Vietnam Mahu Beli Ron 95 Dari Malaysia Kerjasama Industri Halal Ismail



Vietnam mahu beli RON 95 dari Malaysia, kerjasama industri halal – Ismail
HANOI: Malaysia sedia menawarkan kepakaran dan khidmat nasihat kepada Vietnam, termasuk syarikat negara itu yang berminat untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri halal mereka.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama itu telah bermula dan dalam hal ini Halal Development Corporation (HDC) Malaysia ditugaskan untuk mengambil tindakan susulan.
“Saya secara spesifik membangkitkan potensi kerjasama halal dengan Vietnam terutamanya berhubung peluang untuk membekalkan makanan halal semasa Sukan SEA 2021 yang akan dihoskan oleh Vietnam pada Mei depan.
“Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia menawarkan produk-produk perbankan Islam dan akan turut sama membantu mengembangkan ekosistem industri halal di Vietnam,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, semalam.
Lawatan rasmi perdana menteri dan delegasi Malaysia juga berjaya membawa berita gembira kepada negara selepas Vietnam mengemukakan permintaan untuk mendapatkan bekalan petroleum dan gas tambahan daripada Malaysia.
“Alhamdulillah kita mendapat berita yang baik petang semalam sewaktu Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali berjumpa dengan menteri perdagangan Vietnam dan mereka (pihak Vietnam) berminat untuk membeli petroleum atau RON95 daripada kita dengan kadar segera.
“Saya sendiri telefon presiden Petronas tentang perkara ini dan kita bersetuju pada peringkat permulaan ini untuk membekalkan 300,000 tong petroleum (RON95) kepada Vietnam.
“Ini hanyalah permulaan dan jika perlukan tambahan, Insya-Allah kita akan teruskan dan mengadakan perbincangan dengan mereka (Vietnam). Kita berharap bukan sahaja petroleum tetapi gas juga dapat dibeli oleh Vietnam,” kata Ismail.
Mengenai kerjasama perdagangan, perdana menteri berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk menetapkan sasaran lebih tinggi. Sebelum ini, Malaysia dan Vietnam menetapkan sasaran nilai dagangan USD18 bilion menjelang 2025.
Bagaimanapun menurut Ismail, beliau turut berkongsi pandangan bahawa nilai sasaran itu masih kecil berbanding potensi besar yang dimiliki Malaysia dan Vietnam .
Beliau menambah bahawa Vietnam merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam ASEAN dan ke-11 di peringkat global.
“Pada 2021, perdagangan dua hala bernilai USD16.7 bilion, peningkatan memberangsangkan, iaitu sebanyak 41.6% berbanding 2020.
“Ini mengambil kira nilai dagangan global Malaysia yang telah melepasi RM2 trilion (USD477 bilion), sementara nilai dagangan global Vietnam hampir mencecah USD650 bilion,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, persefahaman telah dicapai supaya mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) diadakan dalam masa terdekat bagi menetapkan hala tuju sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam, selain meneliti hasrat Vietnam untuk mencapai keseimbangan dagangan dengan Malaysia.
Pada masa sama, Ismail turut mengambil peluang mempelawa para pelabur Vietnam untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia dalam bidang yang boleh diterokai termasuk pendigitalan, pembuatan pintar dan keselamatan siber.
Katanya, Malaysia telah mengadakan kolaborasi strategik di antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan FPT Software Vietnam untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan (CoEFI) bernilai hampir RM100 juta dalam bidang automotif, Connected Mobility, Robotik, Internet Kebendaan (IoT) dan pendigitalan.
“Saya juga menyambut baik dan berterima kasih kepada FPT Software yang amat komited untuk melatih 1,000 tenaga kerja Malaysia dalam pembangunan dan kejuruteraan perisian bermula tahun ini di Kuala Lumpur dan Sabah,” katanya.
Sementara itu, pelaburan Malaysia di Vietnam bernilai USD13 bilion dan merupakan pelabur asing kesembilan terbesar di peringkat global dan kedua di peringkat ASEAN. FMT
Vietnam mahu beli RON 95 dari Malaysia, kerjasama industri halal – Ismail
Baca Artikel Menarik:
Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini? Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash Tolong maafkan Zul – Ruhainies German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/22/vietnam-mahu-beli-ron-95-dari-malaysia-kerjasama-industri-halal-ismail/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Beli Camera Mirrorless Fujifilm X T200 Malaysia

