Vistana Hotel Penang Lokasi Staycation Yang Sesuai Untuk Keluarga Besar
Vistana Hotel Sesuai Untuk Keluarga Besar
Kita throwback satu lagi kisah masa cuti sekolah baru ni. Selalu entry lambat nak update sebab tunggu gambar yang ada kat lokasi yang lain-lain. Nak kena pilih belek mana yang sesuai, banyak sangat gambar kena sensored. Okay kali ni akak nak cerita sedikit pilihan penginapan dan share dengan korang yang bercadang nak datang ke Pulau Pinang dalam jumlah yang besar dan kalau boleh tak nak tinggal di tempat yang lain-lain. Biasanya orang akan pilih homestay sebab boleh masak-masak, rilek sambil membawang. Tapi ada juga yang berminat nak pilih hotel. Vistana Hotel adalah salah satu tempat yang sesuai untuk korang yang bercadang untuk datang dengan keluarga besar ke Pulau Pinang. Selain daripada bilik hotel, terdapat juga apartment yang bersebelah sahaja dan di bawah selenggaraan pihak Vistana Hotel. Memang luas !
Meraikan anak saudara kawan akak yang mendirikan rumahtangga pada minggu kedua cuti sekolah. Jumlah keluarga kawan akak tu hampir 50 orang ...ramai juga. Kalau boleh tak mahu bermalam di tempat yang berbeza, so kawan akak booked lah apartment di Vistana ni. Akak pun tumpang semalam sebab ada family kawan akak tu tak dapat datang. Since dah siap booking dan bayar, daripada membazir kamilah yang kena jadi bidan terjun. Dah hampir 7 tahun tak bersua muka, memang angguk lajulah bila kawan akak offer.
Akak stay di apartment 3 bilik. Ni bilik pertama, agak luas sedikit daripada 2 bilik lagi.
Bilik kedua dan ketiga lebih kurang saiznya. Ada katil saiz queen. Ketiga-tiga bilik ni boleh juga tambah toto sebab saiznya yang agak luas.
Paling best sekali bila stay ramai-ramai ni ialah semua bilik ada toilet masing-masing. Cuma bilik yang ketiga, bilik airnya diluar bilik. Jadi korang memang tak perlu berebut nak masuk bilik air. Tak payah kacau bilik air bilik orang lain. Selain itu, ruang tamunya juga luas. Ada satu lagi bilik kecil yang mengandungi peti ais kecil, tempat iron dan cerek air. Kira macam mini dapur la cuma tiada tempat untuk memasak. Memasak adalah dilarang yer. Ruang makan juga disediakan dengan meja makan besar. Tak ada pula gambar ruang tamu, mini dapur dan ruang makan yang proper. Yang ada semuanya kena sensored.
Penginapan yang akak dapat adalah di tingkat 20. Tinggi sayup tapi ada pemandangan yang sangat cantik di waktu malam. Lihatkan Penang yang pesat membangun.
Untuk anak-anak, jangan risau, kat sini ada kolah renang. Saiznya tidaklah besar tapi cukup untuk membuatkan si anak tersenyum kegembiraan. Terletak di antara bangunan utama hotel dan apartment.
Penginapan tidak termasuk sarapan tapi korang boleh je beli kupon sarapan di lobby. Tapi area Vistana Hotel ni tak susah nak cari makan. Yang paling hampir ialah Restoran Nasi Kandar Kayu Original. Jalan kaki saja. Kami sendiri pun asyik ulang alik saja ke restoran ni. Kebiasaankan orang kalau datang Penang mesti nak cari nasi kandar. Untuk sarapan pagi pula, korang boleh singgah di food court Taman Tun Sardon. Ada macam-macam jenis makanan sarapan pagi di sini. Lokasinya tidaklah jauh sangat,dalam 5-10 minit memandu kereta.
So korang yang bercadang nak berhari keluarga di Pulau Pinang ataupun bercuti beramai-ramai ke sini pastikan Hotel Vistana ada dalam list pilihan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2020/01/vistana-hotel-penang-lokasi-staycation-yang-sesuai-untuk-keluarga-besar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)