Virus Corona Di Pantai Malindo Balik Pulau Pp
Catatan Santai Ibnu Hasyim:
PETANG kelmarin saya berada di gigi pantai Malindo, persisiran kampung Sungai Burung, Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya makan 'laksa penang malindo' dengan kawan-kawan.
Berbagai bangsa, yang ramainya orang Melayu sedang beristirehat di situ. Makan-makan, sembang-sembang.
Tiba-tiba terdengar suara berkata kuat. "Jaga.. binatang ini penbawa virus corona!".
Semua yang sedang makan di situ terkejut dan berpaling melihat pesuara itu. Rupanya ia seorng kanak-kanak. Masing-masing tertawa.
'Virus Corona' jadi kata pepular masa ini..
Malindo Diserang Corona?
Pantai Malindo, bukan begitu nama sebelumnya. Ia terkenal dengan nama 'Kampung Bakau Baru' di kalangan orang-orang tempatan. Asalnya hutan bakau dan jeruju, diteroka oleh orang-orang kampung untuk tanaman padi. Kumpulan peneroka ini disebut-sebut dengan nama 'Syarikat Kampung Enam'.
Soalnya sekarang, bagaimana boleh Syarikat Kampung Enam itu bertukar menjadi koperasi, yang bukan diketuai oleh keluarga peneroka lagi? Dan kini koperasi itu seolah-olah terpinggir dari 'berkuasa' untuk mendapatkan bantuan jutaaan ringgit dari pemerintah kepada peneroka dan keluarganya.
Bantuan itu dijangka akan terlepas ke tangan sebuah syarikat yang tidak terkenal dan milik bukan bumiputera. Sedangkan peneroka-peneroka tersebut adalah rakyat Melayu beragama Islam.
Perbincangan sedang panas sekarang dan mesyuarat akan di adakan sekurang-kurangnya sebelum akhir bulan ini.. Benarkah begitu? Kalau benar begitu, bererti orang Melayu-Islam Pulau Pinang juga seolah-olah sedang diancam virus Corona Pantai Malindo bentuk baru pula...
Saya akan sambung tulisan mengenai syarikat Kampung enam ini.
Ibnu Hasyim
Mac 2020 Kg Perlis
Balik Pulau P.Pinang
Lihat sebelum ini..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?Landak 5: Stigma Negatif..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/virus-corona-di-pantai-malindo-balik.html