Baru Beli Camera Mirrorless Fujifilm X T200 Malaysia

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 187 hits
Baru beli camera mirrorless fujifilm x t200 malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera alhamdulilah masih diberikan kesihatan diri dan keluarga alhamdulilah Orait ni nak cerita sikit yang sebenarnya dah lama juga plan nak cari kamera mirr...
Erick Thohir Dorong Bsi Kembangkan Industri Halal Ri

Erick Thohir Dorong Bsi Kembangkan Industri Halal Ri

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 103 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mendorong Bank Syariah Indonesia untuk membangun kembali industri halal Indonesia Menurutnya Indonesia sudah memiliki bank yang terbesar selama Indonesia berdiri yakni bank syariah bernama BSI
Suke Tv Terus Memacu Industri Perniagaan Tempatan Melalui Pemeteraian Kerjasama Dengan Mranti Nexus

Suke Tv Terus Memacu Industri Perniagaan Tempatan Melalui Pemeteraian Kerjasama Dengan Mranti Nexus

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 138 hits
Rangkaian siaran tempatan SUKE TV terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis hari ini MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidi...
Pm Ismail Sabri S Visit To Doha To Boost Malaysia Qatar Bilateral Ties Economic Cooperation

Pm Ismail Sabri S Visit To Doha To Boost Malaysia Qatar Bilateral Ties Economic Cooperation

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 171 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob will be in Qatar on a three day official visit starting today Bernama picDOHA March 27 Bilateral relations and economic cooperation between Malaysia and Qatar are expected to be further strength...
Tawfik Tun Dr Ismail S Malaysia First Aims To Bring Sabah Sarawak And Semenanjung Closer

Tawfik Tun Dr Ismail S Malaysia First Aims To Bring Sabah Sarawak And Semenanjung Closer

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 155 hits
Yesterday 24 March 2022 Tawfik Tun Dr Ismail launched the Malaysia First initiative whose political arm is Gerak Independent As the name suggests Malaysia First seeks to create a more united Sabah Sarawak and Peninsula Malaysia Tawfik wants...
Bantuan Kewangan Elaun Sejumlah Rm450 Kepada Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan Elaun Sejumlah Rm450 Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 298 hits
BANTUAN KEWANGAN RM450 KEPADA RAKYAT MALAYSIA Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan Rm 450 kepada rakyat Malaysia Dibawah jabatan kebajikan masyarakat kerajaan cakna terhadap pelbagai lapisan dari golongan muda ke golongan tua kera...
Kai Berikan Pesawat Canggih Dan Berbahaya Kepada Malaysia Varian Terbaru

Kai Berikan Pesawat Canggih Dan Berbahaya Kepada Malaysia Varian Terbaru

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 216 hits
KAI BERIKAN PESAWAT CANGGIH DAN BERBAHAYA KEPADA MALAYSIA VARIAN TERBARU FA 50 BLOCK 20 Syarikat Korea Aerospace Industries telah menawarkan varian terkini dan paling berkemampuan FA 50 Block 20 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk per...
Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia

Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 700 hits
dan kelas kereta motor 2022Jenis Lesen Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan Terdapat 5 jenis utama lesen memandu yang dikeluarkan pihak Malaysia Learner Driving Licence Probationary Driving Licenc...
Tiada Kerjasama Umno Pas Selagi Ada 3 Jahanam

Tiada Kerjasama Umno Pas Selagi Ada 3 Jahanam

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 157 hits
malaysiakini comPAU 2021 Perwakilan Umno Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga jahanam yang memimpin parti itu Menurut Zawawi Othman tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana bermulut celupar...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

My Experience With Fue Hair Transplant At Peters Radiant Clinic In Malaysia


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941