Viral Asyraf Khalid Syukur Dan Rai Kegembiraan



VIRAL ASYRAF KHALID SYUKUR DAN RAI KEGEMBIRAAN
 
Dengar namanya sahaja kita semua sudah sedia tahu bahawa Asyraf Khalid adalah anak kepada Datuk K, ibu tirinya pula Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa ada bersama dengan Datuk K pada malam hari jadinya. Begitu juga dengan sepasang suami isteri ini iaitu Ashraf dan tya.

 

Kejayaan yang diraikan pada malam sempena kelahiran hari lahir papanya, Asyraf bersyukur kerana hari itu jugalah Datuk K telah meluahkan kesyukuran akan kejayaannya dihadapan Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai Mentor perniagaan kepada anaknya sendiri. 




 

Dahulunya Ashraf selalu tidak rasa dia berjaya dan tidak fokus dalam apa yang dilakukan namun kini beliau telah menerpa kejayaan demi kejayaan, semuanya atas bantuan dan bimbingan Mentor kesayangan beliau, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

 

Tonton video yang dikongsi oleh Ashraf Khaled di Instagram video ini telah mendapat tontonan seramai 15 ribu penonton Dalam beberapa jam sahaja
 




View this post on Instagram A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)
 

ASYRAF KONGSIKAN KEJAYAANNYA DISEBABKAN BEBERAPA ASBAB PERKARA

 

1. MENTOR

 

Asyraf sangat Bersyukur dengan adanya bimbingan daripada Datuk Wira Dr Azizan Osman, Bagi dirinya, beliau tidak salah buat pilihan untuk mempunyai guru dalam perniagaan. Walaupun ayahnya Datuk K sememangnya seorang ahli perniagaan yang berjaya tetapi Ashraf tetap bangun berusaha sendiri mencapai kejayaan.

 

2. CIRCLE

 

Ashraf juga bersyukur kerana mempunyai rakan usahawan yang tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi ilmu serta sentiasa ada bersama-samanya. Rakan Titanium RichWorks adalah usahawan yang komited dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman secara terus menerus.

 

Golongan  ini juga adalah usahawan yang mempunyai jawatan atas yang boleh membuat keputusan penting dalam syarikat. Melalui Titanium RichWorks ini juga Datuk Wira Dr Azizan Osman akan membimbing dari A sehingga Z untuk setiap pelusuk empayar perniagaan usahawan tersebut

 

3. KESUNGGUHAN

 

Asyraf Khalid merasa berbaloi kerana kesungguhannya dalam melakukan perniagaan beberapa tahun lalu membuahkan hasil. Walaupun beliau telah memulakan perniagaan sejak dahulu lagi, tetapi dalam masa yang singkat iaitu tiga tahun ini beliau telah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit malah beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan lebih lagi. Jika dahulu cuma fokus kepada jualan jus mutiara sahaja kini mereka juga telah mempunyai produk kilafit dan lain-lain lagi.

 

ASYRAF DAN DATUK K SALING BERKONGSI CERITA TENTANG BISNES

 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 

 

Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau paham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 

 




 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 

 

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 

 

Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 

 

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 





DATUK K MERAKAM PENGHARGAAN KEPADA DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

 

Sejujurnya Datuk K sangat cemburu dan kagum dengan Azizan Osman. Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih yang teramat sangat kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman di atas kesungguhan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam mendidik anaknya berniaga.

 

Beliau mengatakan dalam ucapan bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja mengajar usahawan untuk menghasilkan jualan yang tinggi tetapi Datuk Wira Dr Azizan Osman juga sering mengingatkan usahawan kepada Allah SWT. 

 

Datuk Wira Dr Azizan Osman turut selalu mengingatkan anak didiknya untuk memberi dengan lebih banyak lagi kepada orang lain dalam bentuk bersedekah. Usaha beribadah ini sebenarnya merupakan salah satu pemasaran dengan Allah SWT yang wajib diutamakan sebelum pemasaran dengan manusia.
 




Datuk Azizan Osman juga dikatakan oleh Datuk K bahawa beliau sangat sangat komited dan bersungguh-sungguh membantu usahawan. Sekiranya ada usahawan yang jatuh Datuk Wira Dr Azizan Osman akan membantu menaikkan mereka. Dahulunya Datuk K sendiri tidak merasa adanya peluang sebegini ketika beliau memulakan perniagaan.

 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 

 




Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 

 

Datuk K juga mengingatkan usahawan di luar sana Untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Jangan putus asa sekiranya sudah berjaya dan jangan pula lupa kepada orang lain. Teruskan membantu ramai orang di luar sana katanya.

 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

 

Sangat terinspirasi bukan? Kita juga boleh menyertai program Datuk Wira Dr Azizan secara percuma kerana Beliau selalu mengadakan live secara berterusan di saluran telegramyang boleh kita sertai. Jom sertai sekarang untuk dapatkan ilmu bisnes yang proven.

