Video Vaneesha Mengenai Keluhan Kaum Minoriti Sentuh Jiwa Rakyat Pelbagai Kaum


 
Vaneesha Krishnasamy menyampaikan mesejnya dalam video yang telah ditonton lebih 374,000 kali di platform media sosial.PETALING JAYA: Penerbit multimedia dan wartawan bebas Vaneesha Krishnasamy hanya berusia 27 tahun tetapi klip video tiga minit hasil kerjanya yang diterbitkan mengenai nasib masyarakat minoriti India dan rasisme tempatan menyentuh sanubari rakyat Malaysia merentasi bangsa.
Dalam tempoh beberapa hari, klip video berkenaan ditonton lebih 374,000 kali di platform media sosial, dan menjadi tular dengan perkongsian di WhatsApp. Vaneesha sendiri tidak menjangkakan sambutan sebegini besar ketika beliau menerbitkannya.
Suaranya yang lemah gemalai dan senyum manis di wajahnya menyembunyikan kepedihan yang dizahirkan melalui kata-katanya yang disusun dengan berhati-hati, ditujukan buat rakyat Malaysia dalam mengungkap, apa yang dilihatnya, sebagai realiti kehidupan di Malaysia.
Mesejnya yang mendalam disampaikan dengan nada yang mesra.
Menerusi video bertajuk “A piece to my racially and socially privileged friends” (Luahan buat sahabatku yang menikmati keistimewaan), Vaneesha memulakan penyampaiannya dalam nada yang menyentuh hati mengenai nasib masyarakat minoriti di negara sendiri.
Beliau menyifatkan dirinya sebagai rakan yang dirujuk untuk pihak lain menunjukkan penerimaan mereka terhadap kepelbagaian kaum, tidak lebih daripada itu.
“Sepanjang hidupku, aku dikenali sebagai kawan muhibbah India itu. Faham-fahamlah, satu-satunya kawan India yang wujud supaya seseorang dari kaum yang lain boleh berkata, ‘eh aku ada apa kawan India, tu Neesha tu’.”
“‘Baguslah BM kau!’ apabila saya bertutur dalam Bahasa Melayu.
“Tapi selama ini, aku tak pernah dengar kata-kata seperti, ‘Neesha, aku sedar sangat cikgu tu target kau dan kawan-kawan India kau’.
“‘Weh, sebenarnya kan, kau lagi layak dapat biasiswa tu, aku kesianlah tengok kau susah macam ni.'”
“‘Neesha, aku bersimpati kerana orang bangsa kau dibunuh dalam tahanan dan kau berasa terancam di negara sendiri.’”
Vaneesha membawa mesej, apa yang dilihatnya sebagai ketidaksetaraan yang berlaku di negara ini atas nama diskriminasi positif. Bagaimanapun, pemilihan kata-katanya yang berhemah dan hujahnya untuk menyampaikan mesej tajam mendapat banyak respons positif daripada golongan rakyat Malaysia yang mendapat keistimewaan.
FMT menghubungi Vaneesha untuk mengetahui motifnya menerbitkan video yang berisiko potensi dilabel sebagai bersifat perkauman.
“Nasib saya baik, ia menyentuh hati ramai rakyat Malaysia. Ramai rakan dari masyarakat Melayu dan Cina menghubungi saya, dengan ada antaranya meminta maaf kerana tidak menghiraukan nasib saya,” katanya.
Apa yang cuba dilakukan wanita ini adalah menzahirkan kekecewaan dan kepedihan yang dialami masyarakat India melalui secara kreatif yang bersifat empati. Latar belakang klip video itu juga mempunyai maksud tersendiri – cahaya yang menyinari wajahnya melambangkan sinaran harapan bagi masyarakat minoriti.
“Saya akui, skripnya disusun dengan berhemah – dalam nada tegas dan beremosi namun dengan berbelas kasihan dengan harapan ia dapat mencetuskan perbualan yang lebih bermakna antara rakan-rakan yang mendapat keistimewaan, yang dapat merapatkan jurang antara kita.
“Seperti ramai yang lain, bertahun-tahun saya memendam perasaan akibat ditindas, berdepan prejudis dan cuba sedaya upaya untuk berasimilasi …. menyembunyikan ‘kelainan’ saya, yang pada dasarnya adalah identiti saya sebagai individu berbangsa India,” katanya.
Vaneesha, yang mempunyai ramai rakan dari pelbagai latar belakang, berkata beliau terkesan dengan kurang rasa peka dan tindakan daripada rakan-rakan yang mendapat keistimewaan, sambil menambah, ini menjadi lebih teruk semasa wabak, dengan masyarakat terpinggir paling terjejas.
Beliau menyifatkan iklan-iklan Merdeka sebagai “tidak sensitif” yang terus mencanang naratif yang buruk mengenai masyarakat terpinggir, dengan kandungan yang tidak membantu menaikkan martabat kaum minoriti mahupun menceritakan realiti sebenar kehidupan mereka.
“Saya melihat keperluan untuk menyentuh isu yang bersifat ‘gajah di depan mata’, iaitu impak langsung persekitaran politik dan sosioekonomi ke atas masyarakat terpinggir.
Bercakap mengenai respons rakyat Malaysia terhadap videonya, Vaneesha berkata, kebanyakan komen di Instagram merangkumi generasi muda, “dengan beberapa orang meminta maaf manakala masyarakat terpinggir faham mesej saya”.
“Rakan-rakan saya pelbagai bangsa yang mendapat keistimewaan kebanyakannya memberi respons positif. Mereka berkata, mereka berfikir tentang mesej yang saya sampaikan dan dengan tulus meminta maaf atas kejahilan dan kurangnya kepekaan mereka.
“Apa yang menariknya adalah …ramai berkata, dengan keistimewaan yang dimiliki, mereka yang sepatutnya melakukan lebih. Respon ini memberi harapan lebih tinggi kepada saya (bahawa perubahan akan berlaku).
Antara lain, beliau mengakhiri mesejnya dengan rayuan ini: “Saya juga rasa penting untuk nyatakan, tiada yang salah dengan keistimewaan. Dan saya bukan menyerang mereka yang mendapatnya. Namun,… saya ingin tanya: Adakah keistimewaan masih menjadi keistimewaan jika ia dinikmati semua?
“Apakah tidak cukup (keistimewaan ini) untuk diagihkan kepada semua? Salah sangatkah jika akses (kemudahan) yang dimiliki anda juga dimiliki semua orang?”
Vaneesha mungkin tidak menyedarinya, namun klip videonya tiba pada masa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menganjurkan cogan kata “Keluarga Malaysia”. Pada dasarnya, inilah yang diabadikan Vaneesha melalui mesejnya dalam klip video itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/video-vaneesha-mengenai-keluhan-kaum.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upko Masuk Ph Sesuai Dengan Imej Pelbagai Kaum

