogos 2023

TARIKH TEMPAHAN AWAL

1 Ogos - 4 Ogos 2023

TARIKH JUALAN PERTAMA

5 Ogos 2023

RRP



RM1399
PLATFORM JUALAN ATAS TALIAN
VIVO MALAYSIA'S OFFICIAL E-STORE, SHOPEE, LAZADA and TIKTOK SHOP  
*Setiap pembelian pertama melalui platform vivo e-commerce, pembeli akan menerima hadiah ekslusif seperti:


VIVO TWS earbudsVIVO Care Jaminan Tambahan Lanjutan 180 HariVIVO Care 180 Hari perlindungan skrinPelindung skrin percuma (screen protector)Tiga bulan langganan percuma Viu premium yang bernilai RM29.90 (kod akan dihantar bersama telefon)
Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru VIVO di halaman facebook VIVO MALAYSIA dan laman web rasmi VIVO MALAYSIA. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/08/vivo-malaysia-lancar-y78-5g-yang-menawarkan-keupayaan-luar-biasa-berharga-bawah-rm-1500.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hisense Memperkenalkan Dua Tv Luar Biasa Siri U7k Uled Mini Led Dan Siri U6k Vidaa Di Pasaran Malaysia

Hisense Memperkenalkan Dua Tv Luar Biasa Siri U7k Uled Mini Led Dan Siri U6k Vidaa Di Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 200 hits
Hisense syarikat kuasa global dalam industri elektronik teruja untuk mendedahkan dua siri televisyen yang luar biasa Siri LED Mini U7K ULED Hisense dan Siri VIDAA U6K ULED Hisense yang akan dilancarkan tidak lama lagi Bermula dari 5 Ogos hi...
Vivo Y78 5g Aakan Datang Ke Malaysia Dengan Teknologi Skrin Dual Melekung Oled

Vivo Y78 5g Aakan Datang Ke Malaysia Dengan Teknologi Skrin Dual Melekung Oled

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 268 hits
vivo Malaysia teruja untuk mengumumkan keluaran akan datang tambahan terbaharu kepada siri vivo Y Y78 5G di Malaysia Ia berpotensi untuk mentakrifkan semula prestasi dan ciri telefon pintar bergaya berharga di bawah RM1500 kerana ia menawar...
Sarawak Tidak Benarkan Artis Luar Bertentangan Pendirian Dengan Malaysia Beraksi

Sarawak Tidak Benarkan Artis Luar Bertentangan Pendirian Dengan Malaysia Beraksi

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 123 hits
SARAWAK menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian kerajaan persekutuan terhadap golongan lesbian gay biseksual dan transgender Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah ...
Jelajah Perpaduan Luar Biasa Tanda Rakyat Kelantan Bangkit

Jelajah Perpaduan Luar Biasa Tanda Rakyat Kelantan Bangkit

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 126 hits
Oleh Abdullah ZaidPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran ribuan rakyat dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan malam tadi sebagai amat luar biasa Saya orang lama dalam politik saya ja...
Student Pencapaian Luar Biasa

Student Pencapaian Luar Biasa

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 106 hits
Student bukan lagi bebanan jika dapat guide yang betul
Berjaya Ajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam Ini Kisah Bekas Paderi Ibrahim Richmond Yang Luar Biasa

Berjaya Ajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam Ini Kisah Bekas Paderi Ibrahim Richmond Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 108 hits
Berjaya ajak ribuan pengikut Kristian masuk Islam Ini kisah bekas paderi Ibrahim Richmond yang luar biasa Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam Islam adalah satu satunya agama yang...
Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi Huawei Xmage

Peraduan Zoom Into Malaysia 2023 Pamer Keupayaan Teknolgi Huawei Xmage

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini bertempat di The Raw oleh Metal Bees berlangsungnya acara penuh meriah majlis penganugerahan untuk pemenang Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia yang dianjurkan oleh Huawei Malaysia Tahniah ...
Rezeki Luar Biasa Sambut Anak Kedua Ardell Nadzmi Kongsi Nama Video Kelahiran Anak Ramai Sebak

Rezeki Luar Biasa Sambut Anak Kedua Ardell Nadzmi Kongsi Nama Video Kelahiran Anak Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 198 hits
Selamat menimang cahaya mata kedua pada 25 Julai lalu pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa kini berkongsi nama pilihan buat buah hati mereka Tidak hanya berkongsi nama bahkan Nadzmi turut memuat naik video kelahiran anak keduan...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apakah Sebaik Baiknya Manusia