 

Boleh dapatkan juga bacaan lanjut berkaitan Datuk Wira Dr Azizan Osman di www.richworks.com








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/02/Viral-Asyraf-Khalid-Syukur-dan-Rai-Kegembiraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K

Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 233 hits
Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman Asyraf Khalid Anak Datuk K Terbukti di depan mata kita semua Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melahirkan ramai usahawan jutawan termasuk salah satunya adalah anak Datuk K sendiri iaitu Ashraf Khalid Kejayaan...
Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 176 hits
Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Hasil Dari Didikan Dr Azizan Osman Dato Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau juga dikenali sebagai Datuk K merupakan seorang usahawan dan juga merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia Tidak...
Dr Azizan Osman Berjaya Mengubah Sikap Asyraf Khalid

Dr Azizan Osman Berjaya Mengubah Sikap Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 161 hits
Dr Azizan Osman Berjaya Mengubah Sikap Asyraf Khalid Asyraf Khalid adalah anak kepada Datuk K Beliau juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Perkara ini didedahkan sendiri oleh bapa beliau iaitu Dato K Apa yang terjadi seb...
Kejayaan Asyraf Khalid Sebagai Anak Didik Dr Azizan Osman

Kejayaan Asyraf Khalid Sebagai Anak Didik Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 214 hits
Aku rasa kalau sebut sahaja Datuk K mesti kenal siapa dia kan Suami kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tapi aku tak nak cerita pasal Datuk K ni sebenarnya aku nak cerita tentang Asyraf Khalid iaitu anak kepada Datuk K Kala...
Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Dengan Bimbingan Azizan Osman

Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Dengan Bimbingan Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 558 hits
Baru baru ini pendedahan dibuat oleh Datuk Khalid mengenai perubahan sikap anaknya Asyraf Khalid disebabkan Azizan Osman Bapa kepada Asyraf Khalid iaitu Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K meluahkan perasaan bahawa beliau sanga...
Rahsia Kejayaan Asyraf Khalid

Rahsia Kejayaan Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 132 hits
Assalamaualikum semua tentu semua orang kenal penyanyi nombor 1 negara kita iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan perkahwinan dengan Datuk K menjadi wedding of the year beberapa tahun dulu Kali ni mama nak berkongsi tentang Rahsia Kejayaan As...
Kunci Kejayaan Dalam Hidup Perubahan Besar Asyraf Khalid

Kunci Kejayaan Dalam Hidup Perubahan Besar Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 138 hits
Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan berjaya dan anak kepada Datuk K telah memuat naik sebuah video di instagramnya baru baru ini Video tersebut adalah ucapan dari Datuk K berkaitan dengan dirinya dan juga seorang mentor usahawan A...
Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid

Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 183 hits
Datuk K Merakamkan Penghargaan Kepada Dr Azizan Osman Diatas Kejayaan Asyraf Khalid Melihat kejayaan anak pasti akan menggembirakan ibu bapa Begitulah juga dengan kisah kejayaan Asyraf Khalid ini yang juga merupakan anak kepada Datuk K Datu...
Berjaya Kerana Ikhlas Kisah Inspirasi Asyraf Khalid Anak Datuk K

Berjaya Kerana Ikhlas Kisah Inspirasi Asyraf Khalid Anak Datuk K

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 199 hits
Muhammad Asyraf Khalid ataupun lebih dikenali dengan nama Asyraf Khalid adalah anak Datuk K atau Datuk Khalid Muhammad Jiwa Untuk pengetahuan anda Asyraf Khalid ini merupakan Pengasas CEO syarikat A Klasse Essentials Sdn Bhd yang terkenal d...
Drama Genesis

Dissatisfied Chinese Reluctant To Vote Says Analyst

The J Seri Alam Bawa Konsep Kontainer Food Court Santai Ke Johor Bahru

Kegagalan Yang Bukan Untuk Ditangisi

Speed Read A Ducati Streetfighter Inspired By The Mandalorian And More

Welcoming The Creation Of Beauty With Huawei S Latest Line Of Innovation

Individualized Education Tailoring The Montessori Curriculum For Your Child

Moomoo My Aplikasi Beli Saham Malaysia Us Mudah Murah



Info Sinopsis Pelakon Drama Berepisod Bawah Payung Awan Viu Malaysia Musim 1 2

Biodata Terkini Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed Bekas Isteri Nazim Razak Yang Selepas Bercerai Katanya Dah Kahwin Dan Bersuami Tapi Dengan Siapa

8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia


Transform Your Outdoors Simple Tips To Boost Curb Appeal With Sheds And Garages

Indian Community Not Neglected By Govt Says Anwar

Liew To Head Sabah Pkr Political Bureau

Death Penalty Moratorium Creates Limbo Move Towards Abolition

5 Restoran Makanan Thai Terbaik Di Johor Bahru Salah Satunya Korang Kena Cuba

Historical References In Brand Names