Upko Masuk Ph Sesuai Dengan Imej Pelbagai Kaum

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 183 hits
Kemasukan UPKO ke dalam gabungan Pakatan Harapan bersesuaian dengan perubahan perjuangan parti itu daripada berasaskan kaum kepada pelbagai bangsa Menurut Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau parti yang dipimpin beliau sebelum ini...
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 229 hits
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet VIDEO PELAKON dan pelawak Azlee Senario berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar legar di alam maya Ujar Azlee atau...
Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 445 hits
Kejvtan budaya selalu terjadi kepada rakyat Malaysia yang baru tiba di luar negara Walaupun budaya sesebuah negara tu pelik dan bertent4ngan dengan budaya kita namun sebagai pelancong kita haruslah h0rmat dengan cara hidup di negara tu Seor...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 263 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Tidak Bangga Berbahasa Melayu Rakyat Kini Tersesat Di Tengah Jalan

Tidak Bangga Berbahasa Melayu Rakyat Kini Tersesat Di Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 223 hits
Perpaduan negara sangat tidak memuaskan nilai kembali kewujudan sekolah vernakular Cina BANGI Saya kira sudah sampai waktunya kita lihat kembali apa yang perlu dilakukan kepada bahasa kita kerana kita sudah sesat di tengah jalan maka kita k...
Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap pelantikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas bahaw...
Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas Bkc Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 276 hits
PUTRAJAYA Ketika pembayaran Bantuan Khas COVID 19 mula disalurkan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan Dalam sidang video bersama war...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever